BAB 5

27.6K 1K 31
                                    

Komputer riba di hadapan ku aku tatap sejenak sebelum akhirnya aku tutup. Entahlah, perhatian aku asyik lari memikirkan perkara lain. Senyumanku terukir tatkala memikir kan perkara itu.

Bila kira-kira semula, hanya tinggal lagi dua hari sahaja 'Hari Kekasih' bakal menjengah. Aku memang tak sambut kejadian itu namun memandangkan pada 14 Februari itu adalah tarikh di mana Adrian melamar aku menjadi kekasihnya jadi hari itu tersangatlah spesial untukku.

Tak sangka 14 Februari itu akan genapkan angka tiga tahun kami bercinta. Apa yang aku harapkan waktu itu? Hurm.. aku harap Adrian akan lamar aku sebagai isterinya. Itu sahaja yang aku inginkan.

Tak lebih dari itu.

Beg kertas yang aku sembunyikan bawah meja, aku angkat. Tiga baju kemeja yang aku beli beberapa hari yang lalu aku belek dengan senyuman. Kepalaku ligat membayangkan Adrian memakai kemeja itu ke tempat kerjanya. Hmm.. mesti dia nampak segak. Sangat segak dan tampan!

Telefon pintarku aku capai lalu nombor telefon Adrian aku hubungi. Aku menanti dengan penuh sabar dan akhirnya panggilan ku mendapat jawapan.

"Sayang, kenapa you call I ni?" soalan Adrian menjengah.

Senyumanku masih melirik. "You busy tak hari ni? I nak ajak you makan."

"Erm, I rasa I tak bolehlah. I.. er.. I ada kerja nak buat sekarang ni. You ingat kan fasal kertas projek yang uncle I suruh siapkan itu..?"

Satu keluhan lemah aku lepaskan. "Tapi, minggu ni kita tak pernah keluar. You.. pun selalu busy."

"Sayang. I memang nak jumpa you. Kalau boleh hari-hari I nak dengan you aje but now you tahu kan I macam mana? Dengan business I lagi, dengan uncle I lagi.. hmm, I don't know how to manage my time." kata-kata Adrian sudah mahu meraih simpati ku.

Bibirku aku gigit dengan rasa kesal. Huh! Kau kena faham Adrian, Ifah. Macam mana kau nak jadi bakal isteri dia kalau kau pun tak faham kerja dia? Hmm...

Akhirnya, aku cuba paksakan bibirku untuk senyum.

"Fine. Hmm, tapi you jangan kerja kuat sangat tau.. I taknak you sakit pula. I takut apa-apa jadi pada you nanti." ujarku.

Aku dengar tawa Adrian menyapa halwa telingaku. "How sweet you, sayang..? Bagi I kata-kata semangat lagi, please.." Adrian sudah meminta dengan nada manja.

Tersengih aku bila dengar kata-kata Adrian itu. Hmm.. ada aje cara dia untuk pujuk aku. Orang nak marah dia pun tak jadi nak marah. Haih!! Bakal suami siapa lah ni..

"I love you.. buat kerja baik-baik tau, sayang." ujarku masih mahu memberikan kata semangat.

"I love you too, sayang. Hmm, I nak sambung kerja dulu. Bye, Assalamualaikum." ucap Adrian menamatkan talian.

Aku balas ucapan salamnya itu. Sebuah senyuman mekar di bibir ku. Lega hati aku bila dengar suara Adrian. Yurp, hanya suara lelaki itu sahaja yang berjaya menjadi lagu di telingaku.

Suara yang mampu membuatkan senyumanku lebar.

Tidak mahu terus melayan perasaan sendiri, aku terus menyambung kerja ku semula. Kalau terus ingat si Adrian, sampai ke bulan depan.. kerja aku takkan siap.
...
Panggilan telefon ditamatkan. Satu keluhan berat Adrian lepaskan. Entah kenapa, tiba-tiba rasa bersalah nya menerpa. Patut ke aku buat Huraifah macam ni?

Dia sudah gigit bibir.

Terus Adrian gelengkan kepala. Nope! Adrian! Alang-alang kau dah buat, lebih baik kau teruskan. Hati kau sayangkan Huraifah dan dalam pada masa yang sama.. kau cinta kan Amirah. Then, why.. tak terus kan couple dua orang dalam satu masa?

Amirah pun okey aje dengan semua ni? Hmm.. Amirah ajelah.

Tidak mahu terus berlengah, Adrian terus mengatur langkah keluar dari tandas syarikat Engku Mukhriz. Kenapa dia boleh ada kat syarikat ini?

Hari ini, Adrian bercadang nak bawa hardcopy untuk pra projek nya dahulu. Manalah tahu, Pak Long nya itu akan beri sedikit idea untuk projeknya itu. Manalah tahu kan..?! Kalau tak cuba, mana nak tahu hasil nya kan?

Ketika Adrian melalui lobi, tak semena-mena dia tergamam tatkala jasadnya berselisih dengan gadis yang amat dicintainya. Senyum manisnya diberi namun Amirah sambut dengan muka masam.

Kejadian malam itu masih tak dapat dilupakan oleh Amirah. Kerana kejadian itu, empat hari berturut- turut Amirah tak angkat call daripada Adrian.

Account whatsapp, account Instagram dan juga twitter pun Amirah block. Ekstrim tak ekstrim?!

"Sayang.."spontan tangan Amirah dipegangnya.

Amirah ketap bibir. "Apa you ni? Lepaskanlah tangan I. You sendiri cakapkan yang you taknak orang tahu fasal kita?" gertak Amira sambil cuba lepaskan tangannya.

Adrian mengeluh. Nasib baiklah,tak ada orang kat sini. Senang sikit dia nak memujuk.

Kali ini, kedua-dua belah tangan Amirah dipegangnya. "Heiy, babe. Apa you cakap ni? I sayangkan you.. sayangkan hubungan kita ni." Adrian memujuk.

Amirah tayang muka tak percaya. "Nope, I tak percayakan you! Depan I you kata sayang, depan perempuan itu, you kata yang you cinta.."

"Babe.. I tak sayangkan perempuan itu, I cuma.."

Belum sempat Adrian menghabiskan bicaranya, satu deheman kecil menyinggah. Tergamam Adrian dan Amirah dibuatnya. Wajah Syah yang sedari tadi memerhati gelagat pasangan itu tarik sengih perli.

"Haih, kalau ya pun.. nak berhindustan, janganlah kat area ni. Pfft.. ni bangunan untuk orang buat business tau, bukannya untuk orang cari calon scandal." spontan bicara Syah buatkan Adrian terkedu.

Serentak itu, Amirah melepaskan tangannya dari terus dipegang oleh Adrian. Terus dia lajukan langkah nya meninggalkan mereka berdua.

Adrian sudah terpinga. Sempat matanya melirik ke arah Amirah sebelum anak matany beralih pada Syah yang sudah mendekat.

"Kau buat apa kat sini, huh?!" soal Adrian bengang.

Syah tarik sengih. Kini, dia berdiri berhadapan Adrian. Wajah sepupu nya itu dipandang dengan sinis.

"Salah ke kalau aku pergi syarikat uncle aku?"

"Huh, aku lupa. Mama kau kan adik uncle juga kan? Pfft.. keluarga terpisah." perli Adrian sedikit sinis.

Syah langsung tak terasa. Sempat matanya melirik ke arah laluan yang dilalui Amirah tadi sebelum wajah Adrian menjadi pandangan.

"Kau.. dengan Amirah itu, ada apa- apa ke? Scandal kau ke?" soal Syah yang sudah mulai berminat untuk buka topik fasal Amirah.

Kali ini, Adrian sudah termangu. Dahinya berkerut. Wajah resahnya cuba ditutup.

"Apa kau merepek ni hah? Jangan buka topik lain pula."

"Apsal? Kau takut orang akan tahu yang kau ada scandal dalam ni? Hmm.. aku dengar kau ada girlfriend."

Tergamam Adrian apabila Syah sudah mulai sentuh fasal Huraifah. Peluh reneknya sedikit demi sedikit membasahi dahinya.

"K-Kau tak perlu tahu fasal dia?! Better kau fokus pada kau punya projek!" gertak Adrian marah.

Sengih Syah makin lebar. "Bro, jangan risau. Scandal itu perkara biasa.. jangan setia sangat."

"Diamlah s*al!!"

Syah langsung tak berkutik. Wajah Adrian masih menjadi tatapan mata nya.

"Macam manalah perasaan  girlfriend kau kalau dapat tahu yang kau ada scandal belakang dia. Phuh.. sakit bhai!" Syah makin berani main kata.

Serta-merta, kolar kemeja putih Syah...Adrian tarik. Wajahnya nampak bengis. Hanya Syah sahaja yang nampak tenang.

"Kau bagitahu.. siap kau aku kerjakan!!"

"Try me.."
...

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now