BAB 26

21.8K 833 19
                                    

Selesai sahaja membayar tambang teksi, Irdina terus melangkah keluar menuju ke rumah setinggannya. Kepalanya yang masih berpinar diurutnya perlahan. Jalannya sudah terhuyung hayang. Bila nak ke kiri, dia ke kanan.. Bila nak ke kanan dia ke kiri. Yurp, sekarang ni dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Orang sekeliling yang memandang ke arahnya langsung tak dihiraukan. Pfft.. bukannya orang-orang itu tahu apa masalah hidup dia sekarang ni. Kehidupan diorang mungkin lebih baik daripada dirinya sendiri. Setelah satu persatu masalah menimpa hidupnya dan sekarang dia diuji untuk hidup sendiri di Kuala Lumpur.

Air matanya tiba-tiba sahaja menitis tatkala teringatkan pemergian Hidayah yang sudah pergi jauh dari nya. Dalam keadaan terhuyung hayang, dia menangis semahunya. Biarlah orang anggap dia gila. Irdina sudah tak kisah.

Dunia memang kejam padanya. Sepanjang dia hidup, tak pernah pun Tuhan memberikan sedikit pun kebahagiaan dalam hidupnya. Sampaikan orang yang dia sangat sayang pun Tuhan sanggup ambil. Apa salahnya sampai diuji sebegitu sekali?

Ketika Irdina mahu melintas jalan, sebuah van putih tiba-tiba sahaja berhenti di hadapannya. Terus Irdina jatuh terduduk sambil dadanya diurut perlahan. Matanya yang masih berpinar itu menjeling ke arah van tersebut. Entah kenapa, dia dapat rasakan firasat yang buruk fasal van tersebut.

Bukannya dia tak tahu, zaman sekarang ni zaman manusia memperdagangkan manusia. Di dada akhbar kini banyak kes wanita dan kanak-kanak diculik semata- mata mahu mendapatkan organ dalamannya. Tidak menunggu masa yang lama, Irdina cuba untuk bangun dari jatuhnya.

Baru sahaja dia mahu melarikan diri, pantas ada tangan sasa yang menarik rambut panjangnya. Terus Irdina menjerit sakit namun tak lama lepas itu ada tangan yang menutup mulutnya. Beberapa kali Irdina meronta minta dilepaskan namun tiada siapa peduli. Suasana jalan yang sedikit hening pun makin menyukarkan lagi Irdina untuk meloloskan diri.

Tubuh genitnya terus ditarik masuk ke dalam van putih tersebut. Nafas Irdina makin sesak tatkala dia kini dikelilingi oleh beberapa orang lelaki bertubuh tegap. Wajah mereka yang bertopeng itu menambahkan lagi kegerunan Irdina. Beberapa kali Irdina meronta namun kudratnya terlalu lemah.

"Mana pendrive itu?!!" gertak lelaki di sebelah Irdina sambil menghulur tangan mahu mendapatkan pendrive tersebut.

Irdina sudah terdiam. Pen-pendrive? Mereka semua nak menculik Irdina semata-mata mahukan pendrive itu. Dalam kepala yang separa waras, Irdina sudah mulai fikirkan seseorang. Yurp, cuma lelaki itu aje yang boleh jadi dalang pada apa yang berlaku padanya sekarang ni. Huh, Syah!

"Cepat beritahu kitorang! Mana kau sembunyikan pendrive itu?!!" desak yang lain pula. Suaranya kasar sahaja. Tak ada tanda-tanda yang mereka mahu berlembut dengan Irdina.

"A-aku tak tahulah pendrive apa yang korang cakap ni?! Lepaskan!! Lepaskan aku!!!" Irdina masih cuba untuk melepaskan dirinya.

"Hahaha!! Kau jangan nak bodohkan kitorang lah, perempuan. Bos aku cakap kau ada pegang pendrive itu!! Cepat serahkan benda itu pada kitorang." jerkahnya kasar.

"Kau ingat aku tak tahu ke siapa yang upah kau untuk buat semua ini. Mesti Syah kan?! Dia kan yang suruh korang culik aku?!! Huh, jangan harap. Aku takkan bagi pendrive itu pada dia!" Irdina menuturkan bicara nya dengan berani.

Tajam pandangannya diberikan kepada lelaki bertopeng itu. Kalau nak pendrive itu langkah mayatnya dahulu!

Pangg!!!

Kepala Irdina terteleng ke kiri tatkala tamparan kuat menyinggah ke pipi nya. Irdina sudah terasa kebas. Dia dapat rasakan ada cairan hangat yang mengalir di celah bibirnya. Huh!!

Dengan kasar, lelaki itu mencengkam dagu Irdina lalu menghadapkan ke wajahnya. Tajam matanya mencerlung wajah Irdina yang sudah lebam itu.

"Kalau aku tanya itu, jawablah!!! Jangan nak degil. Aku tanya sekali lagi. Mana kau sembunyikan pendrive itu!!" kasar dia mengherdik.

"Aku. Takkan. Bagitahu!" Irdina masih berkeras mahu menyembunyi kan keberadaan pendrive tersebut. Tatapannya sudah tekad.

Terlihat sengih senget terukir di birai bibir lelaki itu. Pandangannya dialih kan pada konco-konconya.

"Korang periksa perempuan ni. Aku tak kisahlah korang nak buat apa pun asalkan pendrive itu jumpa. Kalau tak dapat, kita bunuh dia." ringkas sahaja arahan diberikannya pada anak buahnya.

Irdina sudah telan liur apabila mendengar arahan yang baginya langsung tak berperikemanusiaan itu. Dia sudah gelisah. Kali ini, Irdina cuba untuk melepaskan genggaman tangan yang mengikat kedua-dua tangannya. Air matanya luruh apabila dia rasakan ada tangan yang meliar pada tubuhnya. Irdina merayu namun semua yang ada di situ hanya pekakkan telinga sahaja.

Setiap kali Irdina cuba untuk mengelak, sebuah tumbukan akan diberikan ke perutnya dan kadang wajahnya juga mendapat tempias. Tenaga Irdina semakin lemah. Jeritannya juga  sudah mulai tenggelam. Akhirnya, Irdina pengsan tidak sedarkan diri.

"Bos, kitorang dah dapat pendrive itu." ujar anak buahnya sambil menayangkan pendrive putih itu kepada bosnya.

Terus tangannya mencapai pendrive tersebut. Senyuman gembiranya makin lebar. Senanglah hidup diorang semua lepas ni. Tak lama lagi dia bakal menerima wang saku yang banyak. Pendrive itu dikucup nya. Money..!

"Apa kita nak buat dengan perempuan ni, bos?" soal salah seorang dari konconya pula.

Matanya terarah pada Irdina yang sudah pengsan tidak sedarkan diri. Sempat wajah itu dibelainya. Pfft.. lemah.

"Bunuh dia lepas itu buang."
...
Beberapa kali nombor telefon itu didailnya namun masih sama seperti tadi. Langsung tiada jawapan. Dengusan kasar Syah lepaskan. Apa perempuan ni nakkan sebenarnya? Kalau aku call itu, jawablah!!! Syah cuba untuk kesekian kalinya namun panggilannya masih tak berjawab.

Akhirnya, Syah mengalah. Te'o ais yang dipesannya dihirup sambil kepalanya sudah ligat memikirkan cara untuk selamatkan dirinya sendiri. Walau apapun Syah perlu dapatkan juga pendrive tersebut. Huh!! Yurp.. sekarang Syah betul-betul gelisah. Siapa tak risau kalau bukti perangai 'syaitan'nya itu sudah ada rekod?

Kalau rakaman itu jatuh ke tangan Engku Mariam, Huh... Syah tak dapat bayang apa yang berlaku selanjut nya. Mungkin dia akan dihalau malah segala harta yang ada dalam tangan nya juga bakal ditarik. Lebih parah, kalau rakaman itu jatuh ke tangan Engku Mukhriz.. yurp!! Pendrive itu memang ancaman paling besar yang Syah terima setakat ini.

"S*al punya betina!!! Kalau aku dapat tahu pendrive itu sampai kat tangan mama aku, aku janji aku akan bunuh kau!" ugutnya sudah tekad.

Jam tangannya dibelek. Sudah satu jam berlalu. Hmm.. nampaknya, usaha dia sia-sia sahaja. Dia ingat tadi mahu bincang secara aman dengan Irdina fasal pendrive itu tapi gadis itu pula menyepi. Nak tak nak, Syah terpaksa pulang ke pejabat nya semula.

Fikirannya yang sudah kusut, dia cuba tenangkan. Nope!! Syah yakin masalahnya ni ada jalan. Kalau betul perempuan itu nak kahwin dengan aku.. Fine!! Aku akan tunaikan. Then, lepas pendrive itu.. aku akan cerai kan dia! Syah sudah mulai dirasuk fikiran tak warasnya.

Kalau itu jalan terbaik, kenapa tidak?

Langkahnya dihayun menuju ke arah keretanya. Sepanjang perjalanan itu, Syah memikirkan cara untuk selamat kan dirinya daripada konflik itu. Dia benar-benar serabut ketika ini. Buntu.

Baru sahaja Syah berura-ura mahu masuk ke dalam perut keretanya, dia terdengar jeritan kecil seorang wanita. Terus matanya teralih ke arah sosok wanita yang sedang bergelut dengan seorang lelaki. Lelaki itu seperti mahu meragut beg tangan wanita tersebut. Beberapa kali wanita itu cuba untuk merampas begnya semula namun usahanya langsung tak berhasil.

Tanpa belas, lelaki itu terus menolak kasar tubuh wanita itu ke lantai. Segera lelaki itu melarikan diri bersama beg tangan tersebut. Orang ramai sudah mulai mengerumuni wanita tersebut namun tak ada yang turun tangan mahu membantu.

Syah terus bergegas mendapatkan wanita yang sudah terbaring tidak sedarkan diri itu. Terdapat luka berdarah pada dahi wanita tersebut mungkin disebabkan terhantuk pada jubin lantai tersebut. Nadi wanita itu, Syah periksa.

Terus matanya meliar memandang orang ramai yang ada. "Sesiapa kat sini tolong call ambulans. Sekarang!!!" arah Syah lantang.
...

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now