BAB 2

35.5K 1.1K 7
                                    

Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Serentak itu, dia menyahut gerangan tersebut untuk masuk ke dalam biliknya.

Terlihat seorang perempuan berusia lewat 20-an memasuki bilik pejabat nya. "Engku Adrian sudah sampai, tuan." beritahunya.

Engku Mukhriz sekadar mengangguk kan kepala. "Suruh dia masuk."

Gadis yang menjawat sebagai personal assistant nya itu akur. Pintu ditutupnya kembali.

Beberapa detik kemudian, gerangan seorang lelaki bertubuh tinggi lampai memasuki bilik pejabat. Wajah bersalah jelas terpamer pada wajah lelaki itu.

Kedua-dua muka yang sedia ada dalam pejabat itu dipandang nya. Seorang dengan muka yang penuh tegas dan seorang lagi tak habis dengan senyum sinisnya. Adrian sempat menjeling ke arah gerangan yang memberi senyum sinis kepada nya itu.

Huh!

"You're late for 20 minute. Wou, nice try, bro." ayat 'usik-usik manja' itu diberikan Syah kepada Adrian.

Adrian diam tidak membalas. Kalau ikutkan akalnya yang tak waras waktu itu, mahu sahaja dia ajak Syah untuk bertumbuk. Ergh!!!

"Syah, enough. Uncle taknak kamu buat hal lagi dalam pejabat. Uncle bagi peringatan kali terakhir. Kalau Syah cari fasal, uncle takkan teragak- agak untuk keluarkan nama Syah dari projek ni." tegas Engku Mukhriz bersuara.

Mata Syah mengerling ke arah Pak Long nya itu. Diikutkan hati, memang dia nak terus berdegil namun memandangkan dia fikirkan fasal syarikat, akhirnya Syah tutup mulut. Yurp, for now.. dia perlu jadi Syah yang baik.

Adrian sempat sengih mengejek bila tengok Syah jadi budak baik. Tak sangka sepupunya itu akhirnya dapat dijinakkan oleh Engku Mukhriz. Nice try, uncle.

Tempat duduk kosong bersebelahan Syah, Adrian duduki. Sempat juga dia jauhkan kerusi yang didudukinya itu dari Syah. Kalau dekat nanti, tak fasal-fasal hilang fokus dibuat nya sebab rasa bencinya yang sangat membuat.

Engku Syah Taufiq merupakan sepupu lelaki yang ada dalam keluarganya selain dirinya. Lelaki itu merupakan anak kandung kepada Engku Mariam yang merupakan satu-satunya anak perempuan yang dimiliki oleh datuk mereka. Dalam salah sila keluarga mereka, hanya anak lelaki sahaja yang boleh  memiliki syarikat.

Memandangkan Engku Mariam merupakan satu-satunya anak perempuan maka beliau lansung tak diberi peluang untuk ikut serta dalam projek syarikat. Yurp, kadang dunia itu memang tak adil. Masih tak sangka ada lagi manusia yang racist pada jantina lelaki dan juga perempuan.

Disebabkan itulah, keluarga Engku Mariam agak tersisih daripada keluarga adik beradiknya yang lain. Setelah Engku Mariam berkahwin dengan Engku Azlan, beliau berpindah ke Pahang mengikut suami. Tak dapat disangkal bahawa kekayaan Engku Azlan juga tiada tandingan. Maka, sebab itulah walau pun keluarga Engku Mariam tersisih daripada mereka namun kekayaan keluarga Engku Mariam menandingi adik beradik nya yang lain. Senang cerita, Syah lebih kaya daripada Adrian.

"Projek ini merupakan projek paling penting untuk kita kembangkan lagi business kita kat Malaysia. Projek ini adalah projek pembinaan bangunan syarikat kita di Pulau Pinang. Uncle nak kamu berdua bentangkan kertas projek kamu masing-masing. Sesiapa antara kamu berdua membentangkan kertas projek yang  baik, uncle takkan segan silu untuk bangunkan ideanya itu sekaligus dia akan dilantik menjadi bakal CEO syarikat ini."tegas Engku Mukhriz berbicara.

Syah sudah tarik senyum nipis. Kepalanya pula sudah ligat memikir kan bermacam idea untuk jayakan kertas projek itu. Adrian pula sudah gigit bibir. Memang kepalanya sedang ligat memikirkan idea bernas untuk projek itu namun saingannya kali ini bukannya calang-calang.

Dia kenal siapa papa Syah, Engku Azlan pernah dinobatkan sebagai arkitek paling berjaya di Malaysia dan mungkin bakat itu juga sudah diturunkan kepada anaknya, Syah. Nampak saja Syah itu macam degil dan keras kepala namun, tak ada sesiapa pun tahu yang Syah itu memang bernas idea dari segi senibina.

"Bila pembentangan kertas projek itu?" soal Syah ingin tahu.

"Bulan depan. Tepat pada 1 haribulan. Uncle harap waktu itu, tak ada sesiapa yang bagi alasan." ujar Engku Mukhriz tegas.

Syah tarik sengih lalu mengangguk kan kepala. Sempat dia mengerling pada Adrian. Pfft..

Jangan harap, aku akan bagi peluang pada korang semua untuk tadbir syarikat itu. Jangan harap..
...
"Apa?!"

Terkejut gamaknya Engku Liana tatkala mendengar cerita yang disampaikan oleh Adrian. Langkah nya sudah mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Wajah kusutnya bertayang.

"Kenapa Mukhriz buat macam itu pula? Dia nak suruh kamu bentang kan kertas projek bangunan?! Huh.. apa yang Mukhriz fikir sekarang ni? Dia nak tolong Syah dapatkan syarikat ke apa sebenarnya?" soal Engku Maulud yang sedari tadi diam.

Adrian tidak mengangguk tidak menggeleng. Dia juga sedang serabut ketika ini. Adrian mampu buat projek itu namun lawannya itu yang buatkan Adrian gigit bibir. Syah adalah lawan yang sangat sukar untuk dia tumpaskan. Semua itu sudah dibuktikan sejak zaman universiti lagi.

Dia dan Syah belajar di universiti yang sama dan juga di bawah program yang sama. Walaupun mereka sepupu namun mereka tak rapat mana. Dia lebih kepada kumpulan yang suka belajar manakala Syah pula lebih kepada kumpulan yang terlibat dengan sosial yang suka berfoya-foya namun begitu setiap kali keputusan keluar, Syah pasti juaranya. Adrian pula yang rasa tak puas hati. Phuh!

Engku Liana yang sedari tadi gelisah terus mendekati Adrian yang sedang duduk termenung di kerusinya. Tempat duduk sebelah Adrian didudukinya lalu wajah Adrian disua kan menghadap wajahnya.

"Kamu tahu kan yang kamu kena buat juga? Mama yakin yang kamu boleh buat, Ad. Mama yakin kamu boleh."Engku Liana mulai menyuntik semangat dalam jiwa Adrian.

"Tapi, mama sendiri tahu kan.. Syah itu macam mana? Ad risau kalau Ad silap sikit, projek Ad takkan dapat saingi kerja dia. Ad tertekan fasal benda itu." ujar Adrian dalam nada resah.

Engku Liana mengeluh kecil. Sempat wajah suaminya dipandang. Entah bagaimanalah cara untuk dia memujuk anak terunanya itu. Memandangkan Adrian adalah satu-satunya anak yang mereka miliki jadi Adrian lah satu-satunya anak yang boleh dia harapkan.

Keluarga mereka perlukan syarikat itu untuk terus hidup. Nampak sahaja hidup mereka mewah namun tak ada sesiapa pun tahu bahawa mereka satu keluarga menanggung hutang yang sangat banyak. Kalau syarikat itu jadi milik Adrian, maka.. keuntungan syarikat itu dapat menampung hutang mereka sekeluarga.

"Papa yakin yang kamu boleh Ad. Kamu perlu yakin aje jangan fikir macam-macam." ujar Engku Maulud pula mahu memberi semangat.

Satu keluhan kecil Adrian lepaskan. Senyum hambarnya melirik. Susah betul kalau jadi anak tunggal ini, semua beban ditampung atas bahunya. Semuanya. Harapan dan juga impian kedua ibubapanya.

"Nanti Ad cuba fikirkan." jawab Adrian dalam nada hambar.

Kepalanya ligat memikirkan kertas projek yang dapat menyaingi Syah. Kau yakin aje, Ad. Kau yakin aje yang kau mampu kalahkan dia. Adrian cuba untuk memberi semangat pada diri sendiri.

Telefon pintarnya yang berada di atas meja tak semena-mena berbunyi. Terus tangannya mencapai telefonnya lalu nama pemanggil dibeleknya. Tergamam Adrian dibuatnya.

A-Amira?

"Ifah ke itu, Ad?"soal Engku Liana ingin tahu.

Adrian cuba tarik sengih coverline. Sebuah anggukan dia berikan sebagai jawapan. "Haah, Ifah. Ma, pa..Ad nak minta masuk bilik dulu." pinta Adrian.

Telefon pintarnya masih dia biarkan berbunyi. Engku Maulud dan Engku Liana sama-sama mengangguk. Mereka memberikan keizinan untuk Adrian 'berduaan' dengan kekasih nya itu. Faham sangat jiwa muda ni.

Adrian bangkit dari duduknya. Baru sahaja berura-ura dia mahu pergi, Engku Maulud memanggil namanya kembali. Serentak Adrian menoleh memandang papa kandungnya itu.

"Ingat pesan papa. By hook or by crook, kamu kena juga dapatkan syarikat itu." pesan Engku Maulud buat kali terakhir.

Adrian sekadar menganggukkan kepala. Senyuman nipisnya terukir.

"Ad akan cuba, pa. I will." sahutnya.
...

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]On viuen les histories. Descobreix ara