BAB 3

30.9K 1.1K 18
                                    

Ting Tong!

"Masuklah, pintu tak kunci pun." sorak Syah dari dalam rumahnya.

Dia fikirkan gerangan manusia yang berada di luar rumahnya dapat mendengar sorakan lantangnya namun hampeh.. untuk kedua kalinya, loceng rumahnya berbunyi.

Nak tak nak Syah sudah mendengus geram. Pensil yang berada dalam tangannya dicampakkan ke atas meja. Tubuhnya diangkat lalu kakinya diatur menuju ke pintu yang masih tertutup rapat.

Buka sahaja pintu, Syah lihat kelibat Malik yang sudah siap dengan baju nak pergi clubbingnya. Jeans ketat dan juga kemeja hitamnya yang sedikit sebanyak menampakkan kesegakan tubuh Malik.

"Aih, apsal kau tak siap lagi ni? Kata nak clubbing malam ni? Apa citer ni, Syah?" soal Malik yang hairan melihat Syah hanya memakai boxer dan singlet sahaja.

Syah mengeluh perlahan. Tidak mahu terus berlengah di depan pintu, dia terus susun langkahnya kembali ke kertas projek yang sudah 1/4 dia siapkan.

"Aku ada kerjalah nak kena buat. Projek bangunan untuk syarikat Engku Mukhriz, uncle aku." beritahu Syah yang sudah mencapai pensil nya semula.

Malik yang mengambil tempat di hadapannya langsung tak diendah kan. Sempat juga mata Malik melirik ke arah kertas A3 yang sdang terbentang di meja kopi. Boleh tahan serabut jugalah.

Al-maklumlah, semasa universiti dulu Malik ambil program bahasa. Kononnya nak jadi cikgu Bahasa Melayu. Konon ajelah. Namun, rezeki itu luaskan maka keluar aje dari universiti, Malik dapat tawaran untuk modelling. Untung badan.

Syah juga dapat tawaran untuk modelling namun memandangkan dia tak suka privasinya terdedah ke pihak media maka Syah tolak tawaran tersebut. Lagipun, dia tak suka muncul depan kamera. Malas.

"Engku Mukhriz? Aih, apsal tiba-tiba pula dia minta kau plan bangunan syarikat dia pula? Dia kan arkitek? Awat tak rancang sendiri aje?" berduyun-duyun soalan keluar dari mulut Malik.

Syah tarik muka malas. Haih, tak senang betul dia nak buat kerja kalau tengok si Malik itu depan mata. Mulut itu asyik nak bercakap aje. Tak boleh nak tutup!

"Kau ingat tak citer aku tentang syarikat atuk aku itu? Kau tahukan yang syarikat itu bukannya senang-senang untuk diturunkan. Yang terbaik aje yang dapat pimpin syarikat itu." balas Syah bagi soalan Malik itu.

"Jadi, kau nak bertanding? Huh, aku bukan apa Syah tapi kau ni dah cukup kaya tau.. kereta 5 biji, rumah 3 biji, baju tiap hari tukar. Apa lagi yang kau rasa tak cukup dengan harta kau, huh?!" soal Malik lagi.

Satu senyuman nipis Syah berikan pada Malik. Wajah Malik dipandang nya dengan penuh azam.

"Kau tak faham keluarga aku macam mana. Mama aku langsung tak dibagi peluang untuk serlahkan bakat dia. Keluarga aku tersisih daripada diorang semua. Bila mak aku sakit, diorang langsung tak datang.. papa aku meninggal pun, bila dah ada dalam kubur, baru diorang nak menjenguk. Kau rasa aku boleh diam diri tengok keluarga aku terus tersisih macam itu?" ujar Syah sudah mulai beremosi.

Sejak kecil sampailah Syah besar panjang, keluarga terdekat yang dia pernah kenal hanyalah belah ayah nya sahaja. Bila umurnya menginjak 18 tahun, baru dia tahu yang dia mempunyai sepupu belah ibunya. Huh, itupun dia dapat tahu lepas dia jumpa Adrian di universiti. Namun, mereka tak begitu rapat.

Kerana benci, Syah cuba jadi yang terbaik. Dia mahu buktikan bahawa keluarganya adalah yang terbaik dalam kalangan anak-anak datuknya itu. Dan, yurp.. Syah berjaya bukti kan dengan mendapat markah cemerlang untuk setiap subjek. Yang paling penting, dia berjaya tumpas kan Adrian.

"Wou, sadis juga keluarga kau ni. Hmm, I see.." Malik sudah mengangguk tanda faham.

Syah yang cuba memberi tumpuan kepada plannya akhirnya mengeluh perlahan. Inilah yang dia paling tak suka bila bercerita fasal keluarga nya. Pasti dia akan beremosi sampai fokusnya untuk melakukan sesuatu benda mulai hilang.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now