BAB 24

21.4K 808 8
                                    

Dua hari selepas kami makan malam itu, Adrian terus bawa keluarga dia jumpa ibu aku. Katanya dia mahu bincangkan tentang tarikh perkahwinan kami berdua. Engku Laila dan Engku Maulud setuju untuk melangsungkan pernikahan kami bulan depan. Bukan main teruja lagi ibu bila mendengarkan tentang hal itu.

Akhirnya, impian aku untuk berumahtangga dengan Adrian akan tercapai. Aku harap ini akan jadi titik bahagia antara aku dan Adrian. Aku nak bahagia dengan satu-satunya lelaki yang aku cinta. He is The One yang datang dan menetap dalam hati Huraifah Farihah. Aku harap dia adalah pertama dan juga lelaki terakhir dalam hidup aku.

Selesai sahaja memberi salam, aku terus menyapu wajahku. Aku berselawat dan berzikir untuk seketika sebelum akhirnya aku menadah tangan memanjat doa kepada yang maha kuasa.

"Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku memohon keampunan ke atas-Mu atas kesalahan yang aku sedar mahupun tidak sedar. Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana kau menyusun takdir ku dengan begitu indah sekali. Jika Adrian adalah yang terbaik untuk aku maka kau rahmati dan berkatilah kehidupan rumahtangga kami pada masa akan datang. Kau panjangkan lah jodoh aku dengan nya sehingga nafas terakhir kami. Aku yakin pilihan-Mu adalah yang terbaik untukku." lafazku dengan penuh tekun.

Bibirku terus mengukir senyum lega. Akhirnya, kebahagiaan itu berpihak pada Huraifah Farihah dan juga Engku Adrian Faizur. Tak sabar betul untuk jadi sesuatu dalam hidup lelaki itu. Makin lebar pula senyuman aku bila bayangkan semua itu.

Kerana tidak mahu terus menerus diganggu dengan lamunan bahagia itu, aku cepat-cepat lipat telekung ku lalu aku sarungkan semula tudung bawal ke kepala. Haih.. habislah. Mesti Amirul marah.

Selesai sahaja membetulkan tudung, segera aku hayun langkah keluar dari masjid. Seperti apa yang aku tebak. Amirul sedang menunggu aku dengan muka singa comelnya itu. Terus aku leret senyum kambing. Ahahaha.. Habislah kau Iffah. Pakcik Amirul dah menyinga.

"Lama tunggu. Apsal tak tunggu dalam kereta. Panas ni." ujarku cuba mengubah topik.

Amirul berpeluk tubuh. Tajam saja matanya memandang ke arah aku. Nak terkam aku aje lagaknya itu. Haih.. tak reti sabar betul.

"Haih.. nasib baik kau kawan aku. Kalau tidak, dah lama aku tinggal kau depan masjid ni. Kau dengan si Husna itu sama aje. Dua-dua susah cari aku, bila senang tinggalkan aku. Hmm.. ni lah kot rasanya hidup bujang." leter Amirul cuba melampias kan geramnya.

Aku tersengih melihat Amirul yang tak habis-habis berleter itu. Nak masuk kereta pun membebel lagi. Aku yang sudah faham sangat dengan perangai dia cuma diamkan diri aje. Biarlah.. Orang frust.

Hari ini, aku ambil cuti sebab nak cari butik untuk tempah gaun perkahwinan aku. Aku ingat tadi, nak ajak Adrian temankan aku tapi dia juga sibuk temankan Tengku Laila untuk buat tempahan catering. Jadi, nak taknak terpaksalah aku pergi dengan orang lain. Awalnya, aku nak ajak Husna tapi Husna pula ada hal. Katanya ada mesyuarat. Jadi, Amirul ajelah pilihan terakhir yang aku ada. Nasib baik, dia cuti hari ini. Beruntung betul aku. Haha..

Aku mengambil tempat di sebelah Amirul. Kereta Honda City yang dipandunya perlahan-lahan meninggalkan perkarangan masjid. Amirul kata dia ada kenal kawan dia yang juga pemilik butik perkahwinan jadi kerja aku lebih senang. Tak sia-sia aku bawa dia. Berguna juga dia sebagai kawan aku rupanya.

Tiba sahaja di kawasan butik yang ditetapkan, aku dan Amirul sama- sama melangkah menuju ke arah butik tersebut. Butik itu berhampiran dengan restoran makanan jadi ramai sikit lah orang.

"Kau nak tempah baju untuk Ad sekali ke? Kawan aku bagi diskaun murah kat aku sekarang ni. So, boleh lah kau suggest kat Ad buat baju kat sini. Bajet pun tak banyak." cadang Amirul.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now