BAB 28

21.4K 805 18
                                    

Suasana Kuala Lumpur yang sibuk itu diperhatinya dari bangunan 54 tingkat itu. Dari atas itu, matanya menangkap sosok manusia yang saiznya tak ubah seperti semut dan itu buatkan senyumannya meniti. Huh.. gila, benda kecil macam itu kau boleh gelak, Syah?!

"Haih, bila aku nak buat baik, orang fikir aku ada niat lain. Hmm.." keluh nya bersahaja.

Dahinya diurut perlahan. Sambil fikirannya ligat terbayangkan kejadian pagi tadi. Nampaknya, bila sekali dipandang jahat, selamanya orang akan fikir dirinya jahat. Dunia ni memang kadang tak adil. Salahkah manusia bertanduk seperti dia memiliki secubit hati murni? Huh.. tak faham betullah perangai manusia ni.

"You buat apa kat sini?" soal Huraifah apabila melihat kelibat Syah menjengah.

Puan Raisha yang berada di atas kerusi roda turut sama mendongak ke arah lelaki tinggi lampai itu. Yurp, dia ingat lagi. Orang pertama yang dia nampak lepas sedar adalah lelaki itu sebelum dia diberi ubat tidur kemudian nya.

Keadaannya yang sedikit lemah memaksa wanita itu untuk diam. Hanya matanya saja yang bergerak memandang ke arah lelaki itu dan juga Huraifah silih berganti.

Senyuman Syah terukir. Wajah Puan Raisha dipandangnya. Syukur dia bila lihat wanita itu nampak sihat walaupun luka kecilnya sedikit mencelakan wajahnya.

"Aku ingat nak hantar ibu kau balik rumah. Hmm.. aku tak tahu pula kau akan datang dulu." spontan Syah menaburkan alasannya.

"Buat apa you nak kisah? This is my mom so, I boleh ambil ibu I. Hmm, by the way.. thanks sebab 'sudi' ambil berat pasal ibu I." tutur Huraifah dalam nada tak ikhlas.

Kerusi roda Puan Raisha, Huraifah tolak meninggalkan Syah di belakang. Dia tak mahu berlama-lama menghadap  lelaki itu. Yurp, kata hati nya bisik bahawa kalau dia terus bersua muka dengan lelaki itu pasti akan timbul pertengkaran kecil antara mereka berdua. Jadi, lebih baik Huraifah pilih jalan untuk undurkan diri.

"Hmm, salah ke kalau orang macam aku tolong kau? Dari cara kau, nampak sangat yang kau tak ikhlas dengan pertolongan aku." cebik Syah bersahaja.

Langkah Huraifah terhenti bila kata-kata itu menyapa halwa telinganya. Terus dia menoleh ke belakang. Wajah Syah dipandangnya.

"Why? You ni tukang tilik ke sampai boleh baca keikhlasan I? Well, you nak I bayar you ke baru you nampak keihklasan I tu?" sindir sahaja Huraifah menghamburkan bicaranya. Tak kisah pun kalau ayatnya itu bakal melukakan hati Syah.

Hati lelaki kan? Takkan mudah untuk dilukai, betul tak?

Senyuman yang Syah ukir nampak sinis. Atas bawah gadis itu dibeleknya. Haih, dah cantik dah bertudung, tapi mulut mengalahkan mulut ular. Berbisa. Pedas.

"Nope. Aku tak perlukan semua itu. Setakat seringgit dua ringgit kau tu, kau boleh simpan dalam bank. Cuma.. aku nak ingatkan kau sesuatu."ujar Syah sudah melangkah mendekati Huraifah.

Diam sahaja gadis itu menanti bicara Syah yang seterusnya. Matanya masih tak lepas dari memandang wajah lelaki itu. Tak puas hati.

"Jangan anggap semua yang baik itu, baik. Dan.. jangan anggap semua yang buruk itu, buruk. Pemikiran kau yang macam itu kadang boleh buatkan diri kau nampak kolot." tambah Syah sebelum meninggalkan Huraifah tercengang di belakang.

Terbit senyum puas hati di birai bibir Syah. Dia boleh bayangkan macam mana reaksi Huraifah lepas dia bagi ayat penangan itu. Huh!! Dia fikir dia seorang aje yang boleh bagi ayat sentap jiwa itu, Syah pun bolehlah! Satu kemenangan untuk Syah, satu kekalahan untuk Huraifah, cebiknya dalam hati.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now