BAB 29

21.6K 775 27
                                    

Tubuhnya dipusing ke kiri dan kanan, namun matanya masih lagi degil untuk tertutup. Pertemuan antara dia dengan Adrian di pejabat tadi benar-benar mengusik ketenangan hati dan jiwanya. Huh!! Yurp, Syah rasa yang sekarang ini hidupnya memang sudah benar-benar musnah. Apa guna dia hidup kalau akhirnya dia dijadikan sebagai patung bernyawa untuk Adrian?

Akhirnya, Adrian terduduk sendiri di atas katil. Rambutnya yang menutupi dahi disauknya ke belakang. Kemudian wajahnya diraup kasar. Kalaulah Syah tak terlalu ikut hawa nafsu, masalah ini takkan jadi. Kalau sejak dari awal, dia kembali ke pangkal jalan.. mungkin kehidupannya lebih baik sekarang.

Pfft..

Lepas apa yang jadi, baru kau nak menyesal Syah? Masa kau sedap-sedap buat dosa itu, syurga neraka pun kau tak dapat beza. Baru sekarang kau nak ingat pulang ke pangkal jalan? Sia-sia. Kau memang tak pernah menyusahkan diri kau, Syah.

Setiap satu persatu rencana yang diatur oleh Adrian masih berpusing dalam benak fikirannya. Bila dikira-kira balik, itu benar-benar jalan yang memalapkan masa depan Syah sendiri. Dan, mungkin ia juga membunuh impian seorang gadis bernama Huraifah Farihah. Huh.. nampaknya Engku Adrian Faizur tak pernah ikhlas sayangkan Huraifah Farihah.

Poor girl..

"Aku nak kau goda dia."

Kata-kata Adrian itu buatkan Syah hampir tercengang. Wajah Adrian yang nampak tak terkutik itu dipandang nya. Apakah? Gila ke? Adrian suruh Syah goda  Huraifah Farihah, perempuan kolot itu?!

Syah sudah terpinga. "Bro. First, you' re crazy. Last, kau gila?! Kau nak suruh aku goda tunang kau sendiri?" soal Syah yang masih tak boleh go dengan idea merepek Adrian.

Sepanjang dia hidup sebagai remaja 27 tahun, tak terdetik langsung kepala nya ni nak menganggu ketenteraman rumahtangga orang. Inikan lagi pertunangan orang. Kalau rosakkan anak dara orang itu, ehem.. itu belakang kiralah.

"Apa yang gilanya? Kau rasa susah ke nak goda dia?" bertubi soalan keluar dari mulut Adrian. Wajahnya nampak biasa aje.

"Tak. Aku tak faham. Kau tahu tak perempuan yang kau suruh aku jahanamkan ni tunang kau sendiri? Kau waras tak, Ad? Kau tunang dia, dia tunang kau." serba serbi jawapan Syah dibuatnya.

Sengihan Adrian terukir. Kembali wajah jahatnya itu terlukis. Yurp, nampak kejam.

"Aku bertunang dengan dia bukan sebab aku betul-betul cintakan dia pun. Mama aku yang teringin sangat nak aku ambil dia jadi bini. Huh.. aku malas nak menyakitkan hati sendiri." ujar Adrian dalam nada mendatar.

Satu keluhan berat Syah lepaskan. "Kalau kau tak cintakan dia, apsal kau kahwin juga dengan dia? Kau boleh terus terang dengan auntie Laila yang kau suka dengan orang lain. Kau perasan tak apa yang kau buat itu, menyusahkan aku?" gertak Syah sedikit bengang. Jujur sikit.

Adrian mencemuh. Pendosa nak nasihatkan aku. Pfft.. layak ke?

"Kalau kau taknak ikut rancangan aku ni, aku takkan teragak-agak untuk serahkan benda ni pada Engku Mukhriz. Mama kau pun akan dapat salinan video itu juga." ugut Adrian lantang.

Syah sudah ketap bibir. Argh, s*al!! Aku dah rasa macam budak dia aje sekarang, getus Syah dalam hati. Pandangan tajam dia berikan pada Adrian.

Huh, kalau ikutkan hatinya. Mahu sahaja dia belasah Adrian namun memandangkan 'nyawa' nya ada dalam tangan lelaki itu, Syah hanya mampu diam. Dia cuba menarik nafas dalam. Buat masa sekarang, dia akan ikut telunjuk Syah.

"Fine. Kau nak aku goda dia? Then, apa rancangan kau seterusnya?" perlahan Syah bertanya.

Senyuman Adrian melirik. Dagunya dielus lembut. "Kau goda dia sampai dia curang dengan aku. Dan, lepas itu.. senanglah sikit kerja aku nak lepaskan dia."

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now