BAB 55

28.8K 931 61
                                    

Sambil aku tepekku bedak ke wajah ku, sesekali mataku melirik ke arah jasad Syah yang masih termenung di atas sofa. Hairan juga aku melihat nya. Sudah dua hari, dia begitu. Bercakap pun tidak, makan pun tak selera, pakaiannya juga seakan tak terurus.

Selesai sahaja berkemas, aku terus mengatur langkah mendekati Syah. Wajahnya masih begitu. Terselit kecewa, resah yang aku sendiri tak mengerti. Nak aje aku tanya dia apa yang ada dalam fikirannya ketika ini namun.. aku risau dia takkan jawab malah mungkin, dia akan anggap aku sebagai seorang penyibuk.

"Syah.."mendayu aku menyeru nama lelaki itu.

Tersentak Syah dibuatnya. Terus pandangannya dikalihkan kepada aku. Berkerut dahinya apabila melihat aku memakai pakaian cantik malam ini. Dengan tudung liplap liplap lagi. Haha.. bukan selalu Huraifah Farihah bergaya sakan begini. Nak-nak lagi bila bergelar isteri orang ni.

"Kau cantik-cantik ni nak pergi mana?" soal Syah ingin tahu. Mata nya masih membelek tubuhku yang dibaluti dress paras lutut yang dipadankan dengan seluar jeans. Simple but beauty.

Aku tarik senyum nipis. "Erm, saya nak jumpa kawan sekejap. Tak lama pun, dalam dua jam aje. Tempat pun tak jauh mana." beritahuku detail.

Syah diam sejenak sebelum akhir nya pandangannya didongakkan memandang ke arah ku. Dari mata bundarnya, aku dapat baca kesedihan yang bersarang dalam hatinya ketika ini.

"Pergilah." balasnya acuh tak acuh.

Tubuhku masih tak berganjak. Aku masih di situ, berdiri tepat di hadapan Syah. Rasa bersalah kian menghimpit jiwaku apabila meninggalkan Syah sendiri. Betul ke sekarang ni, dia ada dalam masalah?

"Awak okey ke, Syah?" tanyaku ingin tahu.

Keningnya sudah berlapis. Wajah aku dipandangnya. "Kenapa kau tanya? Hmm.. pergi ajelah. Aku okey aje." jawab Syah masih dalam nada jengkel.

"Saya tahu awak tak okey, Syah. Ada benda yang awak sedang simpan sekarang ni, betul kan?" aku masih dengan pertanyaanku.

Yurp.. aku yakin yang Syah cuba berbohong. Dia mungkin boleh tipu semua orang tapi aku.. hmm. No way, no more. Aku pernah nampak lelaki itu menangis, aku pernah tengok lelaki itu rasa marah malah aku juga pernah nampak rautnya bila dia kehilangan..jadi, Syah tak ada jalan lain untuk tipu aku.

Syah nampak terkejut dengan tebakan aku itu. Dia diam sementara waktu sebelum dengusan kasar dia lepaskan. Tubuhnya diangkat lalu matanya menatap wajah aku geram.

Langkahnya disusun merapatiku. Kini, kami bersemuka.

Aku beranikan diriku menatap anak mata coklat Syah itu. Yurp, aku rasa apa yang aku rasa itu semuanya betul. Dia memang betul ada dalam masalah.

"Syah.." baru sahaja aku mahu menyeru namanya, lelaki itu sudah mencelah.

"Jangan berlagak yang kau faham apa yang aku rasa." tajam katanya itu. Pandangan bagai menikam anak mataku.

Aku terkedu dengan jawapannya itu. Huh, salah ke kalau aku nak tahu? Syah sudah tidak ada sesiapa selain aku. Sebagai isteri, aku berhak tahu apa yang membebankan dia.. takkan itupun salah?

Baru sahaja Syah mahu pergi, aku terus tahan bahu Syah. Langkahnya mati. Kepalanya berpaling ke arah ku yang berada di sisinya. Aku pula turut sama memandangnya.

Senyuman nipis aku berikan kepada dia. Yurp.. cuba menutup luka yang sempat bertempel dalam hati aku.

"Syah, sampai bila kita nak hidup macam ni? Saya isteri, awak suami. Saya tahu saya tak berhak ambil tahu fasal hidup awak tapi.. beri saya ruang untuk faham awak. Please, saya cuma nak rasakan sekali sahaja alam perkahwinan ni dan itu adalah dengan bersama awak." ujar ku meluahkan segala yang terbuku dalam hati aku.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon