BAB 7

24.6K 962 4
                                    

Hari yang aku nantikan tahun ini sudah tiba. Hari dimana genapnya tiga tahun aku dan Adrian bergelar sebagai kekasih.

Selesai sahaja memarkirkan kereta, aku terus mengatur langkah kemas menuju ke arah cafe mini milik Adrian. Memandangkan Adrian suka memasak kek dan pastri, jadi dia jadi kan itu sebagai modal untuk dia berbusiness.

Adrian kiranya ada multitasking. Selain pandai dalam senibina, dia juga pandai dalam bidang memasak. Haha.. aku suka mamat kulinari ni. Tiap-tiap hari boleh rasa kek dia.

Sekali aje aku pernah rasa kek buatan. Adrian itupun semasa first year kami sambut anniversary. Sedap!

Aku masuk ke dalam cafe milik Adrian. Suasana cafe agak lenggang. Mungkin masih pagi lagi agaknya jadi tak ramai sangat pelanggan yang menjengah.

"Hai, cik Iffah. Datang seorang ke? Encik Ad tak ikut?" soal Ismail yang merupakan pengurus bahagian dapur.

Aku lemparkan senyuman pada Ismail. "Saya datang sini pun cari dia. Erm.. Adrian ada?" soalku ingin tahu.

"Encik Adrian dah tiga hari tak masuk cafe. Dia kata dia busy sekarang ni." beritahu Ismail.

Dahiku sudah berkerut. "Tiga hari?"

"Haah, cik Iffah."

"Jualan okay?"

Satu keluhan nipis Ismail lepaskan. Nampak dari raut wajahnya, cukup memberikan jawapan yang ianya memang tak okay.

"Dalam bulan ni, rugi bersih lagi banyak dari untung bersih. Pelanggan pun tak ramai yang masuk." lapornya.

Aku sudah garu dagu. "Takkanlah. Seingat saya, saya ada beri proposal untuk promotion terbaru kat Ad. Dia tak gunakan ke?"

"Bila itu, cik Iffah?"

"Bulan ni juga."

Ismail sekadar menggelengkan kepala. "Setahu saya, bulan ni Encik Ad tak beritahu apa-apa pada kami. Promotion, menu baru pun tak ada."

Aih, peliknya? Takkanlah tak ada? Aku sudah ketap bibir. Macam ada yang tak kena aje.

"Tak apalah. Erm, nanti saya tanya Adrian semula. Thanks." ucapku lalu pergi meninggalkan cafe itu.

Huh, kenapa Ad tak bentangkan proposal itu pada pekerja dia? Aku sudah gigit bibir. Punyalah tiga minggu aku tak tidur semata-mata nak fikirkan idea promotion itu.. tapi dia tak gunakan.

Kecil hatilah juga.. Erm, tapi tak apalah. Mungkin ada sebab Adrian tak gunakan nya. Aku cuba sedap kan hati sendiri.

Masuk sahaja ke dalam kereta, telefon pintarku yang berada di dalam beg tanganku aku capai lalu nombor telefon Adrian aku hubungi. Seketika bunyi beep-beep menerpa sebelum panggilan ku diangkat.

"Ya, sayang. Kenapa?"

"Ad, tengah hari ni you busy tak? I nak jumpa you, boleh?"

"Sayang, I'm serious. Saya betul-betul sibuk sekarang ni."ujar Adrian.

Aku ketap bibir. "I nak jumpa dengan you sekejap aje, sayang. Bukannya lama."

"Ada benda penting yang you nak beritahu I ke?"

"I nak bincang fasal cafe you. Pasal promotion yang I bagi kat you itu." jawabku dalam nada serious.

Di hujung talian, aku dengar suara Adrian diam. Dia langsung tak menyahut untuk seketika.

"Y-you datang cafe I ke?"

Aku angguk kepala seperti mengia kan kata-katanya itu. " Yes. I'm. Boleh tak I jumpa you ni?" soalku lagi untuk kesekian kalinya.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now