BAB 16

23.5K 843 17
                                    

Aku fikirkan duduk satu meja makan dengan keluarga besar Adrian adalah sesuatu yang menggerunkan. Al-maklumlah, aku dikelilingi oleh orang yang besar-besar. Aku pula yang terasa diri ini kecil bila bersama mereka namun ahli keluarga Adrian layan aku baik sangat.

"Uncle restu aje kalau Ad nak kahwin dengan Iffah. Sudahlah cantik orang nya, pandai pula itu buat orang gelak." sampuk Engku Mukhriz semasa kami semua selesai habis makan.

"Hmm, kan mama dah kata? Mesti semua orang suka kalau Ad kahwin dengan Iffah. Uncle dengan auntie kamu pun suka." ujar Engku Laila mengiakan kata-kata Engku Mukhriz.

Aku yang mendengar pujian itu makin lama makin kembang hidung. Susahlah kalau semua nak puji ni. Aku pula yang tak tahu nak bagi respons apa. Jadi, terpaksalah aku senyum untuk mengiakan segala nya.

"Sayang betul Amirah tak dapat ikut hari ini. Kalau tidak, mungkin dia akan kenal-kenal dengan kamu, Iffah." selit Engku Julia, ibu kepada Amirah.

Tanpa aku sedar, Adrian di sebelah ku sudah berubah riak. Riak penuh tergamam dan bersalah. Ketika ini, dia hanya mampu diam.

Aku tarik senyum nipis. "Tak apa, auntie. Saya dah kenal dengan Amirah itu. Dia dah jadi kawan saya dah pun." ujarku cuba menyedapkan hati Engku Julia.

Semua orang menganggukkan kepala. Aku dapat lihat kelebaran senyum di bibir Engku Julia apabila mendengar jawapan aku itu. Mungkin dia lega bila tahu aku dan Amirah sudah kamceng walaupun tak rapat sangat sebenarnya.

"Pfft.. kawan?" tergamam aku ketika mendapat perlian itu daripada mulut seseorang.

Mataku terus teralih ke arah lelaki yang berada di hadapanku. Entah macam mana pula, kami boleh duduk berhadapan pun aku malas nak ambil tahu.

Sepanjang makan malam berlangsung pun, aku tak pernah pandang dia. Si Syah yang super kerek itu. Tak habis-habis senyum sinisnya ditayangkan seperti dia memperlekehkan bicara aku.

Aku hanya mampu ketap bibir sahaja apabila mendengar perliannya itu. Kalau cari fasal depan-depan nanti, keluarga Adrian fikir apa pula kan fasal aku?

Aku tahu Adrian ada sepupu lelaki tetapi dia tak pernah buka cerita itu pada aku. Lagaknya seperti dia tak mahu aku ambil kisah sangat fasal kehidupan sepupunya itu. Mungkin diorang tak rapat sangat kot. Engku Syah Taufiq merupakan anak kepada Engku Mariam.

Engku Mariam merupakan satu-satu nya anak perempuan kepada Engku Mokhtar Zubir. Tipulah kalau aku tak teringin nak jumpa wanita itu. Walaupun dia tak dapat mewarisi syarikat MZ Holdings namun dia berjaya memperluaskan empayar syarikat arwah suaminya sampai ke Singapura dan juga Thailand. Namun, sayangnya hari ini dia tidak dapat hadir ke majlis makan malam kerana sedang berada di Singapura untuk beberapa hari.

Makan malam itu berlangsung dengan meriahnya. Selesai aje berborak sakan, keluarga Adrian terus ajak aku bergambar bersama. Tiba-tiba pula aku rasa macam aku sudah jadi sebahagian dalam keluarga besar Adrian itu. Tak sangka, seronok juga kalau ada keluarga besar macam keluarga Adrian. Sporting aje semua.

Adrian menghantar aku sampai ke depan kereta aku. Bahagialah juga bila dapat layanan macam itu daripada Adrian. Inilah yang aku rasakan paling sweet sepanjang tahun ini. Tak pernah dia hantar aku sampai ke depan kereta macam ini. Serious, aku terharu.

"Happy tak malam ni? Kira I dah pujuk you lah kan?" tanya Adrian sengaja mengusik aku.

Aku buat muka acah-acah menyampah. Mulutku cuba aku tahan untuk tidak senyum.

"Fine. I'm happy for this night. Thanks sebab bawa I jumpa keluarga you." ujarku dalam tulus. Senyumanku meleret.

"Most welcome babe. Hmm.. nampak macam keluarga I suka you. Bolehlah, kita proceed ke next stage kan? Our wedding?" usik Adrian.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now