BAB 59

31.5K 1K 60
                                    

"Sayang!!"

Tersentak Amirah daripada tidur. Mimpi buruk yang tadi membelengu lenanya buatkan air matanya terus gugur. Terus matanya tertancap ke arah Azhar yang masih terbaring kaku di atas katil hospital.

Mimpi buruk yang menyergah mimpinya itu buatkan Amirah tidak dapat berhenti menangis. Dia saksi kan depan matanya sendiri bagaimana Azhar dilanggar. Begitu sadis dan juga tragis. Dalam mimpi itu, mahu saja dia berlari mendapat kan suaminya namun dia tak mampu.

Apa yang Amirah mampu buat hanya lah menangis melihat keadaan Azhar yang sudah nazak di atas jalan. Darah pekat yang keluar dari luka kepala Azhar tak berhenti mengalir. Mata suaminya itu langsung tak beralih daripada memandang ke arah nya manakala mulut Azhar pula terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tak jelas.

Sebak dada Amirah dibuatnya. Dia lihat orang ramai mulai mengerumuni jasad Azhar yang masih menggelupur. Dalam ramai-ramai itu, Amirah nampak sosok tubuh seorang lelaki yang memakai topi menutupi separuh wajahnya. Dia lihat segaris senyuman puas hati terukir dibirai bibir lelaki itu.

Amirah terkedu. Dia kenal senyuman itu. Dalam samar-samar, akhirnya lelaki itu pergi meninggalkan kawasan kemalangan itu. Gelagat nya nampak bersahaja.

Bangun sahaja tidur, Amirah tak ingat jelas siapa gerangan itu namun yang pasti senyuman lelaki itu masih segar bertayang dalam fikirannya. Huh.. mungkinkah itu petunjuk kepada kes langgar lari yang menjadi kan Azhar sebagai mangsa?

Satu keluhan berat Amirah lepaskan. Wajah Azhar yang masih tenat dipandangnya lemah. Tangannya pula erat menggenggam tangan Azhar yang longlai. Air mata yang membasahi pipi dia biarkan sahaja mengalir. Bibirnya mengucup lama tangan Azhar.

"Sayang, bila you nak bangun? Dah tiga hari I tak nampak you senyum. You tak rindu ke nak jumpa I, Zhar? You tak rindu ke nak main dengan anak kita?" termasuk kali ini, sudah hampir sepuluh kali, Amirah ulang ayat yang sama.

Sudah tiga hari Azhar terlantar koma. Kecederaan parah di kepala serta dada menyebabkan Azhar tak bergerak persis orang mati walaupun otak dan jantungnya masih hidup. Sebak dada Amirah bila mengenangkan nasib yang menimpa suaminya itu.

Untuk kesekian kalinya, Amirah mengucup tangan suaminya itu lalu tangannya membelai ubun rambut Azhar lembut. Sesekali, pipi suaminya itu dibelai. Dingin sahaja badan Azhar dirasakannya. Hmm.. Siapa aje yang tak risau?

Baru sahaja Amirah berura-ura mahu melentokkan kepalanya ke sisi katil, telinganya berjaya menangkap bunyi pintu dikuak. Spontan, kepalanya berpaling ke arah pintu. Hampir terkedu Amirah dibuatnya apabila melihat jasad itu masuk ke dalam bilik rawatan Azhar.

"A-Adrian?" seru Amirah semacam tak percaya.

Lelaki itu nampak tenang saja. Dia melangkah ke sisi Amirah sambil sejambak bunga melur putih dibawa nya. Sempat matanya melirik ke arah Azhar yang terbaring persis orang tak bernyawa. Hanya degup jantung nya saja yang berdetak.

Pandangan kaget yang Amirah beri kan padanya langsung tak dihirau kan. Tanpa dipinta, Adrian melabuh kan punggung di birai katil milik Azhar.

"Ini, buah tangan untuk Azhar." bunga melur yang dibawanya diserahkan kepada Amirah yang sudah pandang dia. Wajahnya nampak tenang saja. Biasa-biasa saja.

Amirah langsung tak menyambut. "You buat apa kat sini, Ad?" gertak Amirah sedikit berbisik.

Adrian sudah jongket kening. Wajah tak bersalahnya ditayang. Pfft.. merepek betul soalan Amirah ni.

"Hmm, perlu ke you tanya soalan tu dekat hospital ni? You rasa I datang sini untuk apa?" Adrian sudah buat loyar buruknya.

Amirah mengetap bibir geram. Entah kenapa, dia rasa dipermainkan. Lagipun, dia tak selesa bila Adrian ada di situ dengannya.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now