BAB 25

23.5K 808 11
                                    

Kereta BMW yang dipandu akhirnya tiba ti perkarangan syarikat MZ Holdings. Tajam sahaja mata Adrian memerhati suasana luar syarikat yang sedikit lenggang. Matanya tiba-tiba sahaja menangkap kelibat kereta Engku Mukhriz yang terletak tidak jauh dari tempat parkirnya. Senyuman penuh makna Adrian terukir.

Dia datang ke sini memang dengan niat. Adrian perlukan kepastian tentang berita hangat yang baru sahaja sahabatnya ceritakan sebentar tadi. Sahabatnya itu merupakan pekerja yang sudah lama berkhidmat di bawah MZ Holdings ni jadi dia dah kira sebagai 'senior' lah antara staff-staff yang ada.

Kopi hangat yang dipesan akhirnya tiba di atas meja. Disebabkan tekak nya sudah mulai dahaga, maka Adrian pantas menghirup minumannya itu. Sekali-sekala matanya melilau mencari kelibat Arman. Dia jumpa kawannya itu pun sebab nak tanya fasal tempahan kad jemputan.

Arman merupakan staff MZ Holdings dan dia juga turut membuat kerja sambilan dengan mengambil tempahan dalam pembuatan kad-kad ini. Maklumlah, kegawatan ekonomi yang memaksa rakyat buat dua kerja kan? Erm..

"Late." spontan ayat itu Adrian berikan apabila melihat kelibat Arman yang baru sahaja muncul depan mata.

Tanpa izin, Arman terus melabuhkan punggungnya di hadapan Adrian. Wajah nya nampak lelah. Bawah mata nya juga bengkak macam orang tak cukup tidur tiga hari. Hmm.. nampak penat.

"Sorrylah, aku ada kerja sikit nak kena buat tadi. Itu yang lambat itu. Kau tau ajelah, bila dah tukar CEO semua benda nak kena ubah." ujar Arman memberi alasan.

Senyuman Adrian hanya mampu melirik. Dia tak tahu nak bahas lebih lanjut fasal itu. Hatinya sudah telap untuk sentuh fasal MZ Holdings. Dia sekarang ni sedang belajar untuk menerima realiti sekarang.

"CEO baru itu okey tak? Nampak macam tak suka aje." sempat pula Adrian 'menyakat' Arman. Saja nak tahu pendapat

Arman tersengih. Matanya sempat melilau memandang sekeliling. Gaya nya seperti makcik bawang yang nak ajak bergosip.

"Kau nak dengar cerita terbaru tak fasal MZ Holdings?" Arman sudah buka topik.

Adrian yang sedang leka mengacau minumannya sudah berkerut dahi. "Apa dia?"

"Beberapa hari lepas, aku ada dengar cerita sebab apa Engku pilih Syah dan bukannya kau. Orang kata semua benda itu dah dirancang. Memang Engku dari awal nak ambil Syah jadi CEO dan bukannya kau. Itu apa yang aku dengarlah." ceritanya dalam nada berbisik.

Risaulah juga kalau tiba-tiba ada pekerja MZ Holdings yang berada berdekatan dengan mereka. Habislah dia. Kalau tak kena pecat, mesti kena gantung kerja. Phuh..

Adrian sedikit tergamam apabila mendengar cerita yang Arman sampai kan itu. Semuanya dah d-dirancang?

"Maksud kau?"

"Sebenarnya Engku tengah krisis fasal saham syarikat. Dia takut kalau syarikat jatuh ke tangan orang yang dia taknak. Kau tahukan siapa pemegang saham syarikat kedua tertinggi?" soal Arman.

Adrian menganggukkan kepala. "Uncle Zaqwan." ujarnya.

"Engku tak yakin yang Engku Zaqwan dapat uruskan syarikat dengan baik. Jadi, sebab itulah dia cuba nak cari CEO yang baru untuk ambil alih tempat dia. Dan.. memang dari awal dia nak pilih Syah untuk ambil alih tempat itu. Kau tahu ajelah syarikat ayah Syah itu macam mana? Lebih stabil daripada MZ Holdings." tambah Arman sudah menghangatkan perbualan mereka.

Adrian yang mendengar sudah menganggukkan kepala tanda faham. Huh. dia pun tak tahu fasal hal itu. "Cuma aku tak paham kenapa dia nak kena risau fasal saham syarikat pula? Bukan saham uncle Mukhriz masih banyak ke?"

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant