BAB 58

30.9K 1K 13
                                    

Bau haruman kuew tiaw goreng yang aku masak menyerbu ke segenap ruang dalam rumah villa Engku Mariam. Senyumanku terukir setiap kali menambah perencah dalam masakan aku itu. Kepalaku pula ligat memikirkan reaksi yang Syah akan beri nanti.

Orang kata kalau memasak ni perlu ada feel. Kalau kita rasa marah, orang yang rasa masakan kita pun akan rasa terganggu dengan rasa nya dan jika kita rasa gembira sewaktu memasak, pasti orang yang akan makan masakan kita itu gembira. Aku nak Syah rasakan cinta yang aku curahkan dalam masakan aku ni, biar hari ini dia lalui dengan easa gembira dan bahagia.

Selesai sahaja menghidangkan kuew tiaw itu ke atas meja, terus mataku melirik ke arah pinggan bersih khas untuk Syah itu. Senyumanku makin lebar.

Telingaku berjaya menangkap derapan tapak kaki menuruni tangga. Terus mataku melirik ke arah itu dan aku lihat kelibat orang yang aku tunggu-tunggu datang mendekati. Hari ini, Syah nampak segak mengenakan T-shirt polo berlengan pendek dan jeans hitam. Lelaki itu langsung tak memandang ke arahku. Dia sedang asyik memakai jam tangannya. Gayanya itu nampak tergesa-gesa.

Aku ingat Syah akan bergerak ke meja makan tetapi rupa-rupanya dia terus meluru ke luar. Senyuman yang tadi terukir terus hilang dari raut wajahku. Kini, wajah hairanku berganti.

Tidak mahu terus diulit teka-teki, aku mendekati Syah yang sedang sibuk menyarungkan kasutnya. Mataku masih tak lepas memandangnya.

"Awak nak pergi mana, Syah?"soalku ingin tahu.

Syah yang sudah selesai memakai kasut nya terus mengalihkan pandangan nya ke arahku. Senyuman nipis dia berikan. Nampak manis.

"Aku nak keluar sekejap, jumpa uncle Mukhriz. Ada benda sikit nak bincang." ujarnya lembut. Tak ada lagi nada kasar yang menyinggah, malah loyar buruk pun tak ada. Baguslah..

Bibirku ketap. Sempat mataku melirik ke ruang makan. Kuew tiew yang terhidang aku pandang sebak. Terus aku alihkan pandanganku ke arah Syah. Aku cuba untuk taknak kacau mood. Senyum paksaku terukir.

"Awak tak nak makan dulu ke? Saya ada masakkan kuew tiew untuk awak." jemputku mahu mengajak.

Syah hanya mampu menggeleng. "Tak sempat. Maybe next time."

Aku mengetap bibir. Walaupun aku taknak tunjuk, tapi terselit rasa kecewa di birai wajahku tanpa sedar. Keluhan halusku terlepas. Sejak akhir-akhir ni aku suka sangat mengada..

Apabila melihat raut wajahku sudah pahit, Syah tarik nafas dalam. Perlahan, tangannya diangkat lalu membelai pipiku. Terpaku aku di situ. Terus aku dongakkan pandanganku memandang ke arah lelaki itu. Senyuman manisnya sempat mencairkan rasa kecewa aku itu. Hmm.. comel!

"Kau save sikit untuk aku. Nanti bila aku balik, aku panaskan dan aku makan. Okay?" pujuknya lembut.

Huhu.. aku cair bila terpandangkan mata bundarnya. Senyumanku terukir sehingga menampakkan barisan gigi putihku. Terus aku terpujuk bila dia kata begitu.

Tangannya yang membelai pipiku, aku capai lalu aku cium. Wajahnya aku pandang semula. Rasa bahagia,  rasa gembira, rasa teruja melatari ruang hati aku ketika ini. Sempat aku usap tangannya lembut.

"Tak payahlah. Nanti Iffah masak lagi untuk awak tapi waktu itu, awak kena janji awak akan makan. Okay?" aku pula tayang perangai mengada.

Tersengih Syah tatkala mendengar perjanjian yang aku lontarkan itu. Terus ubun kepalaku diusapnya lalu pipiku dicubitnya. Auch! Sakit.. tapi suka.

"Fine. I'm promise." ujarnya sambil mengangkat ikrar.

Aku tersenyum melihat gelagat Syah itu. Setelah menghantarnya masuk ke dalam kereta, lambaian aku beri kan pada dia. Perlahan-lahan kereta yang dipandu Syah meninggalkan perkarangan rumah villa.

"Hati-hati, Syah." ucapku bila kelibat keretanya hilang daripada pandangan.
...
"Silakan duduk."  jemput Engku Mukhriz yang sudah melabuhkan punggung di atas sofa.

Syah tanpa membuang masa, menuruti permintaan pakcik saudara nya itu. Mereka duduk berhadapan. Wajah serius Syah tayangkan pada Engku Mukhriz.

"Kenapa uncle nak jumpa saya ni? Ada benda yang uncle nak bincang kan ke?" soal Syah mahu straight to the point.

Engku Mukhriz menganggukkan kepala. "Memang ada benda yang uncle nak bincangkan dengan kamu. Hmm.. uncle rasa kamu pun tahukan yang nama kamu akan dilucutkan daripada jawatan?"

"Yurp, Syah dah terima. Maybe ini yang terbaik untuk MZ Holdings. Betul apa yang pihak atasan katakan. Kalau Syah terus pegang jawatan CEO itu, benda buruk akan jadi."ujar Syah dalam nada akur.

Engku Mukhriz menarik nafas dalam. Entah kenapa, dia rasa berkira mahu buat keputusan itu. Memang sejak daei awal dia mahu Syah yang pegang jawatan itu. Dia yakin yang Syah bakal bawa kegemilangan pada syarikat keluarga itu. Kegemilangan yang pernah dikecapi oleh arwah papanya dahulu, Engku Mokhtar Zubir.

Semenjak syarikat jatuh ke dalam tangannya, banyak betul masalah yang jadi. Terdapat kegagalan dalam pengurusan wang syarikat sekaligus pentadbirannya. Pernah sekali, syarikat itu hampir muflis namun nasib baiklah ketika itu Engku Azlan berikan pertolongan. Kalau tidak, mungkin MZ Holdings bukan lagi menjadi sebuah kebanggaan buat keturunan Mokhtar Zubir.

"Maaf, Syah. Uncle tak dapat nak tolong kamu. Lagipun, video itu jelas nampak muka kamu dan hmm.. Iffah tahu fasal hal itu?" soal Engku Mukhriz. Tiba-tiba sahaja dia teringat fasal isteri anak saudaranya itu.

Satu keluhan lemah Syah lepaskan. Pandangannya cuba digagahkan memandang wajah Engku Mukhriz.

"Belum lagi. Syah harap uncle takkan besarkan kes video itu pada yang lain. Tolong minta yang lain rahsia kan benda itu." pinta Syah. Terselit rayuan dalam nadanya.

Dia tak mahu rosakkan kehidupan barunya yang hendak bermula. Dia mahu bahagia bersama Huraifah tanpa sebarang masalah. Namun, video itu cukup membuatkan Syah resah. Dia risau kalau video itu sampai ke pengetahuan Huraifah, pastinya gadis itu akan rasa kecewa. Syah harap benda itu takkan pernah terjadi.

Engku Mukhriz sekadar mengangguk kan kepala. Dia menghormati rayuan yang Syah minta.

"Baiklah, uncle akan cuba semampu yang boleh. Ada lagi benda yang kamu mahu minta?" soal lelaki itu mahu membantu.

Syah angguk kepala tegas. Wajah pakciknya itu dipandang. "Syah harap uncle bagi Syah masa.Kalau boleh sebulan. Ada benda yang Syah nak selesaikan sebelum Syah lepaskan jawatan itu." beritahunya.

Kali ini, Engku Mukhriz sudah berkerut dahi. Matanya masih tak lepas memandang wajah serius Syah itu. Wajah anak muda itu nampak tekad.

"Apa yang kamu nak buat?"

Wajah Engku Mukhriz dipandangnya. "Syah dapat rasa ada yang tak betul dengan keluar masuk duit syarikat. Benda ni Syah dah sedar sejak awal Syah masuk MZ Holdings. Nanti, Syah akan berikan pada uncle tentang penyata bank syarikat dan Syah nak uncle check benda itu. Syah yakin ada pihak atasan yang gelapkan duit syarikat." jelas Syah penuh yakin.

Tergamam Engku Mukhriz dibuat nya. Mana tidaknya, dia juga turut tergugat dengan masalah wang syarikat ketika dia mengendalikan MZ Holdings.

Dia sudah menganggukkan kepala tanda setuju.
...

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora