BAB 60

33.6K 976 60
                                    

Hari ini mood mengemas aku tengah melangit jadi setiap ruang yang ada dalan rumah ini, aku bersihkan dengan penuh rela hati. Lagipun, kalau tak kemas.. buat semak mata aku aje.

Kain kotor yang terselit di celah pinggangku capai manakala tangan ku yang sebelah lagi sudah memegang bingkai gambar yang menghiasi kabinet ruang tamu. Sempat juga aku belek setiap foto yang terhidang atas itu. Kebanyakan nya gambar Syah dari kecil sampai lah ke besar.

Gambar dia semasa di tadika, aku capai. Terus aku menarik senyum nipisku tatkala wajah Syah yang comel putih itu menjadi tatapan mataku. Serupa cina.. Aku capai gambar yang lain pula. Hmm.. gambar di mana Syah memegang segulung ijazah dengan pakaian graduasi.

Sambil membelek gambar tersebut, aku melabuhkan punggungku di atas kerusi bersebelahan kabinet. Tangan ku meraba gambar itu penuh berhati. Sesekali aku sentuh mata, hidung dan juga mulutnya.. sungguh, Syah memang tampan orangnya. Bukan setakat tampan tetapi berlagak. Bila terfikirkan itu, aku rasa nak senyum sendiri.

Dia berlagak tak kisah fasal aku tetapi hakikatnya setiap masa dan setiap saat, dia ada bila aku perlu kan dia. Dia ibarat watak Maleficient versi lelaki yang kononnya tak kisah namun sebenarnya, dia peduli. Hmm..

Telefon pintar yang berdering di kocek seluarku buatkan aku tersedar daripada lamunan pendekku. Segera, aku letakkan gambar itu ke tempat asalnya semula lalu panggilan itu aku angkat. Panggilan daripada nombor tak dikenali.

"Hello. Siapa ni?" soalku apabila di awal talian kedengaran sepi.

"Iffah~~" suara garau itu menyapa namaku. Beralun.

Aku kelu lidah tatkala suara itu menyinggah halwa telingaku. Aku kenal siapa pemilik suara itu. Tak lain dan tak bukan, pastinya Adrian. Huh, apalagi yang dia mahukan daripada aku?!

"I tak ada masa nak layan you. Kalau you call sebab nak sakitkan hati I, better you end the call." ujarku mendatar. Tanpa perasaan.

Suasana sepi seketika sebelum tawa galak Adrian meletus. Kedengaran seperti mengejek ku dan nadanya itu seakan mahu mencabar kesabaran aku.

"Sejak bila you jadi garang ni, sayang? Hmm, lepas you kahwin dengan Syah, perangai you boleh tahan serupa juga dengan perangai dia. Huh..berlagak."balasnya perli.

Aku ketap bibir. "Sekurang-kurang nya, perangai dia tak seteruk you, Ad. He's better than you!!"aku masih galak memuji perangai Syah.

Yurp, apa yang aku katakan itu betul belaka. Perangai Syah lagi bagus daripada Adrian. Aku tak tahulah apa akan jadi kalau sekarang aku isteri dia. Hmm.. mungkin sampai bila-bila aku akan terus dibodohkan oleh lelaki itu.

Untuk kedua kalinya, tawa sinis Adrian meletus. Lantang suaranya. Nampak kepuasannya di situ. Aku pula sudah berkerut dahi.

Terfikir-fikir apa yang lawak sangat pada apa yang aku katakan tadi. Erm.. Nothing.

"Apa yang bagusnya Syah itu sampai you kata dia lagi better daripada I?" tanyanya begitu sinis.

"Dia bukannya seorang penipu dan dia ikhlas."ujarku tulus. Itulah apa yang aku lihat pada Syah dan langsung tak ada pada Adrian. Segalanya, Syah lebih baik.

Tawa jengkelnya kembali menyergah. "You tahu tak lelaki yang you kata bagus sangat itu akan kena pecat sebagai CEO MZ Holdings. Did you know that?" soalan itu buatkan aku tergamam.

Dahiku sudah berkerut. "M-Maksud you?"

"Hmm.. nampaknya he didn't tell you anything about his job. Syah kena pecat sebagai CEO sebab salah tingkah laku. Video adalah bukti dia.." di hujung ayat, Adrian sengaja menggantungnya.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt