BAB 27

21.8K 843 16
                                    

Kereta aku pandu selaju yang mampu. Rasa sebakku kian berkocak di dada. Sedari tadi, air mataku juga tak henti-henti mengalir. Huh!!! Kalaulah aku dapat membaca masa depan, aku akan larang ibu untuk keluar rumah hari ini. Semua ni salah aku!!

"Ibu ingat nak tanya kawan ibu fasal tempahan hantaran. Dia pandai gubah-gubah benda ni. Kamu nak ikut ibu tak?" soal Puan Raisha memandang ke arahku.

Aku yang ketika itu sedang leka membelek telefon terus mengalih kan pandangan ke arahnya. Senyuman nipis aku berikan lalu wajah serba salah ku bertayang.

"Sorry, ibu. Hari ini, Iffah nak kena tengok gaun Iffah. Lagipun Iffah dah deal dengan orang tu. Tak boleh tunda." ujarku sudah memberikan sebab.

Ibu sekadar menganggukkan kepala. "Tak apalah kalau macam itu. Biar ibu pergi tengok-tengok dulu. Nanti, kalau okey.. ibu bincang dengan kamu ya?" ibu sudah buat kata putus.

"Ibu nak Iffah hantarkan ke?"

"Tak apa. Ibu pun nak ke rumah kawan ibu kejap jadi ibu naik teksi aje. Kamu pergilah dulu." balas wanita itu masih melirik senyum.

Selesai sahaja aku menguruskan tempahan gaun itu, aku terus dapat panggilan daripada pihak hospital. Tergamam aku apabila dapat berita yang ibu mendapat rawatan di hospital setelah menjadi mangsa ragut. Tidak menunggu masa yang lama, aku terus bergegas ke hospital yang dinyatakan.

Tiba sahaja di hospital, aku menghayun langkah laju ke arah kaunter pertanyaan. Detail tentang ibu aku tanyakan dan dia beritahu nombor bilik ibu serta tingkat mana bilik ibu ditempatkan. Terus, aku berlari anak ke bilik rawatan ibu yang berada di tingkat 4, bilik rawatan ringan.

"Nurse, kat mana bilik 304?" sapaku pada salah seorang nurse yang bertugas di tingkat tersebut.

"Bilik itu ada kat depan sana." ujar nurse berbangsa Cina itu sambil jari telunjuknya menuding ke arah jalan lurus yang terletak di sebelah kiri nya.

Terus aku susun langkahku ke arah bilik yang dinyatakan. Pintu bilik 304 itu aku buka dan hampir menangis aku dibuatnya apabila melihat ibu sedang terbaring lemah di atas katil hospital. Perlahan-lahan aku mendapatkan jasanya itu.

Beberapa jururawat yang bertugas memeriksa ibu, aku pandang. Keadaan ibu tidaklah begitu teruk sangat cuma dahinya saja yang bertampal. Senyuman lega aku ukir di bibir nipisku.

"Cik ni siapa?" soal nurse melayu itu apabila melihat aku berada di sisi ibu.

"Saya anak pesakit. Erm.. macam mana keadaan ibu saya, dia baik-baik saja ke?" soalku ingin tahu. Risaulah juga kalau ada komplikasi ke apa.

Nurse itu menggelengkan kepala. Senyumannya terukir. "Cik jangan risau. Doktor kata cedera yang dialami Puan Raisha cuma cedera ringan saja. Esok, Puan Raisha sudah boleh dibawa balik ke rumah." beritahu nurse itu dengan tertib.

Aku menyapu wajahku tanda bersyukur. Sayu sahaja wajah aku tatkala melihat ibu yang sedang lena di atas katilnya. Sesekali tangan ku membelai kepala ibu yang dilitupi tudung sarung putihnya. Air mata ku berbirai. Haih.. kalaulah Iffah peka, mesti benda ni takkan jadi.

Air mata yang sudah bertakung pada kolam mataku cuba aku tahan. Maaf kan Iffah, ibu. Maafkan Iffah.. ucap ku perlahan.

"Erm, kalau tak ada apa-apa. Kami pergi dulu ya, cik." ujar salah seorang nurse tersebut meminta diri.

"Kejap. Boleh saya tahu siapa yang bawa ibu saya ke sini?"

"Owh, itu kami kurang pasti tapi dia lelaki. Rasa nya sekarang dia sedang membuat pembayaran di kaunter." jawab salah seorang daripada mereka.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now