BAB 62

35.8K 1.1K 33
                                    

Sudah seminggu Huraifah tak berada dalam rumahnya. Langkah disusun menuruni tangga. Dia berharap bila turun nanti, dia bakal melihat kelibat Huraifah yang sedang mengemas rumah atau mungkin melihat gadis itu memasak di dapur.

Namun, hampa. Apa yang ada di fikiran Syah langsung tak menjadi nyata pada pandangan matanya. Tiada jasad Huraifah di ruang tamu mahupun di dapur. Yang ada cuma keheningan dan sepi. Akhirnya, satu keluhan berat Syah lepaskan.

Sofa di ruang tamu didudukinya. Wajahnya diraup kasar. Dia sepi sekarang dan dia perlukan Huraifah berada di sisinya. Sekurang-kurang nya izinkan telinganya ini untuk mendengar suara gadis itu. Cukup untuk sekali sahaja pun tak apalah. Syah tak kisah asalkan ia dapat mengubat hatinya yang lara ketika ini.

Telefon pintarnya dicapai. Pesanan whatsapp yang dikirim dua jam yang lalu masih belum mendapat balasan. Hanya bluetick sahaja yang kelihatan.

'Iffah, sampai bila Syah nak merajuk dengan abang ni?'-Syah.

'Abang tak berniat nak tipu Iffah. Abang tahu abang salah tapi sekarang abang tulus sayangkan Iffah. Abang berani sumpah.'-Syah.

'Iffah, tolong balik rumah. I really miss you!!'-Syah.

Satu keluhan berat Syah lepaskan. Terus telefon pintarnya itu dicampak ke sebelah.

"Kau ingat dengan mudah Iffah akan maafkan kau?"bisik Syah pada diri sendiri. Kepalanya disandar ke kepala sofa.

Telefon pintar yang berdering mengejutkan jasad Syah yang sedang mengelamaun. Tergopoh-gopoh Syah mahu mengangkat panggilan tanpa membelek nama si pemanggil terlebih dahulu.

"Iffah?" terus nama gadis itu diseru nya.

"Haha.. Syah, ini uncle Mukhriz. Bukan Iffah." suara garau yang menerpa halwa telinganya itu buat kan Syah kaget.

Huh?! Syah sudah tepuk dahi. Mati-mati dia ingat yang orang itu adalah Huraifah. Habislah..

"Sorry, uncle. Syah ingat Iffah yang call." Syah berpura-pura tenang menjawab.

Nasib baiklah, Engku Mukhriz tak banyak sangat soalan nak ditanya. Kalau tidak.. mungkin mati akal Syah nak jawab.

"Syah, uncle baru dapat tahu fasal penangkapan polis tentang kes gelap duit yang berlaku dalam MZ Holdings. Uncle tak sangka banyak orang yang uncle harapkan terlibat. Huh, serius uncle rasa kecewa." luah lelaki itu dalam nada kesal.

Syah sekadar menganggukkan kepala. Dia juga turut sama terkejut bila dapat tahu perkara itu setengah jam yang lalu. Setelah orangnya menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak polis, akhirnya polis berjaya menangkap pihak-pihak yang terlibat. Enam orang kesemua nya dan pastinya itu bakal mencetus masalah dalam MZ Holdings.

Yang paling dia tak sangka, Dato' Farhan juga terlibat sama dalam kes itu. Dia tahu uncle Mukhriz nya memang rapat dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu pernah bertugas sebagai penasihat uncle Mukhriznya dahulu. Hmm.. nampak nya ketamakan manusia menghancurkan masa depannya sendiri.

"Syah pun tak percaya uncle tapi itu yang sudah tertera. Segala dokumen itu tertuju ke arah mereka. Jadi, tak ada apa yang Syah boleh buat." beritahu Syah tenang.

Engku Mukhriz menganggukkan kepala. Dia juga setuju pada apa yang Syah katakan itu.

"Terima kasih Syah sebab tolong uncle selesaikan masalah ini. Hmm.. uncle rasa lebih baik kamu terus tadbir MZ Holdings. Uncle akan cuba lupuskan semua berita itu. Kamu nakkan jadi CEO MZ Holdings semula?" soalan Engku Mukhriz buat kan Syah diam lama.

Satu keluhan berat dia lepaskan. "Rasanya, lebih baik kalau orang lain yang ambil alih syarikat itu." ujar Syah jujur.
...
Walaupun mata aku fokus pada jalan namun kepalaku menerawang memikirkan benda lain. Apa yang jadi di hospital tadi masih tak lepas dari ingatanku. Seriouslah?

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now