BAB 9

23.9K 882 4
                                    

Sudah tiga hari Irdina tidak buat kerja. Dia tak kisah duit poket nya habis asalkan kawan baiknya kembali pulih.

Semenjak Hidayah menggugurkan kandungannya, gadis itu terus menerus lemah. Jasadnya hanya terbaring lesu di atas katil. Tubuh gadis itu juga panas mendadak. Peluh tak henti-henti membasahi tubuh genit Hidayah.

Selesai memasak bubur nasi kosong, Irdina terus mengasingkan satu bubur untuk makan malam Hidayah. Air suam bersama mangkuk berisi bubur itu dibawa nya ke bilik kawan baiknya itu. Senyumannya meleret.

Hidayah yang sedang lena di atas katilnya, Irdina pandang. Sebak dada nya apabila melihat jasad Hidayah yang terlihat lemah itu. Sangat sadis keadaannya..

"Dayah, aku ada bawakan makanan untuk kau. Bukalah mata." lembut saja Irdina memujuk rakannya itu.

Gadis itu terus membuka mata apabila mendengar permintaan Irdina itu. Senyuman nipisnya terukir di birai bibir pucatnya. Suka dia bila lihat Irdina ada di situ.

"Tak apalah, Dina. Aku tak lapar lagi. Kau letak aje kat situ. Nanti aku makan." ujar Hidayah dalam nada lemah.

Irdina menggelengkan kepala. Dia tak percaya yang Hidayah akan makan. Sebelum ini, dia pernah buat benda yang sama dan esok paginya.. dia tengok bubur yang dia masakkan untuk Hidayah langsung tak bersentuh.

"Tak. Aku tak percaya kau akan makan. Jangan degil. Biar aku suap kan kau." tegas Irdina sambil mengacau bubur yang masih panas.

Keluhan kecil Hidayah lepaskan. Sesekali wajah kawannya itu dipandang. Tak sangka, sampai saat ini Irdina betah menjaganya sejak dia  keluar dari rumahnya ketika umur nya baru sahaja menginjak ke angka 17 tahun.

Dia tak tahan tinggal di rumahnya. Dia tak betah bila setiap hari dia hanya dihidangkan dengan pertelingkahan orang tuanya saja. Buat apa dia ada kat rumah, kalau badan nya hanya dijadikan sebagai bola yang tak bernyawa? Buat apa dia ada di situ, kalau telinganya tak pernah lepas dengan maki hamun yang dilontarkan oleh kedua ibu bapanya?

Kerana tidak tahan dengan suasana begitu, Hidayah pilih untuk lari. Dengan duit hasil simpanannya, dia naik bas ke Kuala Lumpur. Dia nak jumpa dengan kawan baiknya sejak sekolah dulu, Irdina. Gadis itu sudah lama berhenti sekolah dan berpindah ke Kuala Lumpur. Dia tahu yang Irdina mampu mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Seperti malam-malam lain, Irdina keluar dengan gaun singkat nya yang mendedahkan peha mulusnya dan juga bahu putihnya. Perhatian Hidayah teralih pada rakannya itu.

"K-kau kerja apa sebenarnya, Dina?" soal Hidayah ingin tahu.

Selama dua minggu, dia tinggal di rumah Irdina.. gadis itu langsung tak beritahu perkara sebenar tentang pekerjaannya. Sempat lah juga sekali itu, Hidayah nampak Irdina balik dalam keadaan mabuk. Risau juga dia dibuatnya.

Irdina yang ketika itu sedang menyarungkan kasut tumit tinggi nya terus mengalihkan perhatiannya pada Hidayah. Senyum nipisnya diberikan.

"A-aku kerja tukang buat air. Macam selalu lah." bohong Irdina.

Kali ini, Hidayah langsung tak percaya kan kata-kata Irdina. Dia terus mendekati kawannya itu. Tubuhnya sudah dipeluk. Wajah sangsinya ditunjuk.

"Aku nampak kau semalam dengan lelaki. Kau berpeluk dengan lelaki itu. Takkan tukang buat air layan lelaki sampai macam itu sekali kan?" Hidayah sudah menduga.

Tergamam Irdina dibuat nya. Terus dia menyarungkan kasutnya laju lalu dia bangun berura-ura mahu pergi. Namun tangan Irdina direntap kasar oleh Hidayah.

"Lepaslah, Dayah. Aku dah lambat ni!" gertak Irdina marah. Dia cuba untuk lepaskan tangannya namun pegangan Hidayah sangat kuat sampai Irdina tak berjaya untuk meloloskan diri.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ