BAB 52

27.7K 1K 37
                                    

"Kalau awak tak reti, awak belajar lah. Tak susah. Lagipun, inikan ibadah kita pada Allah. Kita sebagai hamba-Nya patut melakukan perkara itu."

Ayat yang dilontarkan Huraifah padanya semalam masih terngiang-nhiang dalam kepala Syah. Sampai ke tempat kerja, dia bawa kata-kata Huraifah itu. Hmm.. boleh tahan sentaplah juga.

Kali terakhir Syah bersolat adalah sewaktu di tingkatan 5, itupun sebab nak buat solat sunat hajat. Memandangkan waktu itu, Syah masih jahil maka dia tak habiskan solat itu sampai ke akhirnya. Buat apa dia solat, kalau dia rasakan hidupnya kini sempurna?

Dia memiliki segalanya. Harta, rumah yang besar, kerja yang berpangkat tinggi dan tak terkecuali juga muka yang tampan.. jadi buat apa dia perlu solat? Hmm... namun, bila-bila fikir balik hidupnya nampak hebat hanya pada luaran namun dalam? Syah selalu diulit rasa kosong, kerana itu lah dia cuba mencari cara untuk menghilangkan kekosongan itu.

Jujur dia katakan bila Huraifah datang dalam hidupnya, serba sedikit kekosongan yang dia rasakan mulai terisi. Walaupun, mereka tak banyak berbicara namun layanan Huraifah padanya buatkan Syah rasa disayangi.

Mungkin Allah hantar Huraifah pada nya untuk mengubah hidupnya. Syah pun sekarang sudah tidak jejakkan kaki ke tempat-tempat maksiat itu. Minum alkohol pun, Syah rasa bersalah. Sebab dia pegang title suami, dia tak mahu kehidupan lama nya membayangi hidup barunya.

Bunyi azan fardhu Zohor yang berkumandang buatkan Syah terdiam. Entah kenapa, dia rasa terpaku saat laungan azan itu melatari.

Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke jendela yang terbentang luas. Matanya terus tertancap ke arah masjid yang berada tidak jauh dari syarikatnya. Teringat pula dia pafa kejadian beberapa minggu lepas. Saat dia hampir sahaja melanggar seorang pakcik yang mahu bergerak ke masjid. Dia yakin itulah masjidnya. Satu keluhan Syah lepaskan.

Jam tangannya dibelek. Jarum sudah menuding ke angka 1.35 petang. Kepala Syah sudah memikirkan idea yang gila. Gila ke? Hari ini, dia terfikir untuk ke masjid itu semula.

Kalau ada rezeki, dia mahu bersemuka dengan pakcik itu semula. Entahlah, ada persoalan yang kini menghimpit fikirannya. Persoalan tentang kemaafan Tuhan pada hambanya yang terlalu banyak melakukan silap dan salah.

Segera Syah mencapai kunci kereta lalu menuju keluar dari pejabat nya.
...
Tiba sahaja di Starbuck cafe, mataku melilau mencari gerangan yang mahu aku jumpa hari ini. Memandang kan hari ini hari minggu, jadi cafe itu begitu sesak dengan pelanggan jadi bayangan orang yang aku mahu jumpa masih tidak kelihatan pada pandangan mataku.

Telefon pintar yang aku pegang tiba-tiba sahaja berdering. Serentak, aku mengangkat panggilan itu sambil mataku masih lagi ligat mencari jasad seseorang.

"Kat mana awak, Amirah?" soalku ingin tahu.

"Saya ada kat sudut cafe. Saya nampak awak." ujar gadis itu dalam talian.

Spontan, Amirah melambaikan tangan ke arahku. Terus mataku meluru ke arah gadis itu. Senyuman nipis dia berikan sebagai penyambut kehadiran aku di situ.

Tempat duduk di hadapan Amirah aku duduki. Setelah membuat pesanan, aku pun terus berbual pendek dengan Amirah. Pembual membuka bicara orang kata. Tanya khabar, gelak sikit..

Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Tadi pagi, sedang leka aku mengemas rumah.. tiba-tiba sahaja aku dapat panggilan daripada Amirah. Dia kata dia nak bincang sesuatu yang penting dengan aku. Mahu tak mahu, terpaksalah juga aku pergi jumpa dia.

Kalau betul penting jadi, aku ikutkan sahaja. Lagipun, tak banyak benda aku buat kat rumah itu. Hmm.. Sejak kebelakangan ni aku selalu ambil MC. Teringat pula pada apa yang arwah Engku Mariam katakan. Sepatutnya aku perlu berhenti kerja dan teruskan dengan tugas ku sebagai seorang isteri. Pagi, aku kena bekerja kadang petang. Lepas itu, kemas rumah, memasak untuk Syah.. jemur kain bagai. Malam, nak masak untuk Syah. Tak ditambah lagi dengan kerja pejabat yang banyak.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant