BAB 6

25.8K 962 16
                                    

Adrian sudah gigit bibir bila mengenangkan kejadian semalam. Kejadian di mana Syah nampak segalanya yang berlaku antara dia dengan Amirah.

Terus meja kerjanya ditampar kuat. Alangkah bagusnya kalau meja itu dapat diganti dengan wajah Syah itu!
Biar hilang terus muka bongkaknya itu, muka playboy!

"Kau bagitahu.. siap kau aku kerjakan."amaran itu diberi kan Adrian pada Syah.

Dia fikir Syah akan rasa gerun dengan ugutannya itu namun nampaknya Syah tidak langsung tergugat. Malah senyum sinisnya terukir.

"Try me.."

Adrian yang sudah hilang sabar sudah mengangkat tinggi penumbuknya, baru sahaja dia mahu melayang kannya ke muka Syah, pantas lelaki itu menepis. Sangat kuat tepisannya itu sampai buatkan Adrian tergerak ke kiri sedikit.

Tubuh Adrian ditolaknya kasar lalu tali leher  hitam nya kembali dibetulkan. Mata Syah nampak sinis mengejek cara Adrian mempertahankan diri. Nampak lemah.. nampak tak jantan.

"Kau bukannya lawan aku yang baik setakat ni, Ad. Tumbukan kau pun nampak lemah." perlinya sempat memberi komen.

Adrian kacip gigi bila dengar Syah selamba mempertikai kan caranya. Tak guna!! Kau fikir kau dah bagus sangat ke, hah?!

"Kau diamlah, Syah!! Aku tak perlukan pendapat kau. Bagi aku, kau dengan aku sama aje. Tak ada beza."

Tawa Syah kini berhamburan. Kelakar pula bila ada yang menyamakan dirinya dengan orang lain. Pfft.. apa yang sama? Kelebihan? Kelemahan? Wajah?Hati? atau.. perasaan?

"Apa yang sama?"

"Kau pun ada scandal juga. GRO keliling pinggang. Pfft.. cuma nasib kau baik sebab uncle tak tahu fasal semua itu."Adrian ungkit fasal hidup gelap Syah pula.

Namun Syah sambut dengan wajah selamba. Sedari tadi, senyum sinisnya masih bertayang. Yakin benar, hari ini kemenangan bakal berpihak padanya. Adrian selalu jadi The Loser..

"Sekurang-kurangnya,aku tak ada lukakan hati orang lain. Semuanya sama-sama sakit bila aku lukakan diorang, bukannya seorang. Sebab itu, aku dengan kau.. lain." ujar Syah beri pendapat nya sendiri.

Adrian termangu sendiri. Dalam diam, dia juga turut mengiakan apa yang Syah katakan. Bibirnya sudah digigit lalu wajahnya ditunduk memandang lantai. Huh!

Syah tersenyum kemenangan. Dia sudah mengatur langkah megah meninggalkan Adrian di belakang.

Baru dua tapak dia menjauh, Adrian panggil nama Syah. Terus Syah mematikan langkahnya lalu wajah Adrian dipandang.

"Kalau kau bagitahu fasal benda ni, aku takkan bagi kau peluang untuk hidup.." Adrian ugut nyawa.

Syah tarik sengih. "Kalau kau tarik nyawa aku, aku akan pastikan nyawa keluarga kau akan hilang dulu." spontan Syah bersuara. Tak ada nada mengugut.

Adrian nampak terkedu dengan ugutan Syah itu. "A-apa maksud kau?"

"Kau jangan nak tahu sangat apa yang aku maksudkan. Aku cuma nak bagi kau pertukaran. Senang cerita, kalau kau nak aku tolong kau simpan rahsia ni, aku nak kau tolong aku menang projek itu." Syah sudah buka tawaran.

Buntang mata Adrian dibuat nya bila dengar tawaran Syah yang langsung tak masuk akal itu. Watdehek?! Sudah itu, buat apa aku bertanding kalau ending aku menangkan dia?

Bila melihat Adrian diam, Syah tarik sengih senget.

"Kau nak ke tak?"

Adrian kacip gigi menahan geram. Wajah Syah dipandangnya marah.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now