BAB 45

27.1K 972 59
                                    

Sesekali mataku melirik ke arah nasi goreng belacan yang sudah siap aku masak sambil tanganku pula sedang ralit memotong bawang. Punyalah semangat aku nak memasak untuk Syah pagi itu. Yalah, selalunya Engku Mariam yang masakkan sarapan untuk kami semua tetapi disebabkan tekad aku untuk masak nasi goreng belacan, jadi aku setkan dalam kepala untuk bangun awal di pagi hari.

Bau aroma nasi goreng yang aku masak sempat menggiurkan mulut ku. Ditambah lagi perut kosong yang hanya dialas air suam, masakan itu berjaya menjemput rasa lapar yang amat. Hmm.. tak sabar nak makan benda ni. Al-maklumlah, baru pertama kali cuba.

Bunyi derapan tapak kaki yang menghampiri sempat mengalihkan pandanganku ke arah sosok tersebut. Aku lihat Syah yang sudah segak memakai kemeja hitamnya. Tali leher merah pula dipegangnya sambil tangannya sedang asyik membetulkan kolar bajunya itu.

Terus aku pandang ke bawah semula tatkala aku rasakan mata aku dan Syah saling bertembung. Huh, apakah? Kenapa aku rasa pelik semacam sekarang ni?

Ke.. sebab dia kacak sangat hari ni?

Kakinya melangkah masuk ke dalam dapur. Aku dengar dia sedang mengisi air ke dalam cawan. Kini, kami saling membelakangi.

"Kau masak apa hari ni?"soal Syah dalam nada biasa. Tak teruja.

"Saya masak nasi goreng belacan. Erm.. awak ada nak request apa-apa tak?" soalku. Rasanya sedikit janggal kali ini. Aku masih membelakangi nya. Masih acah memotong bawang.

"Nope."balasnya pendek.

Haih, aku rasakan jantung aku berdegup lebih kencang kali ini. Ditambah lagi bau haruman badan Syah. Yurp.. bau badannya yang harum itu berjaya menempati bau haruman nasi goreng belacan aku ketika ini.

Sedang leka aku menikmati perasaan itu, langsung aku tak sedar yang aku telah melukakan jariku. Meraung sakit aku dibuatnya. Jelas kelihatan darah merah mengalir dari celah luka itu.

"Kenapa ni?" soalnya cemas.

Terus aku menunjukkan luka yang masih berdarah pada dia. Air mataku sudah memenuhi kolam mata. Perit nya yang amat.

Syah terus menutup lukaku dengan tangannya. Langsung dia tak peduli kan tangannya yang sudah dicemari dengan darahku lalu dibawanya menuju ke singki.

Perlahan-lahan luka itu dicucinya. Aku disebelah sudah meraung. Sesekali aku menendang perlahan kakinya. Well, itulah cara aku nak hilangkan kesakitan luka pada badan sendiri iaitu dengan cara sakitkan badan orang lain.

Selesai sahaja merawat lukaku, Syah memandang wajah aku. Masih bersisa rasa risaunya. Dan, aku agak tergamam dengan pandangan yang dia berikan pada aku ketika itu.

"Lain kali kalau suka mengelamun, jangan masuk dapur." ujarnya dalam nada mendatar.

Tangan aku dia lepaskan. Wajah aku dipandangnya tegas. Tali lehernya yang tergantung di bahu dicapai. Terus Syah berlalu keluar dari dapur meninggalkan aku terpinga-pinga.

Lukaku yang masih terdedah aku pegang. Masih aku dapat rasakan tangannya menggenggam tanganku dan yurp, ketika itu dadaku tersangat lah berkobar hebat. Perasaan itu aku pernah rasakan setiap kali Adrian keluar dengan aku namun kali ini rasanya sedikit berbeza. Ia lebih laju.

Tanpa aku sedar, Engku Mariam perhatikan saja gelagat kami berdua sedari tadi. Senyuman nipisnya terukir.

Dia suka bila lihat Syah jadi begitu.
"Baguslah."tuturnya sendiri.
...
Laptop yang masih terpasang aku pandang dengan rasa kosong. Hari ini fikiran aku asyik dibayangi dengan kejadian pagi tadi. Luka yang masih berbalut aku lihat. Senyuman nipisku terukir.

'Masalah itu datang daripada kamu berdua. Macam mana nak wujudkan chemistry kalau kamu berdua layan kan sangat perasaan kamu itu? Kamu sendiri yang fikir kamu orang asing dalam rumah dia.. jadi, sebab itulah kamu rasakan benda yang sama.'

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now