Prolog

84.6K 1.5K 38
                                    

Alunan lagu kelab yang sedikit menyesak dan membingitkan telinga itu langsung tak buatkan telinga nya rasa sakit malah dia menikmati lagu itu dengan penuh dramatisnya. Lagak nya seperti seseorang yang sedang ligat memasang telinga mendengar lagu romantis tangkap leleh yang menenangkan hati dan perasaan.

Air syaitan yang berada dalam tangannya, diminum rakus. Sesekali matanya meliar mencari kelibat gadis yang mahu dia jadikan sebagai teman satu malamnya. Sempat mata gatalnya, membelek tubuh molek yang sedang asyik berdansa di ruang menari. Melentok-lentok gadis itu menggoyangkan tubuhnya sekaligus buatkan nafsu jantannya rasa tercabar.

"Kau tak nak menari ke?" soal Malik sambil tangannya sudah memeluk erat tubuh gadis yang sudah meraba-raba dada sasanya.

Malik sekadar membiarkan. Lagipun, dia senang diperlakukan begitu. Rasa dimanjakan, rasa disayangi. Yurp, dengan duit.. dia mampu beli kasih sayang seorang perempuan. Tanpa duit, mungkin Malik tak mampu miliki semua itu dengan mudah.

Kepalanya digelengkan. Untuk kesekian kalinya, gelas yang bersisa wine itu dihirupnya sampai habis sebelum cawan itu dihentakkan semula ke meja.

Sempat, dia minta agar penjaga bar itu menambah air setan itu ke dalam gelasnya. Tidak membantah, penjaga bar itu menuruti arahannya.
Wine putih jenama mahal itu, dituang kan ke dalam gelas milik lelaki bernama Engku Syah Taufiq.

Senyuman Syah terukir tatkala terpandangkan gadis yang sedang sibuk memeluk manja tubuh Malik.

Pandangan menggoda diberikan nya pada gadis itu. Cepat-cepat, Malik menutup mata gadis itu apabila merasakan Syah cuba untuk merampas gadis itu dari tangannya. Kalau Syah berjaya rampas gadis itu darinya, maknanya sudah tiga kali dia beralah dengan rakan sahabat sejatinya itu.

"Dia, aku punya malam ini. Kau pergi lah cari orang lain!" gertak Malik sudah peluk erat pinggang gadis itu.

Syah tersengih melihat tindakan Malik yang dirasakannya sedikit terdesak itu. Pleaselah, sebagai seorang lelaki yang 'budiman' dan gentle.. lelaki  perlulah jual mahal sikit. Jangan nampak murah sangat depan makhluk bernama perempuan ini!

"What's your name?" soal Syah tidak pedulikan cemberut wajah Malik itu. Selamba, salamnya dihulur.

Gadis itu tarik senyum bila lihat lelaki itu mahu bersalaman dengan nya. Bukan dia tak kenal siapa lelaki di hadapannya itu. Engku Syah Taufiq, seorang lelaki kaya yang hartanya tak pernah habis tujuh keturunan. Wajah tampan bak pangeran yang dimiliki oleh lelaki itu selalu menjadi bualan para gadis tak kiralah dalam kelab ini atau di mana saja.

Wajah yang selalu menjadi dambaan para gadis untuk dimiliki. Mata redupnya, bibir merahnya, badan sasanya.. dan tak lupa juga senyum sengetnya yang mampu mencairkan hati mana-mana gadis yang melihat nya. Yurp, bila dengar sahaja.. pasti ramai gadis mahu berkenalan dengan lelaki bak seorang pangeran itu.

Baru sahaja gadis itu mahu menyambut salam yang diberikan Syah, spontan Malik menepis kasar tangan Syah. Makin cemburu pula dia tengok gelagat Syah yang jenis tak makan saman itu.

"Kalau kau nak dia, kau boleh tengok hari lain. Malam ini, dia.. aku punya. Kau jangan berani nak curi." sempat Malik berikan peringatan berbaur ugutan.

Gadis yang berada dalam pelukan Malik sekadar tarik sengih pendek. Sempat matanya mencuri pandang wajah tampan Syah. Tangannya terus meraba dada bidang Malik.

"I memang milik you sayang but, you tak nak ke I kenal kawan you ni?" dia sudah memujuk dalam nada penuh seksi.

"Tak. I taknak nanti you lari daripada I pula." Malik sudah buat muka tak sukanya.

Syah yang melihat gelagat Malik itu pula yang rasa menyampah. Buat malu kaum Adam ajelah kawan nya yang seorang itu! Haih.. cuba chill-chill sikit.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now