BAB 10

26.5K 1K 19
                                    

Selesai sahaja memarkirkan kereta, aku terus keluar dari perut kereta. Wajah kecewa dan serius ku silih berganti. Apa yang Adrian buat pada aku semalam, aku perlukan jawapan. Yurp! Aku perlukan jawapan dari mulut lelaki itu.

Bangunan MZ Holdings itu aku pandang sejenak. Syarikat yang telah diterajui oleh keluarga Adrian sejak turun-temurun. Syarikat yang kini berada di bawah naungan Engku Mukhriz.

Kaki ku melangkah memasuki ruang lobi bangunan tersebut. Sesekali mataku meliar memandang sekeliling lobi namun kelibat Adrian masih belum kelihatan. Maka, aku yakin yang Adrian ada dalam pejabat nya. Pejabat sementara yang Engku Mukhriz berikan kepadanya sepanjang kerja projek itu berlangsung.

Ketika aku mahu melangkah ke lobi secara kuat dari arah hadapan. Hampir sahaja aku mahu terjatuh namun ada tangan yang memaut pinggang aku. Tergamam aku seketika tatkala mata aku memandang wajah gerangan lelaki itu. Lelaki itu juga sudah hairan.

Dahiku berkerut apabila ingatan aku dapat mengecam wajahnya. Terus aku tolak tubuh lelaki itu agar menjauhi aku.

Lelaki itu juga turut tergamam dengan tindakan aku itu. Mungkin dia berang barangkali kerana pertolongannya tidak mendapat balasan yang sepatutnya.

"K-kau?! Kau lelaki yang malam itu kan?" soalku masih cuba untuk ingat paras rupa lelaki biadab malam itu.

"Kau ustazah yang tolak aku malam itu?" soalan berbalas soalan. Kami saling berpandangan.

Sebelum akhirnya, lelaki itu melirik aku atas bawah. Pandangan gatal nya diberikan.. senyuman penuh menggodanya diberikan.

Lawa sama macam malam itu..

Aku pula sudah menjeling menyampah. Kau fikir aku apa hah sampai kau pandang aku sampai macam itu sekali?! Dasar mata keranjang!

"Apsal kau datang sini? Cari aku sebab nak minta saman ke?" duga lelaki itu masih dengan senyum perlinya.

"Huh, perasan." hanya itu saja jawapan yang aku berikan sebelum jelingan benci aku berikan pada lelaki itu.

Tidak menghiraukan reaksi lelaki itu, aku terus pergi menekan butang lif. Lelaki itu tersengih melihat gelagat ku dari jauh. Dipalau itu memang indah.

"Boleh pandang tempat lain tak?" spontan aku hamburkan ayat tak selesa aku itu.

Tawa lelaki itu bergema untuk seketika.

"Aku suka tengok kau. Rasa macam tengok bakal isteri sendiri. Sejuk mata memandang.." perli lelaki itu dengan senyum menggodanya.

Aku pula yang mendengar sudah meremang satu badan. Masuk sahaja ke dalam lif, aku pandang lelaki itu.

"Gila." ejekku sebelum pintu lif ditutup.

Mata Syah melirik ke arah lif. Dia lihat lif yang dinaiki gadis itu berhenti di tingkat 7, spontan senyuman Syah melirik.

"I get you girl!"
...
Pejabat milik Adrian aku masuki tanpa ketukan menyinggah ke pintu. Mana mungkin, aku mahu berlembut apabila lelaki itu sudah berjaya buat kan aku rasa kesal padanya semalam?

"Iffah..?!" sebutnya yang sudah kaget melihat kelibat aku datang ke pejabatnya.

Aku langsung tak pedulikan Adrian. Wajah kesalku masih bertayang. Cukup menggambarkan kekecewaan aku tentang hari semalam.

Sanggup lelaki itu diamkan saja tentang Hari UlangTahun Ke-3 kami bercinta? Banyak sangat ke kerja yang dia kena buat sampai nak sambut ulang tahun kami pun dia tak boleh?!

"You pergi mana semalam?" soalku tegas. Aku beranikan mataku menentang anak mata coklat milik Adrian.

Lelaki itu sudah terkulat-kulat. Kerja yang tadi dia lakukan kini ditangguh nya. Wajah aku dipandangnya dengan perasaan bercampur-baur.

"Maaf sayang. I terpaksa.. I nak kena siapkan ke-kerja I.. You fahamkan? Kerja yang uncle I bagi itu." ujar Adrian menjadikan kerja sebagai alasan.

Senyum sinisku terukir. Kini, mata ku sudah mulai berair. Tolonglah, Iffah.. jangan menangis..

"You nak I faham you macam mana lagi? Selama ini, I cuba faham you tapi you pernah cuba faham perasaan I. I know kerja you lebih penting but.. itu bukannya alasan untuk you abaikan hubungan kita ni!" jerkahku marah.

Segala yang tersimpan dalam hati, aku luahkan semahunya. Rasa kesal kerana diabaikan juga tidak terkecuali.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni aku rasakan yang Adrian sudah berubah. Dua tahun lepas, dia okey aje. Anniversary kami, dia tak pernah lupa. Layanan dia juga sangat romantis.

Namun, perangainya itu berubah bila menjelang awal tahun ni. Dia lebih sibuk dengan kerjanya saja. Setiap hari alasan kerja saja yang dia guna kan. Masa yang kami luangkan bersama pun jadi terhad. Kadang, hanya sekali seminggu sahaja aku jumpa dia. Itupun kebanyakannya perjumpaan kami tak pernah lepas dari membincangkan masalah cafe yang Adrian bangunkan.

"Iffah.. I minta maaf. I.. I.." tergagap Adrian mahu menyusun bicara.

Akhirnya, air mata kecewa ku bergenang. Wajahku sudah merona merah. Wajah aku yang sudah basah dengan air mata, aku tutup. Hm.. malu bila menangis depan lelaki ni.

"I kecewa dengan you ,Ad. I cuba jadi yang terbaik untuk you tapi you tak pernah usaha untuk jadi yang terbaik dalam hubungan kita ni." luahku lagi sudah berteman air mata.

Adrian sudah tunjuk riak bersalah. Tubuhku didekatinya. Aku yang masih menutup mukaku dengan tangan dipandangnya serba salah.

"Iffah, I.. huh.. I.." sekali lagi Adrian gagal untuk luahkan apa yang dia mahu katakan.

Sh*t lah, Ad! Kau kata kau boleh kawal kalau masalah ni jadi. Tapi, sekarang.. kau pula gagap nak buat helah kat Huraifah! Pfft..

Aku terus membuka tanganku. Mataku yang sudah sembab aku halakan ke mata Adrian. Rasa kesal ku makin menebal.

"Ad, kalau you rasa kerja you lebih penting then.. better kita break!" putus kan dan terus berlalu keluar dari pejabat Adrian.

Air mataku masih bergenang. Pandangan ku terasa kabur dengan air mata. Mahu saja, tubuhku tersungkur namun ada tangan yang menggenggam kedua-dua belah lenganku agar tidak jatuh.

Terus pandangan ku mendongak memandang ke arah gerangan tersebut. Tergamam aku tatkala melihat lelaki yang aku jumpa di lobi lif tadi. Huh, sekali lagi?!

Wajahnya nampak penuh persoalan. Hairan mungkin melihat aku sedang menangis begitu.

"Kenapa kau menangis ni?"soalnya ingin tahu.

Aku terus mengesat air mataku kasar. Tangannya yang menggengam lenganku, aku tepis kasar. Tajam mata merah ku menikam anak mata lelaki itu.

"Awak tak perlu tahulah..!"gertak ku dan terus melangkah laju meninggal kan tempat itu.

Syah sudah mencebik. Pfft.. boleh tahan ego juga ustazah ni! Sempat juga ekor matanya menatap tubuh Huraifah dari belakang. Phuh.. mengancam!

"Iffah!" gemaan suara garau itu berjaya mengalihkan mata Syah ke arah Adrian yang sudah keluar dari pejabatnya.

Langkah Adrian mati mahu mengejar Huraifah yang semakin menjauh apabila Syah datang menghalang. Wajah resahnya berganti dengan wajah sebal.

"Hmm.. boleh tahan playboy juga kau ni rupanya. Dua scandal dalam satu masa. Mesti girlfriend kau bangga dapat kau. Yalah.. boyfriend pasal dua belakang dia kan?" perli Syah berani.

Adrian sudah kacip gigi berang. Serentak itu, kolar baju kemeja Syah ditariknya.

"Kalau kau tak tahu apa-apa lebih baik kau diam!" gertak Adrian marah.

Syah buat muka jengkel. Terus dia tepis tangan Adrian dari terus menarik kolar bajunya. Rasa nak tercekik pula.

"Aku tak butalah, Ad. Depan mata, aku nampak ustazah itu keluar dari bilik kau. Pfft.. nampak sangatlah yang dia scandal kau kan?" Syah buat andaian sendiri.

Kali ini, Adrian tak menyahut. Dia malas nak buat penerangan. Suka hatilah si Syah itu nak fikir apa pun. Adrian malas nak kisah.

Sekarang, dia cuma nak tahu keadaan Huraifah saja.
...









Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now