BAB 47

26.4K 948 14
                                    

Sinar pagi yang menerobos masuk melalui jendela sedikit sebanyak mengganggu lenaku. Perlahan-lahan aku celikkan mata. Dalam samar-samar mataku berjaya menangkap sesosok tubuh yang ketika itu sedang sibuk menyarungkan baju kemejanya ke tubuh.

Makin lama, sosok itu aku lihat makin jelas. Senyuman nipisku terukir apabila melihat Syah sedang leka membutangkan bajunya itu. Ralit benar.

Sempat aku meregangkan badan aku di atas katil sebelum aku bangkit dari baringku. Syah yang menyedari gelagat aku itu sempat berpaling pada ku sekilas sebelum dia kembali menghabiskan kerjanya. Setelah itu, tali lehernya dicapai lalu dia melangkah keluar dari bilik itu.

Aku ketap bibir melihatkan tindakan nya itu. Dahiku sudah berkerut. Kenapa Syah tinggalkan aku drastik macam itu? Ke.. dia masih terkenang kan perkara yang semalam?

Bibirku yang dipegangnya aku sentuh perlahan. Aku masih dapat rasakan betapa getaran hangat itu muncul tatkala jari Syah bermain di sekitar bibirku. Hmm..

Mungkin ke dia risau fasal kejadian beberapa hari lepas. Kejadian di mana aku marah dia sebab dia buka tudung aku? Aku mengetap bibir. Yurp.. mungkin sebab itu agaknya, Syah tak berani untuk menyentuh aku.

Tidak mahu terus menerus diganggu dengan pelbagai andaian, segera langkahku susun ke bilik mandi. Mahu membersihkan diri dan bersiap untuk pergi ke tempat kerja.

Setelah selesai menyarungkan kemeja putih ke tubuh, aku terus mengatur langkah menuju ke tingkat bawah. Aku dengar suara Syah dan Engku Mariam bersembang sakan. Biasalah pastinya tak lain dan tak bukan membincangkan fasal syarikat.

Walaupun aku tak tahu banyak fasal Syah dan juga syarikat tapi aku faham apa yang menjadi masalah. Memandangkan Syah kini menjadi CEO syarikat MZ Holdings maka kebanyakan fokusnya kini hanya pada syarikat itu. Yang menjadi masalah adalah, syarikat Engku Azlan juga memerlukan CEO baru.

Selama ini, Engku Mariam yang menguruskan syarikat suaminya itu. Namun, takkan mungkin selamanya dia akan mentadbir syarikat itu. Nak tak nak terpaksalah, dia memilih warisnya untuk meneruskan legasi Engku Azlan itu. Waris yang dia ada cuma Syah tetapi sekarang Syah menjadi CEO penting dalam syarikat MZ Holdings. Mungkin itu masalah nya sekarang.

Aku mengambil tempat bersebelahan Syah. Sempat mataku melirik ke arah sarapan pagi yang disediakan oleh ibu mertua aku itu. Mihun goreng ayam dan juga telur mata. Erm.. sedapnya!

"Hari ni kamu kerja shift pagi ke, Iffah?" soal Engku Mariam sambil matanya melihat aku yang sedang berselera menikmati masakannya itu.

Wajah Engku Mariam aku pandang lalu anggukan kecil aku berikan. Syah di sebelah sudah mendiamkan diri. Mungkin tidak mahu masuk campur urusan aku dengan mama kandungnya itu.

"Ada staff yang minta tukar shift dengan Iffah. Katanya ada hal keluarga sikit. Jadi, Iffah ambil shift pagi." jelasku.

Wanita itu mengangguk perlahan. "Baru mama ingat nak ajak kamu jalan-jalan jumpa kawan mama. Ramai kawan mama nak jumpa kamu, Iffah. Mungkin tak ada rezeki agaknya." ujar Engku Mariam. Terselit nada kecewanya itu.

Perasaan bersalah menyerbu jiwa aku. Haih.. ini yang rasa tak best ni. Kasihan pula dengar Engku Mariam kata begitu. Dia pernah nyatakan hasrat mahu membawa aku berjumpa rakan-rakannya. Hmm..

"Kau tak boleh minta cuti ke hari ini?" Syah yang sedari tadi membisu, akhirnya mengajukan soalan pada aku.

Terus wajahnya aku pandang. "Tak boleh. Hari ni saya ada meeting dengan client." jelasku bersama punca.

Syah diam setelah itu. Suapannya kembali diteruskan. Mungkin dia malas nak masuk campur fasal aku dengan lebih lanjut agaknya.

Engku Mariam yang dapat merasakan kedinginan pada layanan Syah itu hanya memandang ke arah ku tanpa aku sedar. Bibirnya mengukir senyum tawar.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now