BAB 4

26.8K 1K 37
                                    

Selalunya, Syah lah yang paling liat balik rumah tetapi entah kenapa malam ini, dia rasa nak balik awal. Dia rasa tak seronok malam ini. Berdansa, minum, dikelilingi gadis.. dengan otak yang sedang kusut dengan kerja? Huh, memang tak nikmat.

Akhirnya, Syah ambil keputusan untuk keluar awal dari kelab tersebut. Jasad Malik yang sudah tenggelam dengan air setan dia biarkan saja.

Lagipun, Malik tahu jalan rumah. Jadi, buat apa Syah nak kisah sangat?

Langkah kemasnya disusun menuju ke arah keretanya yang terletak tidak jauh  dari kawasan club tersebut. Terletak betul-betul di belakang kereta Jazz hitam itu.

"Syah..!!" sorakan itu buatkan Syah menjedakan langkahnya.

Dia toleh ke belakang dan dia lihat sosok tubuh yang amat dia kenali. Senyum sengetnya terbit tatkala melihatkan lenggok tubuh menawan itu mendekatinya.

"Irdina.." serunya dengan suara dalam.

Gadis itu juga turut sama tersenyum apabila namanya diseru oleh Syah. Tak sangka ingatan Syah padanya masih lagi utuh. Hmm.. nampaknya, mudah lah dia kenal Syah dengan lebih rapat lagi kan?

"Hmm.. I ingat you tak ingat nama I." ujarnya dalam nada menggoda.

Syah tarik sengih. Sempat mata jantannya meliar menjilat tubuh gadia itu yang hanya bersarung gaun hitam yang mendedahkan bahunya dan juga pehanya yang mulus.

Kalau lelaki lain pandang, confirm mereka rasa tercabar. Nak-nak lagi, wajah Irdina yang cukup membuat sesiapa sahaja rasa tergoda. Cantik dan comel...

"Takkanlah I lupa nama perempuan yang dah buat mimpi I jadi indah, kot. Lepas jumpa you malam itu, I harap.. I akan dapat jumpa you lagi. Hmm.. dah lama juga I tak nampak you lepas malam itu. Why?" soal Syah ingin tahu.

Senyum Irdina meleret panjang. "Biasalah. Masalah kawan sikit. Hmm.. kenapa, you rindu ke?" Irdina sudah pasang umpan

Dan, yurp. Syah makan umpan yang dia berikan. Spontan, tubuh Irdina didekatinya. Bau haruman tubuh Irdina berjaya buatkan Syah rasa nak terkam.

Tangan Syah sudah liar memeluk tubuh ramping Irdina. Wajahnya didekatkan pada wajah gadis itu. Hampir sahaja bibirnya mahu bersentuhan dengan bibir gadis itu.

"I.. memang rindukan you pun, sayang. You, nak teman I balik rumah tak malam ni?" Syah pula yang pasang jerat.

Senyuman penuh menggoda Irdina lirikkan. Dengan kasar, tubuh Syah ditolaknya menyebabkan belakang badan Syah melanggar kerangka Jazz hitam itu. Syah tarik senyum suka. Dia suka permainan Irdina ketika ini.

Tangan sasa Syah sudahpun meliar melingkari pinggang ramping Irdina. Pantas, tubuh itu ditarik merapati nya. Pandangan sekeliling langsung Syah tak endahkan.

Dia sudah tenggelam dengan dunia nya sendiri. Sekarang, dia rasakan itu adalah malam antara dia dengan Irdina sahaja. Tiada yang lain. Kerja projek pun dia sudah tolak tepi.

Baru sahaja bibir Syah mahu memagut bibir merah milik Irdina, tiba-tiba sahaja muncul susuk tubuh menolak tubuh Irdina jauh daripada nya.

Syah sudah terpinga. Terus pandangannya dialihkan ke arah gadis berselendang maroon itu. Wajah gadis itu tampak marah. Macam tak suka pun ada..

"Kalau ya pun nak buat dosa, jangan lah depan kereta aku!" lantang gadis itu bersuara.

"Oops, sorry."

Spontan, jawapan Syah itu berjaya mengalihkan perhatian gadis itu ke arahnya. Syah sudah tarik senyum tatkala melihat tatapan tajam gadis itu. Gaya macam nak terkam di malam pertama pula rasanya.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now