BAB 46

26.8K 1K 38
                                    

Selesai sahaja membersihkan badan dan menyarungkan pakaian, aku terus melangkah keluar dari kamar mandi. Buka sahaja pintu, aku lihat kelibat Syah di beranda. Leka benar, dia menikmati suasana malam. Mungkin bintang memenuhi langit agaknya malam itu.

Senyumanku terukir bila lihat dia begitu. Tudung sarung berwarna hitam yang aku pakai, aku betulkan.
Tidak mahu berlengah, aku terus melangkah ke depan meja solek.

Kulit wajahku, aku ratakan pelembab sementara bibir pula aku hanya oles kan vaseline. Nak kulit gebu macam Huraifah Farihah, jemput-jemputlah tempekkan pelembab selalu. Sejuk dan menyenangkan. Boleh bawa tidur sampai ke pagi.

Sambil menyediakan diri untuk tidur, sesekali mataku melirik ke arah kelibat Syah yang masih berdiri membelakangi cermin. Khusyuk betul dia ni. Kira bintang ke apa sebenarnya dia sedang buat agaknya?

Aku malas nak tahu tetapi aku ingin tahu.

Sedang leka aku meniliknya dari belakang, tiba-tiba sahaja tubuh itu berpusing. Langkahnya disusun memasuki bilik tidur kami. Serentak itu, aku alihkan mataku memandang diri sendiri.

Terketar-ketar tangan aku nak sapu wajah dibuatnya. Terkejut. Nasib baik, dia tak perasan aku tadi sedang leka memandangnya.

Sofa kosong yang tersedia dalam bilik didudukinya. Seperti biasa, telefon pintarnya dicapai lalu dibelek. Itulah kebiasaan Syah sebelum tidur. Sudah seminggu lebih aku jadi isteri dia, jadi.. aku faham sangatlah perangai dia macam mana.

Nampaknya, tak adalah susah sangat nak menjaga makan minum Engku Syah Taufiq ni. Apa yang aku masak, dia tak pernah berleter atau pun menolak. Semuanya dia makan tapi badan masih sama. Masih gagah. Mungkin, selalu main gym agaknya.

Memandangkan aku dan Syah bekerja jadi kami tak banyak masa untuk diluangkan. Masa kami bertemu adalah dalam bilik ini tetapi tak banyak benda yang kami bual kan. Lagipun, suasananya masih terasa janggal untuk aku. Tak biasa tetapi aku cuba untuk perbaiki perkara itu.

Boleh kau bayangkan diri kau tiba-tiba sahaja dikahwinkan dengan lelaki yang baru kau kenal dalam beberapa kali pertemuan? Itulah apa yang aku rasakan ketika ini. Aku tak kenal siapa dia Syah dan Syah juga tak kenal siapa aku. Malah, dia juga seperti malas untuk ambil tahu fasal aku.

Hmm, yalah. Aku ni tak segah kawan -kawan perempuannya yang lain. Kulit putih melepak, badan ibarat model, tubuh terdedah sana-sini dan dengan dandanan make-upnya.. yurp, aku pasti tiada dalam senarai perempuan yang diminati Engku Syah Taufiq.

Aku tak ada badan macam model, kulit aku pun kadang-kadang jerawat minta teduh, Nak bermake-up.. pfft, malasnya yang amat. Jadi, mau ke si Syah itu selera dengan perempuan macam aku ni?

Sedang leka aku termenung, mata Syah sempat memerhati aku. Deheman kecil dia berikan namun sedikit kuat. Tersentak aku dibuat nya, spontan wajahnya aku panfang.

"Kenapa? Awak sakit tekak ke?" entah macam mana soalan minta kaki itu boleh keluar dari mulut aku.

Senyuman hambar Syah terukir. Telefon pintarnya masih diusik. Dia langsung tak pandang aku. "Kau memang suka buat lawak hambar eiyh?" soalan berbalas soalan.

Terus aku pusingkan tubuhku ke arahnya. Tajam mata aku menikam matanya. Tak guna. Kalau hambar, janganlah kutuk.

"Hmm.. siapa yang buat lawak hambar. Huh!" nadaku cuba aku sopankan sebaik mungkin. Nope, jangan terbawa emosi.

Syah tarik sengih. Langsung dia tak pedulikan riak cemberut yang bermain di wajahku. Kembali telefon pintarnya dibelek. Suasana sepi kembali membelengu.

Bila rasa tak dihiraukan, aku kembali mengurut wajahku di depan cermin. Itulah dia Syah. Suka sangat buat aku sakit hati. Tadi aku tegur cara baik aje tetapi dia balas cara perli aku. Huh..dasar!

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now