BAB 23

21.1K 833 7
                                    

Selendang merah cair itu aku buka dari terus membelit kepalaku lalu aku gantungkannya di tempat yang aku sediakan khas untuk tudung ku. Bibirku sedari masuk bilik sampailah nak duduk di atas katil masih mekar dengan senyuman.

Terus aku sandarkan belakangku pada kepala katil sambil bantal aku peluk erat. Senyumanku sudah aku tarik sampai ke telinga. Ya Allah, aku rasa nak menjerit sangat-sangat sekarang ni!!!!!!

Semalam Adrian hubungi aku minta jumpa dia. Setelah beberapa hari dia mendiam, akhirnya lelaki itu turun kan egonya. Mungkin dia tahu kalau dia terus buat perangainya, dia akan kehilangan aku agaknya. Hahah.. so sawit!!!

Dengan langkah teratur, aku masuk ke dalam cafe yang Adrian tetapkan. Sesekali jubah merah jambu yang aku pakai aku perkemaskan. Tak naklah nampak tak cantik bila duduk dinner dengan Adrian kan? Haha..

Aku terus menuju ke arah meja di mana Adrian sudah menunggu. Dia nampak segak mengenakan jaket nya yang berwarna putih. Pakaiannya nampak casual juga malam itu. Makin buat aku tak keruan bila lihat jambang halus yang tumbuh di bawah dagu Adrian. Nampak tersangatlah maskulin nya.

Selesai sahaja kami membuat pesanan, aku sempatlah tanya khabar dia. Rasanya sepanjang makan malam itu berlangsung, cuma aku aje yang banyak bercakap. Adrian pula cuma tadah telinga mendengar kisah merepek aku itu. Kadang dia senyum, kadang dia ketawa. Dan.. aku memang suka kalau dengar dia ketawa.

"Iffah, I nak minta maaf kalau semenjak dua menjak ni I selalu luka kan hati you. I terharu bila you tak pernah putus asa pujuk I. Thanks." ucap Adrian setelah dia selesai menghabiskan lamb chop yang dipesan nya.

Aku cuma tarik senyum nipis. Kunyahan ku cuba aku habiskan lalu wajah Adrian aku pandang dalam. Yurp.. aku tak kisah. I know yang Adrian akan tahu mana satu pilihan yang terbaik untuk dia. Dia kan dah besar so.. pilihan semuanya ada dalam tangan dia.

"I kan tunang you. Kita sepatutnya ada untuk satu sama lain kan? Ad, I tak kisah pun. I akan sokong you whenever  you need me." ujarku cuba menyedapkan hatinya.

Adrian tersenyum mendengar bicara aku itu. Mungkin dia tersentuh barang kali. You did a goodjob lah, Huraifah. Now,  kau boleh nampak yang Adrian senyum disebabkan kau.

"I ajak you datang sini bukan sebab itu aje. I have a good things to discuss with you." ujar Adrian tidak mahu menyingkatkan perbualan kami.

Aku terus jongket kening. A good things? Kepalaku sudah mulai diserbu pelbagai andaian. Mungkin ke dia..

"I dah bincang dengan parents I and I dah buat keputusan. I nak kahwin dengan you secepat mungkin." tambah Adrian.

Kali ini aku terpaku. Wait?! Aku tak salah dengarkan? Adrian kata dia nak kahwin dengan aku? Seriouslah!!! Terus aku terlopong. Nasib baik, aku sempat tutup mulutku. Huh.. serious aku terkejut sekarang ni.

"Y-You nak kahwin dengan I?" tergagap aku mahu mengulangkan bicara Adrian itu. Serious, aku rasakan sekarang ni aku tengah bermimpi.

Adrian menganggukkan kepala. Terus kedua belah tanganku dicapainya lalu digenggam erat. Sesekali cincin pertunangan yang terselit di jari manis ku dia main. Aku hanya membiarkan perbuatannya itu.

"Yurp, I nak kahwin dengan you. I takkan lepaskan perempuan yang dah banyak tolong I and I love you. I think kita dah boleh proceed to the next stage." tutur Adrian dalam nada bersungguh.

Anak matanya aku pandang dalam.Aku nak tahu betapa tekadnya dia untuk ambil aku sebagai isterinya. Yurp.. nampak macam dia betul-betul tekad.

"Ad, you serious ke?"
"Yes, I am."

Bertambah mekar senyuman aku dibuatnya. Ya Allah, akhirnya kau berikan kebahagiaan ini pada aku. Terima kasih kerana Engkau masih panjangkan jodoh aku dengan Adrian. Aku harap Engkau akan kekal kan percintaan kami ini sehingga ke akhir hayat.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now