BAB 51

28.5K 964 25
                                    

Perutnya yang sedikit buncit diurut nya perlahan. Hujan renyai-renyai di luar dipandangnya dengan rasa penuh kosong. Entah kenapa, setiap kali hujan turun pasti dia akan terimbau kejadian di UK malam itu.

Amirah diterpa rasa bersalah. Mungkin, memang dari awal jodoh nya bukan dengan Engku Adrian Faizur. Satu keluhan nipis dia lepaskan.

Masih jelas dalam ingatannya, muka Adrian yang nampak kecewa. Kata-kata Adrian juga masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.

"My sweet baby nak makan mana lepas ni?" soal Azhar dalam nada penuh romantis.

Ditambah lagi renyai hujan yang membasahi bumi UK, ianya memang mengamit kenangan indah. Lagi-lagi pasangan yang sedang hangat bercinta sepertinya dan Azhar.

Azhar ataupun nama panjangnya Syed Azhar Khairudin adalah jiran tepi rumahnya. Tiga kali pertemuan antara mereka berdua membawa kepada rasa cinta. Tanpa sedar, Amirah lupa siapa dia Engku Adrian Faizur dalam hatinya buat seketika.

Mungkin cara itu lebih baik agaknya. Lagipun buat apa dia terus teringatkan lelaki yang tak lama lagi bakal menjadi suami orang. Yurp.. berita tentang resepsi perkahwinan itu diuar-uarkan oleh bondanya. Kerana sedih, Amirah pilih jalan untuk pergi.

Kalau betul ini yang terbaik. Dia rela. Sekarang, dia ada kebahagiaannya sendiri dan Adrian juga memiliki kebahagiaannya juga.

"I ikut you." balas Amirah tidak banyak celoteh.

Senyuman Azhar meleret. Terus perut Amirah yang masih nipis dipegangnya. "Kalau macam itu, I follow babylah. Baby nak makan mana?"usik Azhar teruja.

Tertawa kecil Amirah melihat gelagat Azhar itu. Dia yakin yang Azhar adalah yang terbaik untuknya. Bukti?

Tiga minggu lepas, secara tak sengaja.. Azhar dan Amirah terlanjur melakukan perkara haram itu. Mereka tak sedar apa waktu itu kerana kedua-duanya sudah khayal dengan dunia masing-masing. Dua minggu lepas itu, Amirah disahkan hamil. Terkejut Amirah waktu itu.

Ketika itu, apa yang dia fikirkan adalah menggugurkan kandungan itu namun tindakannya itu mati apabila Azhar berjanji untuk bertanggungjawab atas anak itu. Tak sama seperti lelaki lain, Azhar menjaga Amirah dengan penuh kasih sayang. Ibarat seorang suami menjaga isterinya yang sedang hamil. Perkara itu makin membuatkan Amirah makin sayangkan lelaki bernama Azhar itu.

Bahu Azhar ditepuknya perlahan. Mengada betullah teman lelakinya itu. "You ni, mengarutlah. Baby tak sampai lagi satu bulan tau. Ish, you ni." sangkal Amirah disertai tawa lucunya.

Azhar pun kelakar orangnya. Setiap hari Amirah rasa terhibur dengan lawaknya itu.

"Manalah tau dia jawab ke? You apa tau. I ada instinct dengan anak I." celoteh Azhar.

Terus Amirah mencubit hidung mancung milik Azhar. Kalau makin lama dia melayan perangai Azhar, sampai bila pun tak kesudah.

Lampu jalan yang sudah menyala merah mereka berdua pandang. Serentak itu, mereka beriringan melintas jalan. Keadaan yang sedikit sesak malam itu buatkan tubuh Amirah melanggar sosok tubuh seseorang. Hampir sahaja Amirah mahu terjatuh namun pantas Azhar menolongnya. Gerangan itu juga turut sama berpaut pada lampu isyarat.

"Sorry, sir." ucap Amirah sambil menundukkan kepala.

"It's okay, miss..."

Tatkala mata mereka bertentangan, Amirah diterpa rasa terkejut. Wajah lelaki yang pernah hadir dalam hatinya dipandanga dengan rasa percaya. Tak mungkin.. Tak, tak mungkin dia jumpa Adrian di sini?

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now