BAB 1

43.9K 1.2K 17
                                    

Satu persatu baju kemeja jenama Alain Delon aku belek dengan penuh rasa teliti. Tak boleh ada kotor, tak boleh nampak hodoh dan yang penting bila dipakai oleh si empunya badan, ia mampu buatkan jantungku berdebar kencang. That's it, itulah ciri-ciri baju yang aku mahukan.

Siapa sahaja yang tak teruja nak hadiahkan orang yang dicintai? Nak-nak lagi orang yang kau cintai itu adalah satu-satunya lelaki yang sangat kau sayang sehingga ke hujung nyawa kau. Demi dia, aku sanggup untuk berikan hadiah apa pun kerana aku tahu suatu hari nanti, demi aku dia juga akan sanggup buat apa sahaja asal dapat bersama dengan aku.

Satu kemeja berwarna hitam itu aku belek dengan penuh terperinci. Sesekali, aku bayangkan kemeja itu dipadankan dengan si empunya badan. Senyumanku meleret puas. Nampak tampan, nampak hebat and nampak sexy! Itu yang penting.

Akhirnya, aku buat pilihan. Serta merta kemeja hitam itu aku berikan kepada promoter yang aku upah menuruti ku dari tadi.

"Ada apa-apa lagi yang cik mahu tambah?"soal promoter itu mahu tahu.

Mataku meliar memandang sekeliling butik. Setelah itu, aku pandang promoter itu semula. Sebuah gelengan aku berikan sebagai jawapan.

"Nope. Saya rasa itu aje kot."ujarku.

Promoter tersebut sekadar menganggukkan kepala. Lima helai kemeja yang aku pilih itu dibawa nya ke kaunter untuk sesi membuat bayaran. Ketika aku mahu melangkah menuju ke kaunter, tak semena-mena ada tangan yang menarik lenganku.

Langkahku terundur sedikit. Terus aku menoleh memandang ke arah si empunya badan. Aku yang tadinya tunjuk wajah garang terus menarik senyum manja bila lihat si buah hati ada di sisi. Wajah cemberutnya bertayang.

"You kata just for a few minute but now I think,hmm.. lebih dari sejam." tebiknya sambil menatap jam tangan yang melilik pergelangan tangannya.

Aku ukir senyum manjaku. Lebih kepada senyum ambil hati sebenarnya. Lengan sasa Adrian aku peluk erat lalu kepalaku aku sandarkan ke lengan sasanya. Aku perasanlah juga dengan mata yang memandang namun kesah apa aku?

Diorang pandang sebab diorang cemburu. Yalah, aku memiliki seorang teman lelaki yang paling sweet satu dunia. Sesibuk mana pun Adrian, dia pasti akan luangkan masanya dengan aku. Tak pernah tak ucap 'I love you', tak pernah lupa cakap 'I miss you' dan yang paling penting.. setiap tahun, dia akan wish birthday aku dan bagi hadiah.

Tak sweet ke gitu?

Tengku Adrian Faizur, satu-satunya lelaki yang berjaya menjentik pintu hati aku saat pertama kali aku pandang wajahnya ketika kami bertemu. Aku dan dia bertemu ketika kami sama-sama pergi seminar perniagaan yang dianjurkan oleh syarikat keluarganya. Disebabkan kawan aku Husna dan Amirul kenal dengan Adrian, maka diorang pun buatlah sesi perkenalan antara aku dengan dia beberapa hari selepas seminar perniagaan itu habis.

Waktu mula-mula itu, memanglah aku rasa awkward sangat. Siapa tak rasa awkward bila bertentang mata dengan crush kan? Yurp, crush. Semasa seminar itu berlangsung, mata aku tak pernah berkalih memandang Adrian. Aku pun perasan juga waktu itu, Adrian pun turut sama mengerling ke arah aku. Hahaha.. bila ingat balik detik itu, aku rasa kelakar pula.

Al-maklumlah, ini pertama kalinya aku bercinta. Adrian adalah lelaki pertama yang hadir dalam hati aku. Sebelum ini, aku tak pernah jatuh cinta pada sesiapa. Sejak zaman sekolah sampailah ke zaman universiti. Waktu itu, aku hanya fokus pada belajar sahaja. Tipulah kalau tak minat mana-mana lelaki kan?

Tapi, minat macam itu-macam itu ajelah. Bertahan untuk dua tiga hari dan perasaan minat itu akan hilang macam itu aje. Itulah perasaan suka yang aku rasakan masa zaman belajar dulu. Jadi, Adrian adalah lelaki istimewa yang hadir dalam hidup aku kerana dia adalah lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati cik Huraifah Farihah.

"Alah, sayang ni. I beli baju untuk uncle I memang macam itu. Hmm.. you ni. Macam tak biasa pula." luahku sudah memuncung. Kakiku aku atur merapati kaunter pembayaran butik itu.

Selesai sahaja membuat pembayaran, kami terus melangkah keluar dari butik tersebut. Tanganku masih tak lepas dari memeluk lengan sasa milik Adrian. Rasa selamat pula bila peluk kawasan situ. Terasa diri ini sebagai insan yang lemah bagai dilindungi oleh pangerannya.

"Babe, valentine's day nanti kita nak sambut kat mana? Bali? Singapura? Thailand?" soalku sengaja menghangatkan topik itu.

Sudah hampir tiga tahun aku bercinta dengan Adrian. Sepanjang kali itulah, dia akan bawa aku pergi bercuti  ke mana sahaja. Jauh dari segala hal yang menyerabutkan kepala kami dan luangkan masa berdua bersama.

Satu keluhan nipis Adrian lepaskan. Wajah kesalnya bertayang. "I rasa tahun ni kita tak dapat pergi mana-mana lah, sayang. I ada kertas projek nak kena bentang. You know kan yang my parents nak  I pelopori syarikat keluarga itu?" ujar Adrian mahu menjelaskan.

Aku ketap bibir. Wajah kecewaku sudah terpapar. Yurp, aku tahu fasal hal itu. Syarikat arwah atuknya itu memang menjadi rebutan. Datuk Adrian iaitu Engku Mokhtar Zubir memiliki empat orang anak. Seorang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Papa Adrian iaitu Engku Maulud Aameer adalah anak ketiga daripada empat beradik itu dan dia tak dapat memiliki syarikat kerana Engku Mokhtar katakan dia tidak layak.

Maka, syarikat itu diserahkan kepada anak sulungnya iaitu Engku Mukhriz Aaref. Aku adalah juga baca cerita yang Engku Mukhriz Aaref tidak memiliki zuriat jadi mahu tak mahu dia perlu turunkan syarikat itu kepada anak saudaranya. 'Calon-calon' yang bertanding untuk syarikat itu adalah Adrian dan juga seorang lagi sepupu lelakinya. Yang paling tak adil itu, calon yang bertanding mestilah berjantina lelaki. Cis, racist!

"Fine. I faham. You kena dapatkan syarikat itu juga kan?"aku buat kononnya aku faham walaupun dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku sekarang ini.

Adrian tayang senyum nipisnya. "Thanks sayang, sebab memahami." ucapnya dengan ikhlas.

Aku hanya menganggukkan kepala. Kerana tidak mahu melayan perasaan, aku terus tarik Adrian untuk temani aku masuk ke dalam kedai aiskrim. Baru sahaja mahu menjejakkan kaki, telefon pintar Adrian berbunyi. Langkah kami jeda untuk seketika.

"Hello?"soal Adrian sudah angkat kening.

Aku pandang sahaja wajah Adrian. Ambil beratlah sikit sebagai teman wanita kan?

Pada awalnya, Adrian tampak berkerut sebelum akhirnya dia sudah tepuk dahi. Dia sudah resah semacam, nampak gelabah.

"Okay-okay, saya akan ke sana sekarang."ucap Adrian sebelum menamatkan talian.

Adrian sudah pegang kedua-dua belah tanganku erat. Wajah bersalahnya bermain. "Sayang, sorry sangat. I tak dapat nak teman you fully hari ini. My uncle nak jumpa." luahnya sedikit kesal.

Aku tarik nafas dalam. Senyumanku melirik. Hmm.. terpaksa jadi girlfriend yang kononnya ambil peduli fasal kesibukan teman lelakinya.

"Tak apalah, you pergi. I okay aje."luahku cuba menyembunyikan perasaan yang sebenar.

"You nak I hantar you balik ke?"soal Adrian dengan wajah kusut.

Aku hanya menggelengkan kepala. "Nope. You pergi aje. I boleh balik sendiri." ajukku cuba mengurangkan kegusarannya.

Adrian sudah tayang muka terharu. Tangan aku dikucupnya lalu digenggamnya erat. "Thanks sayang, sebab memahami. I get to go. Bye!!" ucap Adrian lalu melambaikan tangan ke arah ku.

Aku hanya membalas dengan senyuman nipis meniti di birai bibir. Apabila melihat jasad Adrian menjauh dariku. Senyuman ku berubah pudar. Hmm.. susah betullah kalau dapat teman lelaki yang sibuk ni. Masa nak bersama pun jadi singkat.

Haih, nampaknya dia taklah sweet mana pun.

Terus aku tampar pipiku perlahan. Nope! Adrian memang sweet. Sebagai seorang girlfriend bertauliah, aku kena faham pekerjaan Adrian. Dia businessman. Always sibuk dengan kerja nya 24 jam.

Kerana tidak mahu melayan perasaan, akhirnya aku pergi ke kedai aiskrim. Jadi single buat sementara waktu.

...


Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now