BAB 34

20.3K 774 10
                                    

Malam esok bakal menjadi malam di mana aku bakal disatukan dengan Engku Adrian Faizur. Yurp, siapa sahaja yang tak teruja apabila lelaki yang kita cintai akhirnya akan menjadi suami kita. Rasanya semua perempuan di dunia ini idamkan perkara yang sama. Hidup di bawah satu mahligai yang dinamakan sebagai alam perkahwinan.

Seluruh dewan yang akan menjadi tempat penyatuan kami esok aku belek dengan rasa teruja. Tak sangka, ibu dan Engku Laila memang pandai dalam hias menghias dewan ni. Warna unggu cair dan putih meronakan ruang makan dan pentas persandingan. Bunga-bungaan juga turut menambah rencah dalam majlis tersebut. Terus lengan ibu aku peluk erat. Teruja punya fasal.

"Suka tak?" soal Engku Laila sambil mengurut belakangku. Dia juga turut memerhati hasilnya itu. Memberansangkan.

Kepala aku angguk laju. Bahu Engku Laila aku peluk erat. "Suka sangat auntie. Lawa pun lawa. Erm.. Iffah suka tengok tempat bersanding itu. Cantik. Pandai ibu dengan auntie hias." pujiku.

Sedari tadi mataku tak lepas memandang mahligai yang bakal aku duduki esok. Kalau ruang yang lain hanya diwarnai dengan warna ungu cair dan putih namun di tempat persandingan ia dironai dengan tiga warna berbeza iaitu unggu cair, ungu pekat dan juga putih. Warna yang sangat kontra namun mewujudkan keharmonian.

Ibu disebelahku tersenyum nipis. "Yang tempat persandingan itu bukan kami berdua yang buat. Itu orang lain yang buat." ujar ibu membetulkan tekaan aku itu.

Alis mataku bertaut. "Orang lain? Siapa ibu?" soalku ingin tahu.

Belum sempat ibu mahu menjawab soalanku tak semena-mena hadir kelibat wanita berumur lewat 40-an datang menghampiri kami bertiga. Senyum nipisnya diukir. Nampak manis ditambah lagi dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Yurp, tak dapat aku sangkal.. wanita itu memang rupawan orangnya.

"Engku Mariam yang buatkannya untuk kamu. Sebab itulah cantik. Sama macam orangnya." puji ibu sempat mengusik wanita itu.

Tertawa kecil wanita itu apabila mendengar usikan ibu itu. Engku Laila sudah tarik senyum nipis. Tiba-tiba sahaja dia meminta diri untuk pergi. Jadi, hanya tinggal kami bertiga sahajalah yang berbual.

"Auntie buat inipun sebagai hadiah kamu berdua juga. Auntie harap kamu sukalah dengan hadiah kecil yang auntie bagi ni, ya? Maaflah kalau tak cantik mana." Engku Mariam sudah merendah diri.

Aku tersenyum. Suka betul dengar suaranya itu. Lembut mendayu-dayu. Hmm.. tak layak langsung bergelar ibu kepada Engku Syah Taufiq itu.

Bahuku ibu peluk. Senyumannya masih terukir. "Baru aje tadi Iffah puji hasil kerja Engku cantik. Dia pun suka." balas ibu bagi pihak aku.

Terus aku menganggukkan kepala mengiakan kata-kata ibu. "Saya teruja. Tak sabar rasanya nak duduk sana. Hahah.. terima kasih Engku sebab siapkannya untuk kami. Saya pasti mesti ramai tetamu yang akan puji." ujarku sopan.

Tawa wanita itu pecah. Ibu juga turut sama gelak, cuma aku saja yang tersengih. Tak tahu pula lawak hambar aku itu menjadi.

"Kamu ni pun. Puji.."kata-kata wanita itu mati tatkala ada suara garau menjengah kami bertiga.

Aku tergamam tatkala melihat sosok yang aku sangat anti itu ada depan mata. Kejadian minggu lepas kian bertayang dalam kepalaku. Yurp.. lelaki yang hampir saja merosakkan hubungan aku dengan Adrian. Lelaki tak guna!!

Sempat matanya mengerling ke arah ku sebelum dialihkan pada Engku Mariam. Senyum nipisnya terukir.

"Eh, bukan kamu kata kamu nak duduk rumah ke, Syah? Kenapa kamu datang sini pula?" soal Engku Mariam hairan.

Aku dan ibu sama-sama terdiam namun telinga kami masih kami pasang. Perbualan anak beranak itu jelas kedengaran.

"Erm, Ad ajak Syah duduk hotel. Lagipun dia ada tempah satu bilik untuk Syah. Senang sikit nak tolong untuk esok." balasnya dalam nada mendatar.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now