BAB 17

23K 982 42
                                    

Adrian membetulkan suit hitam yang disarungkan ke tubuhnya. Sesekali tali leher berwarna hitam merah itu dibetulkannya untuk seketika. Tak semena-mena, Adrian tergamam. Tali leher itu masih dipegangnya. Tanpa dia sedar, senyuman pahitnya terukir.

"Untuk hari valentime kita yang pertama ini, I nak hadiahkan you this necktie. I harap necktie ni mampu berikan you semangat yang kuat. Pakai selalu tau. Jangan lupa!" amaran comel Amirah berikan sambil necktie itu diserahkannya pada Adrian.

Spontan Adrian sambut hadiah itu lalu dibeleknya sejenak. Suka benar dia apabila melihat necktie itu. Haha.. tahu-tahu aje Amirah yang dia memang penggemar warna merah. Ini yang makin sayang ni..

"I janji yang I akan pakai necktie yang you bagi ni dalam presentation I nanti. Biar I rasa tenang aje present." ujar Adrian sudah bersweet sawit dengan Amirah.

Tertawa kecil Amirah dibuatnya. Pelukannya diperkemaskan ke lengan sasa Adrian. Spontan, kepalanya dilentok pada bahu Adrian. Lelaki itu membiarkan saja, dia masih melangkah menuju ke arah cafe Starbuck yang terletak tidak jauh dari mereka.

"I harap I dapat kekal dengan you. I nak jadi orang pertama yang pakaikan necktie itu untuk you." kali ini nada Amirah nampak bersedih. Raut wajah nya juga berubah muram.

Adrian mengeluh kecil. Tangan Amirah digenggamnya erat lalu ubun kepala gadis itu dikucupnya lembut. Sebak lah juga jiwa jantannya bila mendengar keluhan itu keluar dari mulut kekasih nya.

Kalaulah dia dapat berterus terang pada semua orang yang dia kini sudah memiliki Amirah, kan bagus? Namun sayangnya, Adrian tak mampu. Kalau dia buat macam itu, hati Huraifah pula yang akan tersakiti. Yurp, Adrian akui. Dahulu, dia memang cintakan Huraifah. Kasihnya itu memang tak terbelah bahagi.

Namun, hati manusia memang tak pernah setia. Bila dia jumpa Amirah yang baru sahaja pulang dari luar negara. Dia terus tertarik untuk mengenali satu-satunya sepupu perempuan yang dia ada dalam keluarganya. Lagipun, semasa kecil dia memang sudah rapat dengan Amirah. Bila imbau balik kenangan semasa kecil, yurp.. ianya sesuatu yang lucu.

Masa budak-budak itu dulu, tak ada pula fefeeling love-love bagai ini. Bila dah besar, pandailah pula hati ini main kan peranannya.

"I akan jaga hubungan kita ni. Sampai bila-bila, kita akan bersama." Adrian buat janji. Janji yang dia tak pasti sama ada dia mampu tunaikan ataupun tidak.

Adrian menarik nafas dalam. Sampai bila-bila kita akan bersama? Nampak nya, dia silap. Dia dan Amirah tak mampu bersama. Buktinya, sudah hampir dua minggu Amirah terbang ke UK tanpa pengetahuannya.

Kerana Amirah sudah menghapus kan nombor telefon lamanya, Adrian terpaksa amabil jalan manual dengan pergi sendiri ke rumah Amirah. Dia fikir dia dapat bersemuka dengan Amirah namun tiba sahaja di sana, dia dikejutkan dengan berita yang Amirah sudah pun tidak ada kat Malaysia.

Jadi, sudah dua minggu dia tak dengar khabar berita gadis itu. Mungkin, dia sudah jumpa lelaki yang baik kat sana.. Mungkin gadis itu sedang bahagia sekarang. Huh!! Adrian mahu terima hakikat itu namun dia tak mampu. Setiap kali, dia fikirkan semua itu. Dia takut. Dia takut kehilangan Amirah.

Ehem!!

Lamunan Adrian mati tatkala dia melihat dari pantulan cermin kelibat Syah memasuki tandas. Sepupunya itu segak memakai suit hitam yang sama sepertinya. Hari ini, Syah nampak segak dengan rambut tolak tepinya itu. Nampak nerdy but naughty.

Sengaja Syah berhenti di sebelah Adrian. Tali leher maroon hitam yang dipakainya dibetulkan tanpa dia mengerling ke arah Adrian yang sudah buat muka menyampah.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now