BAB 8

23.8K 977 33
                                    

Untuk kesekian kalinya, nombor telefon gadis yang dia sayangi itu dihubunginya. Sudah hampir lima kali, Adrian mendail nombor telefon Amirah namun kesemuanya masuk peti suara.

"Please, sayang.. Angkat."rayu Adrian apabila bunyi beep-beep ketika ini sangat lama.

Sesekali matanya menjenguk ke luar tingkap keretanya. Beranda bilik Amirah dipandangnya. Yurp, sekarang ini.. dia berada betul-betul depan rumah Engku Zaqwan Haidir, bapa Amirah.

"What?!" suara Amirah menerjah talian.

Spontan senyuman di birai bibir Adrian terukir. Suka betul dia bila Amirah mengangkat panggilannya walaupun nada dingin gadis itu yang menjawab.

"You.. I ada dekat depan rumah you ni. I tunggu you." beritahu Adrian sudah buat nada manja jantannya.

Amirah mendengus marah. "Buat apa you ada depan rumah I, Ad? Huh.. kenapa you tak pergi dengan perempuan itu? Kekasih yang you sayang sangat tu.."perlinya.

"Nope. Today I nak spend with my true valentine. I nak you temankan I dinner sepanjang malam ini. I nak spent malam ni dengan you aje, babe." luah Adrian bersungguh.

Tergamam Amirah tatkala mendengar pengakuan yang keluar dari mulut lelaki itu. Entah kenapa, hatinya rasa tersentuh. Hmm.. tak sangka Adrian sanggup buat semua itu deminya.

"Hari ni, your third's anniversary kan? Hmm... kat mana you guys nak spent time?"soal Amirah sengaja mencari topik.

Walaupun sakit, terpaksa dia tanya juga. Hatinya luka bila tahu Adrian akan luangkan masa dengan Huraifah dan bukan dirinya.

Senyuman Huraifah mekar. Wajah Adrian dipandangnya manja.

"I tak kisah pun kalau Ad nak bawa I pergi mana-mana. Hope, tempat yang special." ujar Huraifah menyampaikan hasrat hati.

Adrian hanya tarik senyum hambar. Rasa bersalahnya menebal tatkala melihat wajah Huraifah yang penuh harapan.

"Hope, you guys enjoy. Hmm.. kan bagus kalau.. boyfriend I ada kat sini." sempat Amirah menekan perkataan 'boyfriend' pada bicaranya.

Senyuman Huraifah mekar. Terus perhatiannya beralih pada Amirah. Teruja dia nak dengar perkembangan 'boyfriend' Amirah itu.

"Dia still tak balik lagi ke? Study tak habis lagi?" soal Huraifah ingin tahu.

Amirah sempat mengerlingkan mata nya ke arah Adrian yang sudah buat muka serba salah. Pandangan lelaki itu tunduk memandang bawah.

"Hmm.. dia dah habis study sebenar nya, tapi entahlah. Sampai sekarang I tak dengar khabar dia. Entah-entah bercinta dengan perempuan lain." perli Amirah secara tak sengaja.

Huraifah menggumam. "Doa jangan jadi sampai macam itulah. Sayangnya.. Hope hubungan Amirah dan boyfriend kekal sampai ke jinjang perkahwinan." pinta Huraifah dalam doa.

"Thanks Iffah. You guys pun. I doa sampai.. hmm.. kahwin."ucap Amirah lalu menarik Huraifah dalam pelukan.

Kali ini pandangannya pandang sebak wajah Adrian. Hmm.. sanggup ke diri nya berkongsi kasih dengan Huraifah? Huh!

Air mata jernihnya mengalir setitis. Namun, cepat sahaja Amirah seka. Nope, jangan nangis Amirah!

"Babe.."seru Adrian lembut dari hujung talian.

"Then, takkan you nak tinggalkan Iffah macam itu? Kalau dia syak macam mana?"

Adrian ukir senyum tipis. "I dah cakap dengan you. Now, I nak luang kan masa I dengan satu-satunya perempuan yang I cinta. My true valentine."

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now