"Kau selalu ke pergi kedai ni?" sekali lagi soalan menyapa itu keluar dari mulut lelaki itu.

Aku pandang wajahnya. "Tak adalah selalu sangat. Lagipun, pejabat I pun dekat-dekat sini so.. kadang singgah lah juga." balasku mendatar.

"You pula? Kenapa dalam banyak-banyak kedai makan, kedai ni juga yang you pilih. I means.. erm, MZ holdings dari tempat ni kan jauh?" dugaku ingin tahu.

And, yurp.. itu dia sengih sengetnya terbit. Nampaknya, soalan aku itu menerbitkan perangai sebenar Syah Taufiq.

"Kenapa? Ada nama kau ke kat kedai ni? Well, masa sekolah dulu kau tak pernah belajar fasal hak asasi manusia ke? Semua manusia ada hak untuk memilih. Betul tak, cik Iffah?" itu dia... jawapan penuh berilmu Syah berikan pada aku.

Tergamam aku mendengar kata-kata nya itu.

"I knowlah. You tak payah nak ajar I boleh tak? Apa yang I tanya tak ada kaitan dengan hak asasi manusia bagai. Hmm.. merepek." perliku sedikit geram di situ.

"Yalah, cara kau bercakap itu macam tak bagi aku datang sini. Selama ini, aku makan sini.. okay aje. Tak ada manusia nak memperbahaskan benda ni. Kau yang pertama.. hmm, memang benda kecil pun kau boleh jadikan topik eiyh?" soal Syah dalam nada mengejekku.

Aku ketap bibir marah. Tajam mata ku mencerlung ke arah Syah. Huh!! Aku datang sini ingat nak makan lunch sama-sama dengan Adrian tapi bila dah jumpa mangkuk ini kat sini, selera makan aku rasa mati.

"Gediklah you ni. For your information, I tahu okay hak asasi manusia semua itu. So.. hak I lah nak tanya you apa pun kan?!" gertakku sebelum berkemas meninggalkan Syah sendirian di situ.

Terkebil Syah di situ. Namun, terbit senyum sinisnya. Sungguh dia tak sangka yang menjinakkan seorang Huraifah, lebih susah daripada menjinakkan seekor harimau betina. Phuh..

Pesanan yang masuk mengalihkan pandangan Syah seketika. Telefon pintarnya dibelek. Pesanan daripada Adrian.

"Kau jumpa tak dia?"-Adrian.

"Jumpa."-kirim.

"Kau dah buat macam apa yang aku suruh?"-Adrian.

Satu dengusan kasar Syah lepaskan. Apa yang patut dia lakukan sekarang? Entah kenapa dia rasakan dirinya ni bagaikan  patung yang hidup di bawah telunjuk Adrian. Huh.. macam mana kalau dia tak mampu untuk pikat hati Huraifah?

'Tak.'-kirim.
...
Sudah seminggu dia berada di hospital. Doktor kata juga kesan tikaman yang membelah perutnya itu sudah memulih maka mungkin dalam seminggu lagi, dia akan dibenarkan pulang ke rumahnya.

Senyuman Irdina terukir tatkala mata nya terpandangkan Amirul yang sedang leka membeli makanan di kedai serbaneka. Tidak jauh dari tempatnya berada kini. Bila lelaki itu datang menghampiri, cepat-cepat Irdina mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Phuh.. nasib baik tak kantoi.

"Ini saya ada belikan jagung panas yang awak nakkan semalam." ujar Amirul sambil menyerahkan cawan plastik sederhana itu kepada Irdina.

Rasa serba salah, gadis itu dibuat nya. Huluran Amirul itu disambutnya. Bibirnya diketap.

"Kalau tiap hari awak belanja saya, awak tak takut ke nanti awak jatuh miskin? Saya tak ada duit tau nak bayar duit awak ni." spontan kata-kata itu keluar dari mulut Irdina.

Tawa Amirul meletus. Kerusi roda yang dinaiki Irdina ditolaknya menuju ke kawasan taman yang terletak tidak jauh dari tempat mereka sekarang.

"Saya ikhlas belanja awak itu. Alah, setakat jagung RM3.50 tu.. tak bagi effect pun pada duit saya." riak Amirul membalas. Nada gurau-gurau gitu.

Tersenyum Irdina mendengar gurauan Amirul itu. Entah kenapa, kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak buatkan hidupnya yang rasa kosong terisi sedikit. Rasa sedihnya juga pudar. Nampaknya takdir tak adalah kejam sangat padanya, kan?

Amirul ceritakan segalanya.Dari A sampailah ke Z. Lelaki itu menemui tubuhnya yang lesu terbaring di tepi jalan. Luka berdarah pada perut dan juga lebam pada muka Irdina memaksa Amirul untuk bawa Irdina ke hospital. Nasib baiklah, lelaki itu sempat membawanya kalau tidak.. mungkin Irdina sudah ada di tempat lain agaknya.

Pertolongan lelaki itu tak berhenti setakat itu sahaja. Selama seminggu Irdina berada di hospital, lelaki itu tak pernah jemu datang melawatnya. Melawat yang bukan setakat tanya khabar aje, siap bawa buah tangan. Sedikit sebanyak kesunyian yang Irdina rasakan beransur hilang. Yurp.. tak sangka dia boleh bertemu lelaki sebaik itu.

"Keluarga awak tak marah ke kalau awak selalu lawat saya kat sini? Sorrylah saya tanya benda ni. Hmm.. saya rasa yang saya sekarang ni menyusahkan hidup awak." luah Irdina bersalah.

"Keluarga saya okay aje. Diorang tak kisahpun, asal apa yang saya buat itu tak memudaratkan diri saya dengan orang lain. Itu dah cukup."  sahut Amirul dalam nada selamba.

Irdina sekadar menganggukkan kepala. Setelah itu dia diam. Dibiar kan sahaja jasad Amirul membawa nya ke taman. Sekali sekala mata nya tertarik melihat para pesakit yang ditemani ahli keluarga mereka. Senyum tawarnya terlukis.

Untung betul kalau ada keluarga yang sayangkan kita. Dilahirkan dengan keluarga lengkap adalah impian Irdina sejak dulu lagi namun impiannya itu memang takkan pernah terkabul. Lahir sebagai anak haram memang bukan sesuatu yang dia mahukan. Tanpa seorang ayah dan ibu pula membencinya.. yurp, kehidupannya sangat sadis. Hampir seluruh keluarga membencinya dan itu buatkan Irdina cari jalan untuk mencari kasih sayang yang dia mahu kan.

Dengan melayan nafsu seorang lelaki, dia dapat rasa kasih sayang sepenuhnya. Walaupun Irdina tahu ianya hanya mampu bertahan satu malam sahaja. Yurp.. dia suka dengan pekerjaannya itu. Sekurang- kurangnya, duit masih mengalir ke dalam poketnya.

Bunyi azan Asar yang berkumandang, mematikan lamunan Irdina. Tergamam dia untuk sejenak tatkala kalimah suci itu dilaungkan. Ya Allah, sebak dada Irdina ketika ini. Selama ini, telinganya seringkali ditadah dengan bunyi rancak yang acap kali melalaikannya. Namun, sekarang.. Irdina rasa lebih tenang.

"Irdina, saya nak pergi surau sekejap. Saya suruh nurse jaga awak, ya?" beritahu Amirul memandang ke arah Irdina.

Gadis itu diam tak membalas. Mata nya masih tak lepas merenung wajah Amirul.

Baru sahaja Amirul mahu pergi, pantas tangan Irdina mencengkam pergelangan tangan lelaki itu. Terhenti langkahnya seketika, terus wajah gadis itu dipandang.

"Kenapa Irdina? Ada yang awak nak ke?" soal Amirul.

Irdina sekadar menggelengkan kepala. "Saya.. nak teman awak pergi surau." pinta Irdina dalam nada mengharap.

Amirul terdiam sejenak sebelum senyuman nipisnya terbit. Dia akur. Terus kerusi roda Irdina ditolak menuruti langkahnya.
...








Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Där berättelser lever. Upptäck nu