PROLOG

145K 3.2K 359
                                    

Satu persatu cekak rambut pelbagai corak aku padankan ke kepalaku. Corak strawberri..nope, corak bear.. semalam dah pakai, pinkish? Huh.. orang akan bosan kalau tengok corak aku ni. Tak puas hati, kembali tanganku mencari cekak yang sesuai dipadankan untuk aku hari ini.

"Awhh, sangat comel!!!" pujiku tatkala tanganku berjaya mencapai cekak muka panda yang berwarna putih itu. Untuk kesekian kalinya, aku padankan ke kepalaku lalu senyumanku terukir puas. Yurp, kadang pakai warna putih memang sesuai dengan gaya aku. Sekali sekala ubah citarasa. Asyik warna pink aje.

Untuk terakhir kalinya, baju kurung sekolah yang aku pakai dibelek. Aku mahu pastikan tak ada kesan kotor atau 'keromot' yang memburukkan penampilan aku di pagi Isnin ni. Setelah puas, aku terus mencapai beg sekolahku lalu aku kepitkan di celah lenganku.

"Warda, cepat sikit!!! Kita sudah lambat ni?!" laung abang Sufi dari bawah.

Aku masih terloncat-loncat penuh kegirangan menuju ke tingkat bawah. Rilekslah. Abang aje pun. Mama pergi kerja, abah pun pergi kerja. Jadi buat apa nak takut dengan abang kan? Pfft.. celah gigi aje.

"Alah, abang ni. Macam tak biasa pula. Rekod abang pun bukan bersih sangat pun. Lambat ke cepat.. kita masih dapat masuk kelas lagilah." spontan aku hamburkan pandangan aku.

Abang Sufi sekadar menggelengkan kepala. Sempat jam tangannya dibelek. Huh.. yurp, mereka takkan sempat sampai sekolah tepat pada masanya. Sudah dua minit berlalu dan mungkin sekarang.. pelajar-pelajar lain sudahpun beratur di dataran.

"Yurp, rekod kehadiran abang memang tak bersih. Abang lambat pun sebab Warda yang terhegeh-hegeh." bebel Abang Sufi berjela.

Aku sekadar mencebik. Pfft.. Malas lah telinga aku ni nak mendengar bebelan abang aku yang tak ke mana itu. Well, memang aku yang selalu lambat tetapi biasalah itu. Hidup seorang perempuan kenalah faham. Kalau tak bersiap lebih daripada 45 minit, itu bukannya perempuan.

Lagi-lagi perempuan macam aku ni. Sudahlah diva sekolah, cantik, anggun, bergaya.. kebaboom!! Aku ni bukan setakat diva yang kelas bawahan tapi diva yang mempunyai citarasa tinggi. Selagi pakaian aku itu tak kena dengan lidah aku, jangan harap aku akan keluar bilik.

Nurul Warda Zafira gadis paling Top di Sekolah Menengah Kebangsaan Orhan Hills. Macam pelik aje bunyi sekolah itu kan? Hmm.. sekolah itu sekolah swasta. Hanya pelajar yang betul-betul berduit aje yang dapat masuk sekolah berprestij itu. Memandangkan aku ni anak Tan Sri Ridhwan, jadi akupun disekolahkan di situ.

Sudah lima tahun aku bersekolah di sana dan yurp.. tahun ini adalah tahun akhir aku di sekolah itu. SPM bakal menjelang 9 bulan lagi. But, chill.. bukan setakat cantik saja anugerah yang Tuhan berikan kepada aku, otak aku juga turut sama mengagumkan.

Matematik A, Bahasa Melayu A, Sejarah A.. and segala apa subjek, aku pasti juaranya. Itulah apa yang orang kata 'Cantik dengan otak'. Erm.. falsafah inggris yang aku melayukan. Ha.. cuma satu aje yang aku tak pernah score sampai lah sekarang. Bahasa Inggeris..

Kali terakhir aku dapat A sepanjang aku di zaman sekolah ini adalah semasa di darjah satu. Selepas itu, gred aku turun daripada A ke B dan akhirnya ke D. Grammar bersepah, maksud lintang pukang. Huh.. lagi aku berputus asa bila part karangan.

Menangis tak berlagu aku dibuatnya. Pernah sekali itu, aku tak faham apa yang soalan tanya.. terus aku mengalirkan air mata. Sejak itulah, sekolah mula keluarkan soalan dwibahasa. Atas inggeris, bawah melayu. Jadi, berterima kasihlah pada aku kerana aku memudahkan kerja pelajar-pelajar lain.

Aku sekadar mencebik mendengar perlian abang aku itu. Dengan lenggok gedik, aku mengatur langkah keluar dari rumah. Abang Sufi sudah menggeleng kepala melihat perangai aku yang superdiva itu. Hmm.. well, ada aku kisah ke dia nak geleng kepala ke atau angguk kepala?
...
Pintu pagar sekolah aku dekati. Dari jauh lagi, aku sudah nampak barisan pelajar-pelajar lambat. Hampir kesemuanya memang rekod tak bersih.

"Apa alasan kau pula kali ini?" soal lelaki bersongkok hitam itu dengan nada tegas. Namanya 'Haris' . Hmm.. itulah,yang tercatit pada tag nama nya.

Aku buat muka menyampah. Sempat muka jengkelku tayangkan pada lelaki itu. Huh, tak suka betul dengan lelaki yan sibuk hal luar dalam aku ni!

Memandangkan Abang Sufi merupa kan pelajar tingkatan enam jadi barisannya lain sedikit daripada kami. Abang aku itu baik sikit daripada aku. Dia patuh pada arahan pengawas yang bertugas sedang kan aku? Aku ni kontra sangat dengan dia.

"Kereta I jame." balasku acuh tak acuh. Siap package kipas-kipas badan pula itu. Hmm.. memang panas pun. Panas hati.

Haris diam setelah itu lalu dia mencatat sesuatu dalam buku nota nya. Rasanya dia nak senaraikan nama aku dalam kalangan pelajar-pelajar lambat. Pfft.. suka hati dia lah. Aku tak kisah pun.

Huh, mama papa aku berkuasa dalam sekolah ini. Mereka adalah ketua PIBG sekolah dan sebab itulah tak banyak cikgu yang nak usik aku. Paling kurang pun kena marah and, yurp.. benda itu langsung tak buat aku rasa kecut.

"Termasuk kali ini, dah empat kali kau datang lambat. Alasan yang kau bagi pun masih sama. Huh.. orang lain pun datang naik kereta tapi sempat aje datang awal. Tak ada pun bagi alasan." Haris sudah mulai berleter.

Aku sudah memusingkan bola mata menyampah. Ini yang aku tak suka ini kalau menghadap pengawas. Diorang fikir diorang semua bagus. Huh.. bukannya aku tak tahu perangai sebenar setiap pengawas yang ada dalam sekolah ini. Semua nya 'pelakon tambahan' semata-mata.

Depan orang, dia tak pernah buat salah tapi bila belakang orang, dia lah paling juara langgar undang-undang sekolah. Berlagak.

Namun, dalam banyak-banyak pengawas yang ada dalam sekolah ini, aku paling tak suka dengan Syed Haris Mustafa. Dia merupakan Ketua Pengawas Sekolah Orhan Hills dan dia disegani oleh semua pelajar dan guru yang ada di sini. Akademik cemerlang, kokurikulum cemerlang tetapi cuma satu aje yang aku rasakan gagal iaitu perangainya.

Dia talam dua muka. Depan cikgu, dia berlagak yang dia adalah bidadari tetapi belakang cikgu, dia THE EVIL dalam sekolah ini. Bukannya aku tak tahu yang dia bawa phone masuk dalam sekolah. Bukan setakat itu aje, bila tiba spotcheck, dia akan kecuali kan kawan-kawan rapatnya. Mangsa utama dia? Huh, semestinya aku!

Entah apa yang dia tak puas hati sangat dengan hidup aku pun, aku tak tahulah. Nak kata aku kacau hidup dia, tak adalah pula. Huh.. entahlah. Mungkin dia cemburu kot sebab aku ni cantik dan pandai, dia pula muka celah gigi aje. Pfft..

"Rumah aku jauh dari sini. Kau apa tahu." aku tambah alasan lain.

Haris sudah menyinis. Dia berpeluk tubuh sambil aku dipandangnya perli.

"Kau kan datang dengan ferrari, takkanlah tak boleh datang awal. Setakat rumah jauh itu, ramai aje yang macam kau. Hmm.. for your information, rumah aku lagi jauh dari rumah kau." balasnya masih tak puas nak bertekak dengan aku.

Aku sudah ketap bibir. Ikutkan hati, memang aku nak panjangkan lagi perdebatan itu namun memandang kan ianya tak bagi apa-apa manfaat pada aku jadi aku buat tak endah.

"Then, what? Empat kali aku datang lambat, so hukuman apa yang aku akan dapat?" dalihku cuba berlagak tenang.

Haris tarik sengih. Huh?! Kau ingat kau handsome?

"Kau kena hukum cuci tandas jumaat ini lepas habis sekolah." ujar nya tanpa kompromi.

Watdehek?! Apakah? Aku rasa telinga aku tak silap dengar tadi. Dia kata.. aku kena cuci tandas? Jumaat ini?!

"Kau saja nak kenakan aku kan?!" lantangku bersuara.

Pelajar yang ada di situ sudah mulai pandang kami berdua. Aku tahu, kebanyakan diorang pastinya mengejek aku. Yalah, diva sekolah kena hukum cuci tandas?

Bukankah itu tersangatlah memalu kan?

"Itu pun ya juga." spontan dia pergi dari situ.

Tak guna!
...

Terkahwin dengan Sir! [Completed✅]Where stories live. Discover now