"Hubby pergi dulu. Elok-elok duduk rumah," pesan Zafran. Tadi Adara aje yang berpesan pada anak-anaknya. Kali ini Zafran pula yang mahu memberi pesan.

"Jangan ponteng puasa pulak," tambah Zafran.

"Ish mana ada!"

Adara mencium tangan Zafran dan tubuh itu dipeluk.

"Hati-hati bawa kereta. Bye!"

Setelah mereka beransur pergi, Adara terus menutup pintu rumah dan dikunci. Langkah terus diatur menuju ke bilik untuk melihat Irfan Adhwa yang masih lena dari tadi.

SETELAH Irfan Adhwa dimandikan oleh Adara dan selesa dengan perut yang kekenyangan, budak kecil itu mula mengantuk dan lena. Waktu itu jam sudah menunjukkan jam 12.30 tengah hari. Bila-bila masa Eiman akan pulang.

Tanpa berfikir panjang, Adara mula menolak pintu almari di dalam biliknya dan Zafran. Mata mula memandang gantungan baju di dalam almari itu. Baju-baju itu ialah baju milik perempuan. Dan bukan milik Adara tetapi milik arwah Dian.

Tangan Adara naik menyentuh kain baju itu. Ada beberapa baju milik arwah Dian yang disangkut di dalam almari ini. Dari awal Zafran menggantung baju-baju ini bersama baju-bajunya yang lain, Adara tidak pernah mempersoalkan. Zafran pun hanya diamkan saja.

Adara tidak mahu mempersoalkan kerana takut Zafran menganggap dirinya sebagai penyibuk. Jadi Adara diam saja.

Zafran sanggup membawa keluar baju-baju arwah Dian dari rumahnya bersama arwah untuk digantungkan di rumahnya bersama Adara. Jadi Adara anggap mungkin Zafran rindu. Jika Zafran rindukan Dian, bolehlah suaminya itu menyentuh baju-baju ini. Itu tanggapan Adara.

Adara mula menarik keluar beberapa baju yang digantung. Akibat perbuatannya itu, sebuah kotak sederhana besar terkeluar lalu terjatuh. Bunyi yang terhasil itu membuatkan Adara terkejut kecil.

"Ad?" Panggilan itu membuatkan Adara makin terkejut lalu dengan cepat dia menoleh ke belakang.

"Buat apa?" Adara terkedu dan memandang lama wajah Zafran yang terpinga-pinga. Tidak tahu kenapa, tetapi perasaan cuak mula menyelubungi dirinya.

"Tak honey cu-cuma nak tengok-tengok baju ni. Tak sedar ada kotak-" belum sempat Adara ingin meneruskan perbicaraannya, Zafran terus berjalan ke arah almari dan memotong kata-kata Adara.

"Janganlah sentuh barang-barang hubby. Hubby tak pernah sentuh-sentuh barang honey," gumam Zafran sambil dia mengambil kotak itu dan baju-baju di tangan Adara.

"Sorry. Honey cuma nak tengok je."

"Baju-baju arwah tak cantik macam baju-baju honey pun. Tak perlu ambil."

Mendengarkan itu, Adara tergamam. Tidak sangka Zafran boleh fikir sejauh itu.

"Tak, Ad tak ada niat nak ambik pun. Nak tengok je. Ini baru first time Ad pegang."

"Dah tu kenapa tiba-tiba nak pegang? Cemburu? Cemburu dengan orang yang dah tak ada?" Bertubi-tubi soalan itu diberi pada Adara.

"Apa awak ni? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak marah-marah saya? Saya cuma nak tengok je Zaf. Tak ada niat buruk pun."

Panggilan mula bertukar.

"Dahlah hubby nak pergi kerja dulu. Anak-anak hubby dah bawa balik."

Selepas itu, Zafran terus keluar dari bilik.

Bahu Adara mengendur tatkala Zafran berpusing dan berlalu keluar dari bilik mereka. Kedua belah tangan digenggam mengharapkan sedikit kekuatan agar tidak jatuh terduduk di dalam bilik ini. Nafas ditarik dalam. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

Pilihan Kedua | COnde histórias criam vida. Descubra agora