Bab 20 : HV

7 1 0
                                    

~Its the connection, we can't explain.~

Eshan nekad ke Terengganu cari siapakah gerangannya disebalik nama yang hanya dikenali sebagai Juwita. Adham Sulaiman dan Munir turut dikerah mengikutinya ke sana. Walaupun sebelum ini 'trauma' Eshan untuk kembali beraksi di jalan raya sudah berjaya dipecahkan tapi untuk hari ini dia tiba-tiba rasa berdebar. Mungkin kerana perjalanan yang agak jauh, jadi Eshan terpaksa mengaku kalah. Dia masih ada rasa gemuruh. Gementar seluruh tubuh.

Nombor telefon milik 'Juwita' didail lagi. Tetap sama, talian tidak berjaya disambungkan. Eshan resah. Sudah dua tiga hari nombor itu cuba didail selepas kejadian si dia dihujung sana 'diserang' oleh seseorang. Sejak hari itu Juwita sudah berhenti menghubunginya. Juwita seolah-olah sudah hilang dari radar. Kerana resah itu, dia mengambil keputusan untuk ke Terengganu pada hari ini.

"Juwita tu stay Terengganu area mana?" tanya Eshan kepada Adham di sebelah pemandu. Nampak sangat dia tidak baca sangat info tentang Juwita sepenuhnya.

"Di Besut boss," jawab Adham. Tangannya masih setia pegang Ipad yang memaparkan maklumat peribadi Juwita binti Junaidi melalui hasil penyiasatannya.

"So, kita tuju ke sana sekarang?"

"Rasanya better kita cuba cari dia di tempat kerja dia dulu boss. Mana lah tahu kalau dekat sana lagi mudah kita nak dapatkan maklumat dia and probability untuk kita jumpa dia itu tinggi."

"Okay. Dia kerja dekat mana?"

"Hospital Terengganu boss."

"Hospital?" Sedikit terkejut Eshan bertanya.

"Ya boss. Doktor Juwita."

Eshan terdiam. Cerna maklumat baru.

* * *

Eshal Maisarah genggam erat tangan tua Mak Som. Tangan yang banyak berasa dengannya itu diusap lembut. Kemudian Eshal angkat tangan itu lalu dibawakan ke pipinya. Sesekali Eshal kucup kekura tangan itu. Sedikit basah tangan Mak Som kerana air mata Eshal yang tidak berhenti-henti mengalir sejak dari tadi.

Baariq dan Bazilah hanya mampu pandang Eshal dengan emak mereka dengan perasaan belas kasihan dengan nasib yang menimpa Eshal. Kesian Eshal Maisarah. Hidup wanita itu tidak henti-henti di duga.

Eshal bergelar anak yatim piatu sejak dari belasan tahun lagi setelah kedua orang tuanya meninggal dunia serentak dalam kemalangan jalan raya. Eshal membesar tanpa sempat merasai nikmat kasih sayang dari keduanya. Permergian mereka menjadikan Eshal sebatang kara. Tiada adik beradik, tiada saudara mara.

Eshal berkahwin dengan Waeez. Walaupun sekejap cuma, Eshal sempat merasai kebahagian alam berumahtangga sebelum suaminya pergi dijemput Ilahi. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata tetapi keduanya sudah dibawa pergi dari pangkuannya oleh manusia yang berhati syaitan. Manusia yang sanggup memisahkan seorang suami dari sang isteri dan sanggup pisahkan seorang ibu dari anak-anaknya.

"Mak..." Untuk sekalian kalinya Eshal merenggek kepada Mak Som yang sudah dianggap seperti ibunya. Eshal tatap sayu raut Mak Som yang tidak kurang sepertinya. Muka basah dengan air mata.

Lihat tiada respon dari Mak Som, Eshal goncang sedikit tangan Mak Som, meraih perhatian Mak Som. Eshal sebenarnya sedang berusaha memujuk Mak Som supaya jangan bersetuju dengan rancangan mereka tapi nampaknya diam Mak Som itu lebih kepada bersetuju.

Mak Som tidak betah lagi, tidak tahan lihat air mata Eshal yang makin galak mengalir, cepat sahaja tangannya paut tubuh Eshal lalu dipeluk erat.

"Mak..." Eshal sudah mengongoi dalam pelukan Mak Som. Makin deras dari tadi.

"Eshal pergi ya?" Mak Som memujuk lagi. Hatinya resah, hatinya risau dengan keselamatan Eshal. Siapa yang tidak terkejut bila tiba-tiba sahaja dia dikejutkan dengan berita Eshal diserang oleh orang yang tidak dikenali beberapa hari lepas, semasa pulang dari taska Nafla.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now