Blurb 13 : Bab 53

9 1 0
                                    

~You may have to fight a battle more than one to win it.~ Margaret Thatcher. 

"Sarah, your choices. You yang buat ataupun i. Permainan ni tidak akan tamat sehingga korang berdua tak dapat jawapan," usai berkata-kata NJ mengeluarkan sesuatu yang berkilat dari poket belakang seluarnya.

Eshal perkup mulut. Pisau!

"Your choice. You or me?"

"Sa.. Sarah... Sarah akan buat." Eshal rasa itu yang terbaik. Dia tak sanggup kalau NJ yang buat, boleh mati kejung si tua tu.

"Okay, your turn."

Sarah mencuba lagi, kali ini dengan sedikit terketar-ketar. Dia mencuba, cuba ingat balik apa yang diajar oleh Eshan tadi tapi semuanya sudah berterabur selepas diugut oleh NJ tadi. Kali ini lontarannya tepat kena sasaran iaitu bulat yang berwarna merah di tengah-tengah itu.

"Your answer Waazin!" Luqman pula menjerkah. Geram sungguh dia dengan kedegilan Waazin ni. Langsung tak sedar diri.

Waazin mengerakkan bibirnya, meletuskan satu ketawa yang kuat walaupun perih sekali.

"Kau tak kan mampu dapat jawapan tu dari aku." Waazin mengeleng selepas itu. Dia kembali tengok Eshan. Tengok Eshan dia teringatkan arwah Waeez.

"Tapi aku puas, sekurang-kurangnya aku dah berjaya lenyapkan Waaez dari dunia ni. Bukan setakat Waeez tapi orang-orang yang kau sayang jugak Han. Kesian kau Han. Haha.." Waazin meledakkan tawanya. Puas hati. Tanpa sedar dia sudahpun membuka sedikit 'jawapan' yang dimahukan Eshan.

"Selama kau hidup atas dunia ni kau tak pernah tahu kewujudan adik kau, kan Han? Kau tak tahu kan yang Waeez tu adik kandung kau, kan? Haha"

Zap! Kali ini dart betul-betul medarat atas dada Waazin. Waazin menepik sakit. Dan kali ini dart itu datangnya dari Eshan. Eshal menepik, terkejut.

"Aku tahu Waazin! Aku tahu! Sebab aku tahu lah, aku akan buat apa saja untuk tuntut bela atas kematian adik aku! Kau memang bangsat Waazin!"

"Kau nak buat apa? Nak bunuh aku? Bunuh la... Kalau kau rasa dengan bunuh aku, kau dapat hidupkan balik adik kau tu... dipersilakan."

"Kurang ajar kau!" Eshan mahu menerkam Waazin tapi dihalang oleh Wajdi dan NJ.

"Oh sebelum aku lupa Han... walid kau... walid kau tu... sekejap aku nak ingat balik apa yang jadi pada hari tu..."

Mata Eshan terbuka luas, menanti kata Waazin yang seterusnya. Kisah kematian walidnya masih lagi tiada bukti dengan jelas apa yang berlaku pada hari kejadian sebelum walid terkena serangan jantung.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now