Blurb 22 : Epilog 1

16 1 0
                                    

~Rencana Allah padamu lebih baik dari rencanamu. Terkadang Allah menghalangi rencanamu untuk menguji kesabaranmu, maka perlihatkanlah kepada-Nya kesabaran yang indah. Tak lama kamu akan meliha sesuatu yang menggembirakanmu.~

Entah apa yang membisik ditelingnya, dia berhenti melangkah ke gerai yang bernombor 19. Disitu ada seorang gadis sedang ralit memerhati kuntuman bunga ros putih yang tersusun elok di dalam bekas. Tangan si gadis dilihat menyentuh kelopak bunga itu lalu diusap dengan lembut, nampak sangat yang si dia berkenan dengan ros putih itu. Kelakuan gadis yang mengenakan face mask itu mengingatkan dia kepada isterinya, Eshal Maisara yang sangat addict dengan ros biru. Eshan kalih matanya ke sisi gadis itu, semerta itu dia baru menyedari yang ada mata lain sedang ralit memerhati gelagat si gadis. Lelaki yang mengenakan pelitup muka hitam, kepala dilitupi dengan topi coklat muda dan berjaket hitam itu kelihatan mencurigakan. Eshan tanpa berfikir panjang terus saja mengayungkan langkah panjangnya ke arah itu, apa yang dia tahu dia perlu selamatkan perempuan itu walaupun tiada kaitan dengannya.

"Tuan!" Mak Cik Enon menegur Tengku Eshan Maisur dengan gelaran 'Tuan' kerana Eshan pemilik kepada Hotel Blue Roses yang terletak di Brinchang, tidak jauh dari sini.

Eshan menoleh, senyum dulu kepada Mak Cik Enon yang selalu ramah menegurnya tiap kali dia ke sini.

"Tuan nak bunga? Ros biru?"

"Iya. 20 kuntum ya?"

Sementara menanti Mak Cik Enon membungkus bunga kesukaan isterinya, Eshan memerhati lagi gelagat si gadis dn lelaki berjaket itu. Hatinya rasa tidak selesa. Dia tidak boleh membiarkan saja. Nak tak nak, dia kena masuk campur juga walaupun bukan urusannya. Eshan menapak setapak, berdiri membelakangi si gadis dan terdengar sedikit perbualan antara si gadis dengan lelaki yang mencurigakan itu.

"Saya minta maaf. Saya tak boleh terima. Saya harap encik faham." Kedengaran si gadis menolak tawaran yang diberikan oleh lelaki berjaket hitam itu. Tapi lelaki itu tidak membalas, hanya terangguk-angguk sahaja.

"Erkk... saya minta maaf encik..." Suara gadis itu kedengaran serba salah. Eshan kertap bibir, dia risau kalau si gadis termasuk dalam perangkap lelaki itu sebab dia yakin lelaki itu mempunyai agenda yang tidak baik disebalik keramahan itu.

"No-no... it's okay. Saya faham, jangan risau. Maybe cara saya yang membuatkan saudari rasa tak selesa untuk terima walaupun niat saya ikhlas. Tapi tak apa, saya faham. Saya minta maaf dah terambil masa saudari." Lelaki itu membalas, Eshan tahu itu cuma taktiknya saja untuk pancing simpati dari si gadis.

Eshan segera mengambil jambangan bunga ros biru dari tangan Mak Cik Enon lalu dihulurkan kepada si gadis, betul-betul di depan muka gadis itu. Serentak keduanya laju menoleh ke arah Eshan dengan wajah terpinga-pinga. Eshan hanya senyum menanti, memang itu yang dia mahukan.

"Tadi you cakap, you nak bunga ros biru kan? See, I dah jumpa. Sorry tau, I ambil masa lama sikit nak cari bunga ni. Bunga rare susah nak jumpa dekat sini," ujar Eshan sambil mengenyitkan matanya, dia mengharapkan si gadis faham isyaratnya. Senyum manis turut bergayut dibibirnya.

Si gadis terkebil-kebil memandang Eshan. Eshan cuba tahan bibir untuk tersenyum dengan reaksi si gadis.

"Sayang, sampai hati you tak ambil bunga I ni... I ikhlas carikan bunga ni untuk you tau..." Eshan mencebik bibir, konon-konon nak merajuk. 

Her Voice (E-book)Onde histórias criam vida. Descubra agora