Blurb 21 : Bab 60

12 0 0
                                    


"Cik.." Eshan menyahut.

Nafla peluk dia. Teresak-esak Nafla menangis di bahunya. Dia peluk Nafla, belakang kakaknya diusap perlahan. Pelukan dileraikan.

"Dah la nangis.." usik Eshan, masih renung kakaknya.

"Siapa je tak nangis? Lama Cik tunggu Han bangun. Kenapa lama sangat tidur?" tempelak Nafla dalam sendunya. Tisu dibawa ke hidung. Lap sisa air hidung yang hampir menitik. Sungguh dia sangat takut andai kata Eshan tidak mahu bangun dari tidur.

"Han cuma rest la Cik."

"Tapi... jangan lama...." meleret sedikit suara Nafla. Dia menunduk masih menangis.

"Jangan la macam ni. Han kan dah bangun ni." Eshan tunduk sedikit, cari wajah kakaknya. Dia dengan Nafla memang rapat. Sangat rapat.

"Cik syukur sangat-sangat Han dah sedar. Jangan takutkan kami lagi Han." Nafla membalas lalu angkat muka. Eshan tenung muka Nafla, dia mengangguk.

"Cik.. Han cuma nak tahu... Cik dan umi dah tahu ke pasal Ezz?"

Nafla lambat-lambat mengangguk.

"Sejak bila Cik tahu?"

Nafla diam dulu sebelum menjawab soalan adiknya.

"Sebenarnya... cik dan umi dah lama tahu. Sebelum walid meninggal."

Eshan meluaskan biji matanya.

"Maksud cik? Walid dah tahu?"

Nafla angguk lagi.

"Dan tak ada seorang pun yang cuba bagitahu Han?" Agak berjauh hati. Eshan menjauhkan tangannya dari pegangan Nafla. Nafla tergemap. Inilah yang dia risau untuk berterus terang dengan Eshan berkenaan adik kembarnya, Waeez Haikal.

"Han, jangan macam ni... Okay-okay cik minta maaf sebab rahsiakan semuanya dari Han. Tapi percayalah cik buat tu semuanya bersebab."

Eshan tidak membalas. Merajuk dan terasa hati. Tiba-tiba rasa dipinggirkan. Kenapa tiada seorang pun yang beritahu dia?

"Han... Okay, cik berterus terang dengan Han. Han ingat tak masa mula-mula Han balik sini dulu, cik pernah cakap cik ada simpan amanah dari walid untuk Han?"

Eshan masih membatu, hanya dengar apa penjelasan kakaknya.

"Itulah amanah dari walid untuk cik sampaikan kepada Han. Masa hari terakhir walid, walid ada nak bagitahu cik sesuatu. Mungkin walid dah tahu masanya dah semakin suntuk, jadi walid nak cik dengar dulu apa yang dia nak bagitahu. Nak tak nak, cik cuba dengar apa yang walid cuba nak sampaikan."

Her Voice (E-book)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें