Blurb 6 : Bab 42

9 1 0
                                    

~Apapun yang menjadi takdirmu, pasti akan mencari jalannya sendiri untuk menemukanmu.~ Ali bin Abi Talib. 

Eshan sambungkan IPhone dia yang lama itu ke komputer riba. Segala fail yang ada didalam telefon itu di'transfer'kan ke dalam komputer riba. Sebelah tangan pegang tetikus dan sebelah tangan lagi mengetuk permukaan meja. Menanti dengan penuh kesabaran untuk cari tahu apa yang ada disebalik telefon itu. Dia sungguh yakin 'Waeez' ada tinggalkan sesuatu untuknya.

Fail sudah siap di'transfer'. Satu persatu fail muncul di skrin komputer ribanya. Setelah dikira, ada dalam 5 fail yang berlainan nama, ada dua fail ditulis namanya dan nama Sarah juga ada. Ada nama Evan dan Eman. Ada nama Wajdi. Nampaknya betul firasatnya, Waeez tinggalkan sesuatu untuk dia dan Sarah. Dan nampaknya Waeez sangat yakin yang dia akan cari telefon ini sampai jumpa. Oh Waeez, what have you done?

Eshan pilih fail yang bernama 'Eshan-01' terlebih dahulu. Fail itu dibuka, ada satu video. Dan mungkin Waeez yang merekodnya. Eshan mengetik video itu. Butang 'play' ditekan.

Play.

"Assalamualaikum Han... Aku Waeez Haikal. Kau mesti tak kenal aku kan? Tapi aku kenal kau."

Langsung Eshan tergamam. Eshan telan liur. Sungguh rupa mereka sama. Dia seolah-olah sedang lihat dia disebalik cermin. Yang membezakan cuma latar belakang tempat. Dalam video itu berlatarbelakangkan rumah lama Sarah dan dia di sini berlatarbelakangkan Villa Suci.

"Han, bila kau dah tengok video ni tentu kau dah tahu yang kita tertukar telefon. Lucukan cara kita jumpa?" Ada sedikit tawa selepas itu.

"Aku dah lama teringin nak jumpa kau, Han. Sejak dari kau mula-mula kenal dengan Sarah dari tahun 2006 kan? Han seorang hero yang selalu selamatkan Sarah bila aku tak tak ada di sisi dia. Thanks Han!" Waeez meletakkan tangan kanannya di dadanya dan sedikit menunduk. Senyumam tetap setia meniti di bibir itu. Sungguh ikhlas. Itu sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Eshan.

"Aku sebenarnya tak tahu nak bagitahu kau macam mana... Nak mulakan macam mana pun aku tak tahu... Banyak yang aku nak bagitahu kau... Emmm... Han, boleh tak kau pegang amanah aku elok-elok? Kau... kau tolong terima Sarah sebagai isteri kau dan tolong terima anak-anak aku sebagai anak kau... sebab... sebab diorang tu... diorang tu anak saudara kau."

Pause. Dek kerana terkejut Eshan tertekan bahagian kiri tetikus itu. Serta merta video itu kaku.

'Anak-anak saudara aku?' terbesit Eshan dalam hati. Di realiti, melopong terus dia. Apa telinga dia ada tersilap dengar?

'Anak saudara?' Bergema sekali lagi ayat itu. 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now