Blurb 1 : Bab 33

15 1 0
                                    

"It's cold."

Ada suara muncul dari belakang. Serentak itu ada gebar tebal menyelimuti bahunya. Kemudian tangan itu memperkemaskan gebar itu dikiri dan kanannya sebelum merangkulnya erat.

"Kenapa?" suara itu bertanya.

"Kenapa apa?" Eshal pula bertanya, tidak faham bentuk soalan suaminya. Dahinya berkerunyut dalam rangkulan Eshan sebelum merebahkan pipinya ke dada Eshan. Mahu merasai haba panas dari badan tegap itu.

"It's late and cold. Sarah termenung dekat sini, tinggalkan Han tengah tidur sorang-sorang dekat dalam. Sarah masih fikirkan hal tadi?"

Eshal Maisarah gigit bibir sebelum memberikan jawapan. Perlahan kepalanya dijatuhkan. Eshan memperkemaskan lagi rangkulannya. Dia tahu bukan mudah untuk Sarah terima hakikat siapa 'dia' yang sebenarnya.

"Bukan Sarah sorang yang terkejut. Han pun sama. Baariq dengan Cik pun sama. Kami semua tak sangka yang Sarah ni... you're someone."

Eshal menukar posisi, menongkat dagu di dada Eshan. Mata ditalakan tepat kepada anak mata hitam suaminya yang sedang bersedia menyambut tatapannya. Eshal mengerdipkan kelopak mata yang terasa panas tiba-tiba. Eshan hadiahkan sekuntum senyum manis kepada Eshal. Rambut yang keluar diselitkan dibelakang telinga Eshal.

"Sarah tak nak semua ni Han. Sarah nak jadi macam biasa. I just want to be a Sarah Mahmud not a Tengku Maisarah binti Tuan Mahmud. Be a Tengku Maisarah is so hurt and pain." Sudah lain suara Eshal. Sedikit lirih. Bergetar pada hujungnya. Eshal gigit bibir, cuba menahan tangis tapi tak lama. Setitis air mata menitik juga.

"Baru sekarang Sarah faham kenapa ayah dengan ibu bersungguh-sungguh sorok Sarah selama ni tapi... tapi..." Eshal diam sejenak. Terbayang diruangan matanya wajah kedua ibu dan ayahnya. Telinganya bagaikan tergiang-giang terdengar suara arwah ibu dan ayahnya memanggil namanya, membisik kata sayang, kata rindu. Dia dibayangi memori lama, ketika dia berlari-lari dengan mereka bertiga di padang ditemani si bulus yang comel. Muka masing-masing terlukis bahagia sebelum perlahan-lahan bahagia itu bersulamkan derita.

Mata Eshal terbayang kereta yang dipandu ayahnya terbalik di tepi jalan, darah membuak-buak di atas asphalt hitam bersama jeritan meminta tolong dari ibunya sebelum kereta itu meletup melenyapkan tiga nyawa tidak berdosa termasuk si bulus sekaligus. Eshal lihat dia yang masih berpakaian seragam sekolah sedang meraung ditepi jalan sambil dipegang oleh suami Mak Som.

"Tapi... Sa.. Sarah..." Eshal kepal kuat cengkaman di baju tidur Eshan sehingga dia menggigil, seperti ketakutan. Air mata yang bertakung tadi makin deras mengalir.

"Sarah..." Eshan panggil nama Eshal perlahan. Kedua belah tangan Eshal di dadanya diambil lalu digenggam erat. Dia rasa tidak enak dengan perubahan Eshal yang tiba-tiba itu. Jantung Eshan berdebar. Teringat pesanan Baariq dan Doktor Juwita supaya tengok-tengokkan Eshal, jangan biarkan Eshal dikuasai emosi 'Sarah'.

"Sarah... tengok Han please..."

Eshal menggeleng laju tidak pedulikan pujukan Eshan.

"Sarah... Sarah sendiri yang menempah bala... Sarah sendiri yang cari penyakit. Kalau lah... kalau lah Sarah tak kenal Waeez... mesti semua ni tak kan jadi kan, Han? Mesti... mesti Sarah tak kenal dengan Datuk Waazin tu kan? Han pun tak kan jadi macam ni, kan?" luah Eshal sambil pegang kedua belah pipi Eshan. Dibelek pipi Eshan ke kiri dan kanan.

"Han, Han tak apa-apa kan? Han okay kan? Han okay kan? Sarah minta maaf... Sarah salah... Han kena pukul... Kesian Han... Semua ni sebab Sarah..."

Eshan bergenangan air mata. Kesian kepada isterinya yang masih belum boleh lupakan segala traumanya. Eshan tangkap tangan Sarah yang sibuk memeriksa mukanya, mungkin Eshal terbayang-bayang kenangan lalu. Eshan pegang tangan isterinya lalu dicium lembut.

"Syhh.. syhh.. Han... Han okay.. Han okay... Han tak nak Sarah cakap macam ni... Sarah tak salah. Sarah tak salah." Eshan peluk Eshal. Eshal perlu ditenangkan.

Eshal bergelut sedikit, mahu dilepaskan sambil menggeleng. Rasa dirinya tidak layak untuk diterima apatah lagi dimaafkan. Dia yang salah bukannya orang lain.

"No! Sarah salah! Sarah salah! Sebab Sarah, Waeez mati! Sebab Sarah, Evan dan Eman tak ada dengan Sarah! Sebab Sarah, Han accident! Sebab Sarah, Han jadi macam ni! Sarah! Sarah! Sarah benci Sarah!" 

_____

HV.

*Untuk kesinambungan kisah antara Eshan Maisur dan Esal Maisarah boleh dapatkan ebook Her Voice. Untuk urusan pembelian boleh rujuk f.a.c.e.b.o.o.k (Tulip Haura) dan i.g (tulip_haura)

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now