Blurb 9 : Bab 48

8 1 0
                                    

~There is nothing more classy or powerful than to show forgiveness and mercy to an unworthy person.~

"What's a suprise Eshan Maisur?" sinis, bersama kedua belah tangan didepakan. Muka bangga ditayangkan. Sangat-sangat bangga bila perangkapnya mengena.

Eshan berjaga-jaga. Wajdi juga. Keduanya tahu Waazin itu bukannya calang-calang manusia untuk mereka ambil mudah dalam setiap tindak tanduk dan gerak gerinya.

"Waazin..." gumam Eshan perlahan. Matanya sempat kerling Wajdi disebelah. Ternyata Wajdi juga seperti dia, terkejut dengan kemunculan Waazin. Sungguh tak diduga dan ini bukan plannya! Bukan plan A mahupun B! Sudahh!

"Wow! Kau masih ingat aku lagi walaupun kau dah hilang separuh ingatan kau, huh?" menyinis lagi.

Eshan tidak segera meningkah. Berminat untuk mendengar dulu apa yang ingin lelaki tua angkuh itu berkata-kata.

"Well... sebenarnya tak susah pun aku nak cari kau. Setakat kau, petik jari je aku boleh dapat." Waazin menyambung bila tiada tanda-tanda Eshan mahu menjawab soalan nya.

"Oh.. sebelum aku lupa... Rasanya masih sempat lagi kot kalau aku nak ucapkan, Selamat Pengantin Baru. Rasanya tak basi lagi kan? Kau kahwin jugak akhirnya dengan perempuan gila tu ya? Emm... interesting."

Eshan kerap bibir, dia tahu Waazin sedang memprovok dia.

"Apa orang cakap..." Waazin letakkan jarinya di dagu.. berfikir.

"Haaa... kalau dah jodoh tidak kemana. Berpisah bertahun pun, akhirnya bersatu juga... I'm right?"

"Tak sangka... macam-macam dah aku buat dengan perempuan gila tu... tetap juga anak aku dengan kau terkejar-kejar nak kan dia. Atau kau rasa tak cukup dengan apa yang dah aku buat? Tak cukup hodoh lagi ke dia tu?" Waazin gelak dihujung ayatnya. Di mata tua Waazin terbayang rupa Eshal Maisarah yang hodoh dengan parut di pipi dan beberapa lagi parut di badannya. Sudah banyak kali tali cemeti singgah di tubuh Eshal Maisarah dulu, kalau tidak tinggal kesan berbirat yang hodoh tu, tak tahulah dia.

"Kau..." gumam Eshan dengan kepal kedua penumbuknya.

Johan kuakkan tangan. Halang Eshan dari menerpa Waazin. Kepalanya digeleng bila Eshan lihat dia.

"Wajdi...." Waazin alihkan matanya kepada Wajdi. Mata helang dipanah kepada Wajdi. Langkah dibuka, mendekati anak lelakinya. Berjalan mengelilingi Wajdi sebelum berhenti betul-betul di tepi sisi kiri Wajdi. Bahu Wajdi disentuh dengan perlahan saja tapi itu adalah... amaran.

Wajdi rasa darahnya seolah-olah kering bila disentuh Waazin yang maha serius itu. Tiba-tiba semangat juangnya hilang. Itu baru Waazin seru namanya, dia sudah jadi beku begini. Macam mana mahu teruskan rancangan mereka?

"Well Wajdi, kau pun nak jadi macam abang kau? Belot kepada aku?" Waazin menyoal, memalingkan sedikit kepada Wajdi. Tagih jawapan dari Wajdi. 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now