Blurb 19 : Bab 58

7 0 0
                                    

~Two shattered souls scarred with wounds from their demons, playing a dangerous game of trust and love.~

"You nak kita break up?"

Perlahan Tengku Naina menjatuhkan kepala. Tengku Eqmal raup muka, tak percaya.

"Tapi majlis kita dah nak dekat Ina? Tak kurang lagi seminggu. Semua persiapan dah dibuat. You jangan macam ni, boleh tak?"

"You rasa kalau benda ni sampai ke telinga bonda dan ayahanda you, diorang akan bagi ke kita kahwin?"

"Apa maksud you ni?" Sekali lagi Eqmal tercenggang.

"I tak rasa bonda akan izinkan you kahwin dengan i. I juga tak rasa bonda akan lepaskan benda ni macam tu je. You mesti bertanggungjawab dengan apa dah jadi Mal."

"Ina! You sedar tak apa yang you cakapkan ni? You sedang tuduh i, you sedang tabur fitnah dekat i!" jerkah Eqmal geram. Nampaknya Naina juga sudah termakan dengan fitnah itu.

Naina kemam bibir. Terlanjur bicara.

"Okay, look Ina. I'm sorry tinggikan suara i dekat you. But, it's not me Ina. You pun tahu i tak kan buat benda-benda macam tu. Ina, you dah janji dengan I. You akan tetap setia dengan i. Tak kan sebab benda merepek macam ni, semudah tu you nak mengalah? You percaya semua tu dari you percayakan I, tunang you sendiri?" Tengku Eqmal bangkit lalu mendapatkan tunangnya. Dia memusingkan kerusi yang diduduki oleh Tengku Naina dan melabuhkan kedua telapak tangan ke armrest, dia menunduk cari wajah cantik tunangannya. Sudahlah masalah berkenaan isu gambar panas itu masih belum reda, tunangnya pula bawa satu lagi isu panas. Naina mahu putuskan pertunangan? Over my dead body!

"You tak percayakan I, Ina? After 5 years of us spending time together and because of that stupid thing, you can't believe me?" Mata ditunakkan lagi, mencari kejujuran dari Tengku Naina.

"I'm sorry Mal. I bukan tak nak percayakan you, Mal.. tapi I tak boleh tipu diri I. I nampak dengan mata I sendiri.. You hantar dia balik hotel." Sekali lagi mata Naina bergenang, teringat peristiwa itu. Matanya sebagai saksi, menyaksikan tunang sendiri masuk ke hotel tempat pekerjanya menginap.

Dengarkan jawapan dari Tengku Naina, Tengku Eqmal kembali tegakkan tubuh. Dia berpaling dari Naina, menekan pelipis kepala yang terasa sedikit tegang.

"Ina... please, I cuma hantar dia balik hotel dia, bukannya I tidur dengan dia. Dia model kita, Ina. I cuma tolong dia."

"Selepas hantar dia, you ke mana Mal? You ke mana malam tu? Eq bagitahu I, you tak balik ke apartment malam tu, Mal. And dia sendiri pun tak tahu you kemana!"

"I stay back dekat office. I tengah siapkan paperwork about projek dengan Suria Mentari Holdings. You jugak yang minta I arrange projek tu, kan? You lupa?"

"Yes, I ingat. Tapi sempat pula you keluar dinner dengan dia ya?" Ada api cemburu di hujung ayat itu.

"Dia yang call I, kebetulan I pun tengah lapar. You pun tahu how I am bila tengah siapkan paperwork! Lepas dinner, I hantar dia balik hotel dan I balik office."

"You jangan tipu I, Mal. Guard cakap lepas you keluar you tak balik office balik."

Tengku Eqmal kematian hujah. Ada yang tidak kena nampaknya.

"Sorry Mal, I dah tak boleh terima semuanya. Hati I sakit, sangat-sangat. I'm sorry." 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now