Bab 2 : HV

15 2 0
                                    

~There are no accidental meetings between two souls~

"Telefon Han?" Tengku Naina pandang Eshan dengan Pak Mali bergilir-gilir. Seolah-olah sedang menanti penjelasan dari mereka berdua.

Eshan kemam bibir, tidak tahu berikan uminya jawapan apa. Sedangkan dia sendiri pun masih lagi terpinga-pinga. Telefon yang sudah elok di tangan, dia tilik.

'Sejak bila telefon Samsung ini pernah jadi milik aku?' soal hatinya ragu. Setahu dia, dia kurang berminat dengan brands lain selain jenis yang satu itu.

"Iya telefon Tuan Han. Saya jumpa telefon ni dalam kereta. Sehari selepas tuan ke Turki. Rasanya inilah telefon tuan tu."

Dengar jawapan dari Pak Maliq, Eshan panggung kepala kepada Pak Maliq. Pak Maliq mengangguk berulang kali, menyakinkan jawapannya. Sekali lagi anak mata Eshan jatuh pada telefon itu. Jawapan Pak Maliq, dia hadam.

'Maksudnya, ini... telefon aku 2 tahun lepas?'

"Oo.. patut la telefon Han hilang masa pergi sana." Itu balasan uminya kepada ulasan Pak Maliq.

Serentak itu, Eshan angkat muka kepada uminya pula. Tapi tiada kata yang terluah. Eshan cuma senyap. Yang sejujurnya, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia balas sebaik sahaja dengar uminya berkata begitu.

Ini kerana dia sendiri pun keliru. Macam-macam yang dia lupa, banyak yang dia tidak ingat sepenuhnya. Realiti kadang-kadang macam mimpi. Mimpi pun dah macam realiti!

"Eh, Maliq masuklah dulu sebelum balik. Saya ada bungkuskan sedikit lepat pisang untuk Kak Yah." Tengku Naina berkata kepada Pak Maliq seraya berlalu meninggalkan Eshan yang masih ralit tenung telefon itu.

Tengku Naina seakan mengerti yang Eshan memerlukan waktu untuk bersendirian, mencari cebisan ingatan yang banyak tertinggal. Pak Maliq mengangguk sebelum mengekori langkah majikannya ke dapur.

Eshan membawa diri ke kamar, lupa tentang pelawaan uminya untuk minum petang bersama. Briefcase diletakkan di atas meja kerja terlebih dahulu sebelum berlalu ke katil lalu menghenyakkan punggung di situ. Telefon misteri itu diletakkan di atas katil, sebelum dia membuka satu persatu butang baju kemeja yang masih kemas tersarung di tubuh tegapnya.

Usai mandi dan bersolat, Eshan merehatkan diri di balkoni bilik sambil menikmati angin petang. Teringatkan tentang telefon misteri itu, dia menapak masuk ke bilik semula. Sekali lagi telefon itu ditilik. Masih tidak percaya dengan dakwaan Pak Maliq yang telefon ini miliknya.

Eshan tekan dulu punat on/off di tepi telefon. Sebaik sahaja telefon itu berjaya dihidupkan, ada satu pin keselamatan jenis bercorak perlu dimasukkan sebelum telefon itu bersedia untuk digunakan sepenuhnya.

Eshan termenung sejenak. Pin pattern? Pattern apa ni? Mata beralih pada wallet dan IPhonenya yang terletak elok di atas meja. Eshan mengecilkan anak matanya.

'S?' S untuk satu gambar yang ada dalam walletnya. Entah bagaimana gambar huruf S itu boleh ada dalam walletnya, dia tidak tahu. Eshan sekadar mencuba. Dari dot pertama, dia lakarkan menjadi bentuk S dan tiba-tiba skrin itu bertukar.

'Yes, aku berjaya masuk!' Dia bersorak kegembiraan.

Ada satu gambar menghiasi dada skrin telefon jenama Samsung itu. Gambar seorang perempuan. Eshan kecilkan matanya, seperti dapat mengagak siapa yang ada di sebalik gambar itu walaupun gambar itu sudah di edit dalam bentuk mosaic. Tiada rupa asal tapi dia yakin siapa disebalik gambar itu. Nalurinya kuat menyatakan bahawa dia cukup kenal dengan perempuan itu!

'Sarah!' terbersit hati kecilnya, entah dari mana nama itu yang muncul di benaknya. Jari kanan menyentuh skrin. Perlahan dia mengusap.

"Sarah..." Akhirnya terluah juga nama itu dari bibirnya dengan nada yang cukup berat. Bergetar bibirnya saat menyebut nama itu. Dadanya mula rasa sesuatu. Rasa berat dan sarat. Dia menyentuh dada dan matanya dipejamkan. Ada rasa pedih dan sakit menular ke segenap saraf. Dia... sudah sekian lama cuba menahan mulutnya dari menyebut nama itu. Tapi hari ini dia tewas.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now