Bab 24 : HV

10 2 0
                                    

~She standing on the line. Between giving up and seeing how much more she can take.~

"Eshal..." Eshal bagaikan terdengar suara lelaki yang selama ini ditunggu-tunggukannya. Matanya dibuka sedikit lalu dilontarkan ke arah datangnya suara itu.

"Han?" Tengku Naina terlebih dahulu menyebut. Terkejut dengan kemunculan Eshan yang tiba-tiba. Bukan ke Eshan ada di Terengganu? Macam mana boleh Han ada dekat sini?

Tercengang. Semua yang ada di situ tercengang dengan kedatangan Eshan. Dibelakang Eshan adanya, Adham. Adham sempat curi pandang kepada Nafla sebelum beralih kepada Eshal.

"Han..." Eshal menyebutnya. Meleret. Matanya yang masih basah itu dipasakkan kepada Eshan.

"Eshal kenapa?" Entah bagaimana mahu katakan, tapi Eshan tak suka lihat mata itu menangis. Dia tak suka lihat Eshal yang tampak lemah begini. Eshan mengatur tapak mendekati Eshal tapi,

"Han..." Baariq mendekati Eshan, menghalang. Dia juga terkejut lihat kemunculan Eshan namun dia rasa satu kelegaan. Eshal bangun dari tempatnya dibantu oleh Bazilah ke bilik tidurnya. Tubuhnya sudah penat. Dia keletihan. Dia perlukan rehat.

"Baariq?" Eshan baru perasankan keberadaan Baariq di situ. Matanya melilau melihatkan satu persatu wajah yang ada disitu.

"Mak...mak Som?"

Mak Som mengangguk. Ini kali pertama mereka bertentangan mata setelah hampir 10 tahun Eshan membawa diri.

"Apa umi dan chik buat dekat sini?"

Rasa kerongkong masing-masing tercekik. Perlukah berterus terang saja Eshal itu Sarah kepada Eshan? Tengku Naina menggerakkan matanya kepada Nafla, membiarkan Nafla menjawab sebab ini semua plan Nafla.

"Err.. cik.. cik dan umi datang melawat Mak Som," jawab Nafla tergagap-gagap.

"Kenapa Mak Som? Mak Som tak sihat?" Eshan kembalikan pandangannya kepada Mak Som.

"Sihat Han. Cuma... Eshal yang tak sihat."

"Eshal... kenapa dia? Kenapa Eshal ada dekat sini? Apa dah jadi ni?" Eshan masih binggung sebenarnya. Tak tahu dan tak dapat tangkap apa yang sebenarnya sedang berlaku disini. Dia berkejaran kesini, terkejut bila Adham bagitahu ada sesuatu berlaku kepada Eshal.

"Eshal.. dia anak angkat Mak Som. Dia tak sihat. Semalam dia demam panas. Meracau." Nafla pusing cerita lagi. Dia tak boleh terus terang siapa Eshal selagi tu Eshal masih begini. Kali ini dia tekad, mahu bawa Eshal untuk buat rawatan. Eshal perlu jadi Sarah semula! Eshal perlu sihat!

"Demam panas? Sebab kena serang tu ke?"

Nafla mengangguk. Eshan melepaskan keluhan.

"Dah berapa hari demam?"

"Dah 3 hari."

"Kenapa tak bawa Eshal pergi hospital?"

"Dah bawa. Eshal demam panas saja, itu kata doktor." Mak Som menjawab.

Eshan mengangguk. Kali ini matanya beralih kepada Baariq.

"Kau dah jumpa siapa yang serang Eshal, Riq?"

Baariq sedikit tersentak. Suara Eshan itu mengembalikan kenangannya bersama Eshan suatu ketika dulu.

"Baariq belum tahu siapa. Polis dah ambil keterangan. Masih dalam siasatan." Nafla menjawab lagi.

Eshan terangguk-angguk. Perancangan Nafla untuk membawa Eshal jauh dari sini sudah dipersetujui demi keselamatan Eshal. Walaupun dia tidak faham kenapa itu tindakan kakaknya tapi dia yakin Eshal tidak selamat disini. Dia risau kalau Eshal diserang lagi.

Her Voice (E-book)Onde histórias criam vida. Descubra agora