Blurb 4 : Bab 38

10 2 0
                                    

~I finally understood what true love meant... loves meant you cared for another person's happiness more than own, no matter how painful your choices you face may be.~

"Sarah, sorry Han lupa lagi."

Sekonyong-konyong itu Eshan muncul dari bilik sebelah. Eshal segera berpaling dengan muka sedikit terpinga.

"Charge Han tertinggal dekat bawah, nasib baik Mak Ning bawak naik atas. Sarah buat...," Eshan tidak habiskan ayatnya, matanya jatuh kepada tangan Eshal yang sedang pegang telefon Eshan di tangan kirinya dan telefon Samsung di tangan kanannya.

Semerta itu juga Eshal dapat lihat muka Eshan berubah. Entah kenapa Eshal rasa ada sesuatu yang Eshan sorokkan dari pengetahuannya.

"Sarah buat apa ni?" Eshan menapak ke arah Eshal. Matanya jatuh kepada telefon ditangan Eshal. Kedua-duanya diambil dari tangan Eshal. Segera dipusing kakinya mahu keluar semula tapi Eshal mengelar lengannya.

Eshal menunggu sebarang penjelasan dari Eshan tapi Eshan sepertinya sengaja melarikan matanya dari dilihat Eshal.

"Are you hiding something from me?" tanya Eshal terus.

Eshan senyap. Tak tahu nak jawab apa. Nak kata itu bukan telefon dia? Tak kan semudah tu Sarah mahu percaya. Dah la jumpa dalam bilik dia, sah-sah la Sarah akan cakap itu telefon dia. Nak mengiyakan, nanti banyak yang Sarah akan tanya dia.

'Aduh, macam mana ni?'

"Han..." Eshal masih menanti. Lihat reaksi Eshan begitu buat hatinya sedikit terguris. Padahal tadi baru mereka berbaik-baik.

"Han, we already promised not to hide anything, didn't we?"

Kedengaran Eshan melepaskan keluh. Dia berpusing, menghadap Eshal.

"I don't know how to start..." ujar Eshan perlahan.

"Telefon ni..." Eshan angkat telefon misteri itu.

"Bukan milik Han... But sometimes i think, that's mine."

Makin jelas terpeta kerutan di dahi Eshal. Tak faham.

"Maksud Han?"

"Pak Maliq, Sarah ingat dia kan?"

Eshal angguk.

"Dia bagi telefon ni dekat Han. Katanya telefon ni milik Han masa 2 tahun lepas tapi Han tak ingat. Tapi ada sesuatu yang Han pelik..."

"Apa?" berdebar Eshal menanti. Matanya dijatuhkan kepada telefon Samsung di tangan Eshan. Ada sesuatu di belakang cover telefon itu. Eshal picing mata menumpukan matanya kepada corak di belakang cover itu sambil pasang telinga dengar cerita Eshan.

"Ada calling from someone who i don't know. And dalam tu ada banyak voice note."

Langsung Eshal kalihkan matanya kepada Eshan, terjatuh sedikit rahang Eshal dengar cerita Eshan. Maksudnya?

"Han masih terima lagi ke voice note tu?" takut-takut Eshal bertanya. Entah kenapa hatinya dapat rasakan sesuatu.

Eshan menggeleng. Nampak muka suaminya itu sedikit kecewa makin membuat Eshal tak tahu mahu rasa macam mana.

"Last tahun lepas. Lepas tu tak ada dah." Lemah Eshan menjawab. Dia pun tak faham kenapa dia perlu rasa 'lemah' macam ni bila Eshal bertanya macam tu.

"Han cuba cari tak siapa orang tu?" Makin berdebar Eshal mahu dengar jawapan Eshan. Sebab dia yakin, seorang Eshan tidak akan biarkan 'sesuatu' terus menjadi tanda tanya.

"Cari tapi Han tak rasa dia orangnya."

Tergemap Eshal. Apa maksud Eshan?

"Sarah nak tahu siapa orangnya?" Eshan bertanya, tak sabar mahu bagitahu Eshal.

Eshal menanti.

"Dr. Juwita."

Sepatah jawapan dari Eshan tapi buat Eshal rasa jantungnya berdebar makin kencang. Pelipisnya sudah mericik peluh.

"Dr. Juwita, doktor yang rawat Sarah tu ke?"

Eshan angguk. Eshal lagi tidak senang duduk. Resah betul dengan apa yang dia dengar.

"Maksudnya dia la yang hantar voice note and calling tu? Tapi... kenapa Han kata bukan dia orangnya?" Lagi Eshal bertanya. Risau, betul-betul dia risau.

"Firasat Han kata bukan dia orang yang hantar voice note and calling tu. Mungkin cuma kebetulan saja nombor tu atas nama dia." 

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now