Bab 13 : HV

8 2 0
                                    

~Meeting you was fate. Becoming your friend was a choice. But falling in love with you was beyond my control.~

"Umi, dah la.. dah jam 5." Nafla sekali lagi menggosok bahu uminya. Bagi hint supaya segala rancangannya berjalan dengan lancar.

Tengku Naina mengangguk lalu menguraikan pelukan. Pipi Eshal dipegang.

"Umi rindu sangat dengan Sarah."

Sekali lagi air mata Eshal merembes keluar dengan laju. 'Sarah'? Sudah lama orang tidak memanggilnya dengan nama itu. Nama yang banyak duka dan luka terpalit di situ.

"Sarah juga rindu umi." Eshal separuh berbisik di telinga Tengku Naina sebelum menjarakkan kedudukkan antara mereka.

Eshal toleh sedikit kepada Nafla. Eshal mengangguk kecil kepada Nafla dan Nafla membalasnya dengan senyuman. Nampaknya Nafla betul-betul mengotakan janjinya. Eshal teringat perbualannya dengan Nafla minggu lepas.

* * *

"Eshal..." Nafla menegurnya sebaik sahaja muncul di dapur. Ketika itu Eshal sedang mengemas dapur selepas sesi minum petang untuk anak-anak Taska. Sekejap sahaja lagi waktu kerjanya akan berakhir.

"Ya, Cik Nafla." Eshal toleh sedikit ke belakang. Kebetulan kerjanya sudah hampir siap. Tunggu bilas cawan-cawan yang terakhir sahaja.

"Can we talk for a while?"

Eshal tidak segera menjawab, sebaiknya cuba mencari apa jawapan yang sesuai. Sebenarnya sejak Eshal dapat tahu Nafla ini kakak kandung Eshan, dia jadi segan. Segan kerana dia penyebab utama keluarga wanita itu dilanda masalah yang bertimpa-timpa. Teringatkan hakikat itu dia mula rasa serba salah dan rasa dirinya sangat kerdil saja jika dibandingkan dengan seluruh ahli keluarga Tengku Eqbal.

Sekiranya dia tahu pemilik sebenar Taska Permata Budi Maryam ini milik keluarga Tengku Eqbal dan Tengku Naina sebelum datang interview dulu, pasti awal-awal lagi Eshal akan

menjauhkan diri. Niatnya muncul kali ini, bukan untuk berjumpa dengan mereka tapi untuk bina sebuah kehidupan baru.

"Eshal?"

"Erk... sure, sekejap.'' Eshal sedikit tersentak. Cepat-cepat dia menyudahkan kerjanya kemudian tangan dilap terlebih dahulu sebelum mendekati Tengku Nafla yang sedang menunggunya di meja kecil yang sedia ada di ruang dapur. Lambat-lambat dia menarik kerusi, matanya sesekali melirik kepada Nafla. Muka itu sedikit serius.

Tengku Nafla Maryam tenung sekejap perempuan yang sedang mengambil tempat dihadapannya. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan dan dibincangkan dengan Eshal. Jawapan yang tepat sudah pun diperolehi dan dia cuma perlu pengesahan sahaja dari tuan punya badan.

"Ada apa Cik Nafla?" Eshal segera mematikan tenungan Nafla terhadapnya. Segan dengan cara Nafla tengok dia itu, bukannya dia tidak perasan yang Nafla selalu curi-curi pandang dia. Dia pula jadi naik hairan.

Nafla membetulkan duduknya. Kedua tangannya diletakkan secara bersilang di atas meja. Mata tepat difokuskan kepada Eshal.

"I'm just curious. Who are you actually, Eshal?"

"Hah?" Hanya yang itu yang keluar dari mulut Eshal. Terkejut dengan soalan Nafla yang dikirakan sangat berterus terang.

Nafla ketap bibir dengar respon dari Eshal. Tersalah soalan, kah?

"Sejujurnya saya selalu tertanya-tanya, siapa awak sebenarnya Eshal? Maybe it something weird tapi saya rasa saya perlu berterus terang dengan awak"

Pemulaan dari Nafla pun sudah buat jantung Eshal Maisarah jadi tidak reti duduk diam apatah lagi dengan soalan-soalan yang seterusnya. Eshal rasa kali ini dia tak mungkin akan terselamat lagi dari soalan Nafla yang dia sendiri tahu berbaurkan tentang apa.

Her Voice (E-book)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt