Bab 4 : HV

11 2 0
                                    

~Never be a prisoner of your past. It was a lesson. Not a life sentence.~

Tengku Nafla Maryam mendapatkan uminya di dapur pada pagi keesokkan harinya. Kelihatan wanita itu sedang sibuk menyediakan sarapan pagi bersama-sama dengan Mak Ning. Semalam selepas teruk dia dimarahi oleh Tengku Naina, Nafla tidak berani lagi untuk membuka cerita panas itu. Tapi pagi ini bila tengok mood uminya kembali pulih, rasanya dia patut ceritakan sesuatu kepada Tengku Naina. Sesuatu yang berkaitan adiknya.

"Assalamualaikum umi, Mak Ning, morning," sapa Nafla terlebih dahulu. Dia singgah di kerusi bar, bertenggek di situ.

"Waalaikummusalam. Morning Cik Nafla." Mak Ning membalasnya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.

Nafla membalasnya. Seketika kemudian, Mak Ning meminta diri ke ruang makan. Mahu sediakan meja makan. Nafla tarik nafas lega, boleh sembang dengan Umi tanpa rasa sangsi kalau-kalau ada telinga yang curi dengar perbualan mereka.

"Waalaikummusalam anak dara umi. Baru bangun ya?" Tengku Naina membalas sapaan anak daranya, dikerling sedikit kepada Nafla yang ada di belakangnya.

"Dah bangun dari tadi lagi la umi. Acik siapkan kerja sikit. Umi..."

"Ha..ada apa ni? Semacam je ni.." Tengku Naina melirikkan matanya kepada anak daranya. Nafla tersenggih. Dia bergerak mendapatkan Tengku Naina.

"Acik ada nak bagitahu umi sesuatu ni." Nafla segera memulakan topik tanpa tertangguh-tangguh lagi.

"Nak bagitahu apa tu? Cik nak kahwin ke?" Terus Tengku Naina tebak anaknya dengan soalan yang tidak disukai oleh Nafla.

Nafla tarik muka. Dia bergerak ke meja pulau semula, merajuk. Umi ni suka sangat spoiler mood dia. Pagi-pagi lagi dah keluar topik kahwin. Dia tahu, dia bukannya muda belia lagi tapi kalau setakat umur 34 tahun itu, bukan tergolong dalam golongan andartu lagi kot. Huh!

Tengku Naina simpan senyum, tahu sangat yang anak keduanya itu sangat sensitif dengan perkara yang melibatkan nikah kahwin. Anak keduanya itu bukannya tiada yang berhajat tapi dia yang terlampau sibuk dengan komitmen kerjanyanya sampaikan keinginannya untukmemikiran soal hati, ditolak ke tepi. Tengku Nafla bekerkja sebagai pengurus di Tadika Budi Maryam yang dibangunkan sendiri olehnya sejak 2 tahun lepas, sekembalinya dia ke tanah air.

"Acik nak bagitahu apa ni?" Tengku Naina mula bergerak mendapatkan Nafla lalu dilabuhkan punggung di kerusi bar sebelah anaknya. Dapat mengagak Nafla ingin membincangkan sesuatu yang serius.

Nafla tarik nafas dulu, ragu-ragu sebenarnya tapi dia mesti dapatkan jawapan sahih dari uminya. Ini soal janji dan masa depan adiknya.

"Umi, acik cuma nak tahu. Selepas kejadian Han accident dulu, walid ada berjumpa lagi ke dengan Uncle Waazin?"

Tengku Naina sedikit tersentak bila Nafla menyebutkan satu nama yang sekian lama cuba dilupakan.

"Umi, kalau boleh berterus teranglah dengan acik. Acik perlu tahu. Kita perlu tunaikan janji arwah walid dengan Han. Arwad walid juga sudah berjanji dengan Ezz kan?" gesa Nafla bila melihat reaksi uminya yang sedikit tersentak dengan soalannya.

Lama Tengku Naina menyepi memikirkan apa yang patut dia beritahu kepada Nafla. Sesungguhnya kejadian 10 tahun lepas cukup berkesan kepada mereka sekeluarga. Gara-gara seorang anak bernama Eshan Maisur itu, arwah suaminya banyak menanggung akibat dari perbuatan berani Eshan. Eshan bermain dengan api dan tanpa sedar Eshan sendiri yang terbakar. Tengku Naina hembus nafas panjang. Betul kata Nafla, janji terakhir arwah suaminya perlu dipenuhi tapi macam mana?

"Umi bukan tak mahu berterus terang dengan acik, tapi acik sendiri tahu sekarang bukan masa yang sesuai. Acik pun tengok macam mana keadaan Han sekarang. Kalau kita berterus terang dengan dia, agaknya dia dapat ke terima semua tu?"

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now