Bab 8 : HV

4 1 0
                                    

~Be like a flower, survive the rain but use it to grow.~

Taska Permata Budi Maryam.

Eshal Maisarah membacanya papan tanda itu dalam hati tatakala kaki sudah sampai di hadapan pagar premis berkenaan. Sedikit tercunggap-cunggap nafasnya disebalik niqab yang dipakai. Jauh dia berjalan, kita-kira 2 kilometer dari jalan utama di hujung sana menapak masuk ke taman perumahan elit ini.

Eshal menstabilkan nafasnya, pejam mata seketika lalu beg sandang tepinya diperkemaskan kedudukannya di atas bahu. Ya, dia perlu teruskan. Dia perlu pekerjaan baru untuk memulakan hidup baru. Dia tidak mahu lagi susahkan ibu dan abangnya. Sekarang adik abangnya sudah balik dari studi di Indonesia. Maka keluarga mereka bertambah besar. Lagipun dia sudah matang, dia perlu berdikari sendiri.

Pintu kecil disebelah pintu pagar ditolak perlahan. Eshal melangkah masuk dengan lafaz bismillah. Kakinya diatur berhati-hati dan kini dia sudah berada dihadapan pintu masuk ke Taska Permata Budi Maryam.

"Assalamualaikum." Eshal memberi salam terlebih dahulu. Kepalanya di toleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat manusia yang mungkin keluar tatklala medengar salam darinya sebentar tadi.

Lima minit begitu, tiada tanda-tanda pintu terbuka dari dalam walaupun kasut penuh bersusun dengan begitu kemas dan teratur di tempatnya. Eshal sabarkan hati, sekali lagi dia memberi salam.

"Waalaikummusalam." Akhirnya salam dijawab dan pintu dikuak dari dalam. Terjengul seorang wanita berbaju kurung pesak dengan tudung berbilit kemas di kepalanya. Berbadan sedikit berisi. Anggaran umur mungkin sudah menghampiri angka 40-an.

"Ya?" tanyanya. Masih berdiri elok di ambang pintu.

Eshal kemam bibir. Berdebar mengingatkan sebentar lagi dia bakal ditemuduga.

"Maaf menganggu... Saya Eshal Maisarah. Semalam saya ada call untuk..." Tersekat Eshal nak menjawab. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa kurang berkeyakinan setelah melihat wajah terpinga-pinga wanita itu seperti ada yang terlupakan sesuatu.

"Oh, yang datang nak interview tu ya?"

"Ya-ya." Eshal segera menjawab.

"Maaf-maaf akak lupa, sibuk sangat dekat dalam. Meh la masuklah dulu." Wanita itu menguak dedaun pintu dengan lebih luas lalu mempersilakan Eshal masuk ke dalamnya.

Eshal mengangguk lalu membuntuti wanita yang masih tidak tahu nama itu masuk ke dalam. Eshal dibawa ke tingkat dua dimana terletaknya bilik pengurus. Kedengaran bunyi-bunyi suara tenaga pengajar sedang mengajar di sebalik bilik yang terkatup rapat itu dari tingkat bawah.

Di tingkat atas pula ada beberapa bilik lagi yang dijadikan sebagai tempat mesyuarat, perpustakaan mini dan bilik guru. Ada set sofa di tengah-tengah ruang itu. Sungguh cantik dekorasi yang di pilih, sesuai dengan tema untuk mendidik jiwa anak muda yang bermula dari peringkat akar umbi. Eshal diminta duduk disitu terlebih dahulu.

"Cik tunggu sini dulu ya? Sekejap lagi Cik Nafla akan sampai. Kebetulan hari ini jadual dia datang round Taska kami. Jadi alang-alang dia datang sini, saya minta dia interview cik terus," ujarnya ramah.

"Err.. Saya Eshal Maisarah. Panggil saya Eshal je. Tak perlu panggil saya Cik."

"Eshal?"

"Ya, Eshal."

"Cantik namanya. Okaylah Eshal... Akak, Zahnita. Panggil saja Kak Ita. Akak pengurus dekat sini tapi akak bukannya owner tempat ni. Owner tempat ni sekejap lagi sampai. Eshal tunggu sini ya, akak turun bawah. Nak tengok anak-anak sekejap."

"Baik Kak Ita."

Zahnita berpusing tubuh, menapak ke arah anak-anak tangga. Belum pun kakinya menyentuh anak tangga pertama, ada suara muncul dari bawah, dari anak tangga yang paling bawah.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now