Bab 16 : HV

7 2 0
                                    

~If you ever decide to come back, i saved your space in my heart.~

Grab yang dinaiki Baariq berhenti betul-betul di seberang jalan yang bertentangan dengan bangunan EN Holdings. Sengaja Baariq minta pemandu grab berhenti disitu. Padahal bukannya susah sangat untuk ke sana, lencong saja ke kanan sudah ada jalan yang memang dikhaskan untuk ke EN Holdings.

Baariq melangkah keluar dari grab selepas membayar kos tambangnya. Baariq betulkan kolar baju kemeja kotak-kotaknya. Lengan baju yang disinsing ke siku diperkemaskan agar terletak elok dengan kemas.

Baariq pandang ke hadapan. Dari kejauhan, anak matanya tatap bangunan EN Holdings yang teguh megah berdiri. Kagum sungguh dia dengan reka bentuk bangunan yang diilhamkan sendiri oleh Tengku Eqbal dan Tengku Eqmal itu.

'Uncle Eqbal, Riq minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk kembali jumpa Uncle,' bisik hati Baariq.

Baariq pandang kiri dan kanannya sebelum menyeberangi jalan dengan yakin. Dia sebenarnya sedang bina keyakinan untuk bersua muka dengan Eshan Maisur, sahabat sepermainannya.

'Hampir 10 tahun kita tidak berjumpa Eshan. Kau masih ingat aku ke Han?'

Walaupun Baariq masih ada sisa rasa sangsi untuk berjumpa Eshan tapi apa yang disampaikan oleh Eshal tempoh hari benar-benar menyesakkan dadanya. Eshan sakit. Itu yang dipasakkan ke benaknya. Oleh kerana itu, dia beranikan kakinya untuk menjejak kaki ke EN Holdings. Dia mahu mendapatkan sendiri jawapan dari lelaki itu. Mahu matanya menjadi saksi kepada setiap kesakitan yang dialami oleh Eshan.

Satu jalan lagi dia perlu menyeberangi untuk sampai ke EN Holdings. Baariq berkira-kira mahu melangkah tetapi dari kejauhan matanya menangkap satu kereta hitam jenama Mitsubishi Lancer meluncur laju ke arahnya. Dan dengan tiba-tiba juga kereta itu memberikan signal ke kiri dan tekan brake secara mengejut. Betul-betul dihadapannya. Baariq mengerut kening dengan tindakan kereta itu. Dalam kepalanya mula timbul bermacam macam persoalan.

'Siapa ni? Kenapa dia berhenti di sini? Orang-orang Waazin kah?' Soalan pertama dan kedua itu, dia tidak runsing sangat. Tapi bila timbul soalan yang ke tiga, semerta jantungnya mengepam darah dengan laju.

Baariq tidak jadi melintasi jalan. Dia berjaga-jaga, menunggu gerangan yang berada di dalam kereta itu memunculkan diri. Nampak gaya brakenya tadi tu macam nak ajak gaduh saja. Baariq tidak mudah melatah, dia menanti dengan sabar sambil-sambil berjaga-jaga.

Pintu dibahagian pemandu dibuka. Baariq berdebar menanti tapi dibiasakan sahaja wajahnya, tidak beriak. Beku seperti selalu.

"Baariq!" Sekonyong-konyong itu, perempuan itu berteriak memanggil namanya.

Baariq picing mata cuba mengecam siapa gerangannya. Siapa ni? Dalam berkira-kira Baariq mahu bertanya, si dia sudah menanggalkan kaca mata hitamnya. Pantas si dia berlari mendapatkannya lalu berdiri disebelahnya. Wajah itu tidak lekang dengan senyuman teruja tanpa menghiraukan panas sinaran mentari tegak berdiri di atas kepala dikala waktu tengahari sudah mencapai waktunya.

"Riq kenal saya lagi tak?"

Baariq tidak memberikan reaksi. Menggeleng tidak, mengiakan pun tidak. Masih dengan muka tidak berperasaannya, tenung perempuan yang berani berdiri disebelahnya. Jarang sangat ada perempuan yang berani dekatinya.

Baariq itu sebenarnya bukan tidak tampan cuma wajahnya saja tampak sentiasa serius. Jarang sekali bibirnya mahu menghulurkan senyuman kepada sesiapa saja. Oleh sebab itu, Sarah sangat takut dengannya. Pernah dia jerkah Sarah ketika Sarah meroyan teruk dulu. Hampir-hampir buat Sarah kejung, terkejut dengan jerkahannya.

"Riq, ni Nafla. Ingat tak?" Sekali lagi Nafla bertanya. Bersinar matanya, teruja jumpa Baariq.

Dengar sahaja nama itu terpancul dari mulut Nafla barulah Baariq dapat mengecam kakak Eshan itu. Tengku Nafla Maryam binti Tengku Eqbal.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now