Bab 18 : HV

7 2 0
                                    

~I've happen more from pain than i could've ever learned from pleasure.~

"Kau tak cari aku, Riq?"

"Aku minta maaf Han." Hanya itu yang mampu Baariq jawab. Dia faham keadaan Eshan setelah mendengarkan penjelasan dari Nafla.

"Kau banyak berhutang dengan aku, Riq." Penuh dengan maksud tersirat ayat Eshan itu. Melihat Baariq mengangguk, Eshan tersenyum nipis. Nampaknya Baariq faham maksudnya.

"Aku tahu, nanti aku langsaikan satu persatu."

Jawapan Baariq itu undang sesuatu di hati Eshan. Entah mahu percaya atau tidak dengan jawapan itu. Tapi dari segi intonasi Baariq itu kedengaran seperti tidak yakin, tidak bersedia. Sepi mengisi antara mereka. Hanya mata sahaja yang saling bertatapan. Berbicara bisu.

Eshan menggecil sedikit bola matanya, sedang cuba membaca apa yang ada dalam benak sahabat lamanya itu. Tapi... kenapa dia rasa Baariq seperti tidak selesa dengan pertemuan mereka? Mata itu seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya.

Nafla sudah ke meja sebelah. Dilirikkan matanya kepada Adham dan Munir supaya mengikutinya. Keduanya pantas sahaja membawa diri bila dapat hint dari Nafla. Dapat mereka rasakan ada aura lain sedang memenuhi sekitar Eshan dan Baariq. Sengaja Nafla membiarkan mereka berdua berbincang memandangkan mereka sudah lama terpisah. Mungkin ada banyak yang ingin diperkatakan dan dijelaskan.

"Mana Sarah?" Tanpa berselindung Eshan bertanya.

Baariq picing matanya kepada Eshan. Dengar sahaja soalan dari Eshan tentang Sarah, dia dapat rasakan sesuatu. Eshan sepertinya sangat yakin yang Sarah ada bersamanya selama ini.

"Sarah? Kau masih ingat dia, Han?"

"Nampaknya kau dah tahu apa yang dah jadi kepada aku, Riq?"

Baariq jawab dengan anggukan saja.

"Jadi kenapa kau tak cari aku?"

Baariq tidak berikan sebarang jawapan.

"Mana Sarah? Sarah ada dengan kau kan, Riq?"

Diam lagi.

"Riq? Kenapa kau diam? Mana Sarah?" Lagi Eshan bertanya. Senyap Baariq itu sedikit sebanyak mencabar kesabarannya.

"Kenapa kau nak tahu dia ada dekat mana? Perlu ke kau tahu Han?"

"Riq!" Ternaik sedikit suara Eshan. Marah dengan soalan Baariq yang dirasakan agak menyinisnya.

Nafla, Adham dan Munir segera menoleh kepada mereka bertiga. Terkejut dengar suara Eshan sebentar tadi. Nafla hantar isyarat matanya kepada Eshan, menegur supaya lebih menjaga tingkah laku memandangkan mereka berada di tempat awam. Eshan akur, dia berdeham sedikit bagi meneutralkan perasaannya.

Baariq masih kekal tenang di tempatnya. Menanti bicara Eshan seterusnya. Baariq mahu menduga, menguji. Bukannya semudah itu mahu serahkan Eshal Maisarah kepada Eshan Maisur untuk kali ke dua walaupun itu amanat dari Waeez Haikal. Baariq perlu memastikan Eshan tidak simpan sedikit perasaan ragu pun untuk menerima 'Sarah' versi Eshal ini.

"Kau tak perlu tanya aku soalan tu Riq sedangkan kau tahu apa yang dah jadi pada aku dan Sarah dulu. Kisah aku dengan dia ada dalam poket kau. Walaupun aku tak banyak ingat apa yang jadi tapi aku yakin dengan cerita-cerita Umi dan Acik yang aku dengan kau memang rapat dari dulu. Kuncinya sekarang ni, aku tak tahu apa yang berlaku pada kau, Sarah dan Waeez selepas aku ke Turki sebelum aku accident."

Baariq berpeluk tubuh, bawa tubuh dekat dengan meja.

"Kau yakin aku akan jawab soalan kau dengan jujur? Kau yakin aku ni Baariq yang kau kenal dulu?" saat bertanyakan itu, sengaja Baariq tayang muka minta penumbuk dari Eshan dengan hujung alisnya sengaja dinaikkan.

Her Voice (E-book)Where stories live. Discover now